H-Net* AKHLAK REMAJA MELAYU

2002-03-26 Terurut Topik Harun Aminurrashid


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

FORWARDED FROM RELEXJAB EGROUP.
24 Mac 2002 petang 
Prolog - Bahagian I 

Dengan izin barisan moderator budiman.  Saya ingin
menyentuh dan menambah sedikit daripada sisipan
pengalaman saudara Suami Orang, OB – Orang Bujang,
Norani Ali, Fresh dan Tintamuda yang berkisar kepada
masalah sahsiah, akhlak nan tidak bermoral golongan
yang boleh kita andaikan ibarat rebung dah nak jadi
buluh, remaja, budak-budak suku, kutu berahak,
mat/minah jiwang yang merosak nama bangsa dan agama. 

Ironisnya, kejadian yang tidak menepati norma-norma
budaya bangsa dan agama (Islam dalam konteks paksaan,
MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU, KONON!!!) begini
lebih berkisar dan berpusat kepada bangsa kita (saya
tidak menyebut Islam kerana Islam tidak mengajar
umatnya akan perkara mungkar).  Pengalaman membawa
anak dan isteri menghirup angin petang di KLCC (KLCC
lagi!), dipercumai dengan wayang lacuran dan murahan
aksi seks ringan.  Yang betinanya (dengan izin)
menyelit di kangkangan lelaki, menyadar, dan entah,
mencari apa agaknya.  Mungkin bau hapak seluar dalam
jantan yang masih mak bapak beli dan orang gaji cuci. 
Jantannya pula ibarat si buta kehilangan tongkat,
teraba-raba merayap dan menyelongkar!  Akhirnya, bibir
mereka pula menjadi penamatnya, bercantum ibarat
kembar siam!  Malu saya sekali lagi.  Anak bangsa yang
seagama kini sudah hilang pertimbangan dan arah.  Yang
ada dalam kepala mereka cuma nafsu dan seks. 

Bajunya kurang saja-saja.  Kadangkala, kalau panas(?)
bercoli sahaja, kalau sejuk(?), pakai baju dalam
sahaja tanpa bra.  Pusat menyembuli dan jenama seluar
dalam terpampang melilit pinggang sambil duduk di
tangga, membiarkan aksi serta gerak kerja mereka
disaksikan oleh persiar-siar yang lain.  Lebih hebat,
tin-tin bir dan rokok menjadi bekalan pelepas dahaga
dan lapar mereka.  Anak saya yang baru berusia tiga
tahun pada 15 Mac yang lalu, pun pandai menutur,
…..”Papa, tak malu la”.  Aduh…kejung muka dibuatnya. 

Lagak mereka seolah-olah mendapat restu(?).  Negara
Islam yang hanya bergambar pada monumen-monumen
masjid, bangunan dan jumlah rakyatnya tetapi tidak
undang-undangnya.  Pergilah di tasik-tasik,
taman-taman rekreasi, tangga-tangga batu mahupun di
dalam lif-lif.  Apa yang kalian lihat?  Siapa yang
lebih?  Siapa yang ramai?  Siapa yang hebat?  Siapa
yang menguasai?  Bangsa kita!!! 

Manifestasi daripada keruntuhan akhlak dan moral yang
melanda, mencetus masyarakat dan negara dengan beban
pelbagai masalah.  Jenayah, pelacuran, penderaan,
perjudian, maksiat, zina, sumbang muhrim, budaya
kuning, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan
sebagainya.  Salah siapa?  Ibu bapa mereka, guru
mereka atau kerajaan?  Kalau ibu bapa kenapa?  Adakah
kerana sibuk dengan kerja sehingga tidak mempunyai
sedikit waktu bersama anak dan keluarga?  Anak dibiar
bebas mengharung arus kehidupan tanpa panduan.  Kalau
guru pula salah, kenapa?  Sebab tidak pandai didik? 
Atau sebab bukan anak dia?  Atau gaji tak cukup? 
Kerajaan?  Entah?  Adakah semakin rancak dan maju
Malaysia, semakin rancak dan hebat juga masalah
kebejatan akhlak dan moral anak bangsa kita?  Atau
kerana mereka tubuh dan jiwa mereka membesar dari
sumber yang kurang halal?  Iyalah, hasil yang halal
dan berkat membentuk peribadi dan roh yang sihat dan
mulia, manakala hasil yang bersumber dari hasilan
haram melahirkan zuriat-zuriat bantut akhlak dan buruk
perilakunya. 

Berehat seketika kerana Maghrib, insyaallah sambung
lewat malam nanti. 



