*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ APABILA ORANG CINA MENANGIS Salam warga siber, Pengalaman mengiringi calon PAS Parlimen Pekan, Ustaz Ramli (menentang Najib Tun Razak) bertemu pengundi sebelum pilihanraya baru-baru ini cukup mengharukan. Ramai diantara pengundi yang dikunjungi sebak dengan keadaan politik masa kini. Tak perlu saya ceritakan di sini betapa tenatnya keadaan politik tanahair. Semua kita tahu, cuma sesetengahnya buat-buat tak tahu. Banyak perkara yang kami pelajari melalui kunjungan ini. Kedaifan rakyat di kampung tiada siapa peduli. Ada sebuah rumah kayu yang kami kunjungi, roboh tangganya apabila dipijak oleh calon PAS tersebut dan salah seorang daripada kami. Itu baru tangganya, belum lagi kami masuk ke dalam rumah usang yang didiami dua orang tua itu. Setelah menghulurkan sedikit derma dan mendapat jaminan daripada jiran mereka untuk membaiki tangga yang roboh, kami berlalu dengan rasa insaf dan kobaran semangat baru menentang ketidakadilan terutama pembahagian kekayaan negara. Melalui kunjungan kami, jelas rakyat di kampung-kampung menolak BN dan terlalu dahagakan kepimpinan baru yang lebih ikhlas. Bilek-bilek gerakan BN juga menjadi tempat persinggahan kami, malah ada diantaranya yang menawarkan khidmat menampal poster calon kami di kawasan mereka tanpa sebarang bayaran. Satu peristiwa mengharukan yang ingin saya sampaikan di sini yang berlaku di depan Pasar Besar Pekan, disaksikan oleh ramai warga bandar yang datang membeli belah keperluan, kebetulan pula ada 'Pekan Sehari' (panggilan untuk 'pasar malam' yang diadakan disebelah pagi di daerah ini). Ustaz Ramli mengadakan sesi bersalaman dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya di pasar dan kedai-kedai berhampiran sambil bertanya khabar. Nun, di seberang jalan, kelihatan seorang Cina sedang berbual dengan beberapa orang Melayu sambil memandang kearah Ustaz. Kami menuju kearah mereka sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Amat mengejutkan saya apabila orang Cina tersebut menerpa kearah Ustaz Ramli dan memeluknya. Beberapa saat kemudian orang Cina tersebut menangis teresak-esak. Ustaz juga memeluknya erat seperti dua orang sahabat yang lama tidak bertemu. Suatu pemandangan yang amat sukar dilihat dimana seorang Ustaz dengan berjubah dan serban memeluk seorang Cina yang hanya berseluar pendek sambil menangis teresak-esak. Ustaz Ramli juga kelihatan sebak. Saya tergamam. Apakah saya bermimpi? Tidak! Malah saya sendiri hampir gagal menahan sebak di dada. Ramai yang memerhatikan peristiwa ini, Cina, Melayu, India, di atas pasar, di kedai-kedai berhampiran, pejalan kaki dan tak kurang yang tercegat terkejut sambil memandang kearah satu sama lain. Sambil terpacak memikirkan siapakah sebenarnya orang Cina ini dan kenapakah beliau menangis begitu sekali, saya terdengar Ustaz Ramli memujuknya, "Sabarlah Ah Meng, kita akan lawan. Awaklah orang yang paling saya hormat, awak ada pendirian". Begitulah kata-kata Ustaz memujuk Ah Meng sambil memegang bahunya. Ah Meng kelihatan lega, tangisannya mula reda. Setelah Ah Meng 'cool down' dan suasana kembali ceria, kami meminta diri beredar kerana tugas perlu disegerakan, lusa hari mengundi. Dalam perjalanan seterusnya, Ustaz Ramli menceritakan rupa-rupanya Ah Menglah yang menaja poster besar lambang PAS yang direntangkan sepanjang kira-kira 200 meter di atas sebuah pulau berdepanan dengan Pasar Besar Pekan dan dibeberapa tempat lain sekitar bandar ini. Beliau sebenarnya merupakan satu-satunya pembekal telur ayam di bandar ini. Kemesraannya dengan rakyat tempatan menjadi buah mulut masyarakat setempat. Beliau juga seorang yang pemurah, suka menderma kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Banyak ciri-ciri dan sifat mulia ada pada insan bernama Ah Meng ini. InsyaAllah, mudah-mudahan beliau mendapat petunjuk. Lihatlah saudaraku sekelian, orang Cina yang bukan Islam seperti Ah Meng menangisi kekalutan politik yang dikuasai orang Islam di tanahair. Ini diantara bukti menunjukkan bahawa politik negara memerlukan perubahan secara total, maka percayalah, riwayat UMNO dan Barisan Nasional kian sampai ke penghujungnya. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Abu Ayadi <[EMAIL PROTECTED]>