__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>



H-Net* Akhlak remaja melayu di KLCC dan konsert "Scorpion"

2001-08-01 Terurut Topik Ahmad Khairi



Assalamu'alaikum wbth
 
Di sini saya ini ketengahkan mengenai 
akhlak remaja yang dikatakan melayu islam yang amat mencemarkan di 
sekitar bangunan kebanggaan negara KLCC. (mungkinkah mereka adik kita, anak 
kita, anak pemimpin kerajaan, anak pegawai kerajaan etc).
 
Pada petang tadi setelah saya habis meeting di KLCC, di 
dalam perjalanan pulang sempat saya melalui di sekitar kawasan restoran Dome di 
KLCC dan didapati ramai remaja melayu berkumpul di kawasan itu dan didapati 
kebanyakannya masih bersekolah, ada yang berpakaian ala punk...black metal...hip 
hop sexy (buruk sangat kelakuannya) dll lagi..percampuran remaja lelaki dan 
perempuan tanpa segan silu dan berpelukan.. amat ketara sambil menghisap 
rokok tanpa menghirau orang lalu lalang di sekitarnya. Saya amat terkejut dengan 
keadaan ini.  Saya ingin bertanya adakah undang-undang sivil (sebab 
undang-undang Islam tidak/belum dilaksanakan lagi) yang melarang keadaan 
ini dan siapakah yang patut mengambil tindakan...??? Kerana saya dapati security 
guard hanya lihat dan tiada kuasa untuk buat apa-apa.  Ini berlaku di waktu 
week days iaitu hari persekolahan...kalau hujung minggu mungkin lagi 
teruk...
 
Di dalam suasana usaha hangat kerajaan memerangi 
black metal..atau adakah ini hanya hangat-hangat tahi ayam atau hanya untuk 
political mileage atau memang nak merosakkan akhlak remaja melayujika 
tiada enforcement yang menyeluruh tiada perubahan akan berlaku dan 
akhlak remaja kita yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan semakin 
tercemar dengan masalah sosial yang dahsyat ini.
 
Ini ditambah dengan konsert "Scorpion" yang 
dibenarkan (adakah disebabkan Norman KRU adalah orang kuat pemuda sebuah 
pertubuhan politik maka ianya dibenarkan)walaupun lagunya didapati bersih 
daripada unsur-unsur pemujaan, syaitan etc tetapi ia menjurus ke 
arah menambahkan permasalahan akhlak remaja khususnya melayu 
islam.  Ini biasa berlaku di konsert-konsert yang lepas seperti pakaian 
tidak sopan (sexy), percampuran bebas, seks bebas selepas konsert, arak selepas 
konsert dan budaya yang di bawa oleh kumpulan "Scorpion" itu sendiri.  
Adakah kita hanya mementingkan keuntungan wang ringgit dan politikal 
mileage yang sementara di dunia ini sahaja dengan menggadaikan 
prinsip Islam, maruah ketimuran, maruah bagi yang mewar-warkan Malaysia 
sebagai negara Islam dll.  Ini ditambah dengan promosi di radio dan tv yg 
bersubahat (menjawablah enkorang di akhirat nanti). 
 
Di manakah peranan pihak Kerajaan yang memerintah (kalau 
hanya setakat memberi kenyataan di akhbar dan TV tanpa perlaksanaan tak guna 
jugak), JAKIM, IKIM, JAWI, Kem. Belia, Polis (yg dikatakan antara yang terbaik 
di dunia) dan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam membanteras gejala sosial 
ini dari terus menular.  Dan bagi pihak yang melaksanakan 
enforcement/penguatkuasaan atau hanya setakat kaunseling sahaja tiada 
mencukupi.    
 
Melihat keadaan ini, timbul pula perasaan takut ianya akan 
terjadi kepada anak-anak kita sendiri...sebab itu tadi, kawan saya yang 
berbangsa cina pun mengatakan hendak menghantar anak belajar ke sekolah di 
kampong.. takut dengan keadaan di sini. (paling memalukan tadi, ramai remaja 
melayu  dari bangsa lain - melayu boleh)..
 
Berbuatlah sesuatu yang terdaya untuk memerangi 
gejala ini sebagai seorang hamba yang taat kepadaNya.  Janganlah 
diharapkan orang yg mementingkan diri sendiri, mementingkan politikal 
mileage, materialistik, kesenangan sementara, pangkat/kedudukan 
dll.
 
Ingatlah...pastikan keluarga kita tidak 
terjebak dengan gejala ini dan konsert yang melalaikan itu...pastikan 
anak-anak anda berada di rumah atau di tempat yang selamat semasa konsert 
tersebut.  Jika tidak... menjawablah kita di hadapan Rabbul Jalil (Allah 
SWT) kerana membenarkan diri kita, keluarga kita terjebak dengan perkara yg 
dimurkai Allah SWT.  Dan ingatlah NIAT TIDAK MENGHALALKAN 
CARA
 
Wassalam.    



Ibnu Sholeh