*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APAKAH RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT ANDA


SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan 
hati sesiapa yang memandang.  Sebab itulah di zaman moden dan canggih ini, 
berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut 
dapat dijaga dan dirawat dengan rapi.  Agar kelihatan menarik dan berseri?

Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui 
perawatan kecantikan sahaja.  Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting 
dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang 
gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau 
kadangkala seperti tidak bermaya.  Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh 
lelaki perlulah anda [pakai] tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan 
dan daya tarik pandangan lelaki, dari segi kesihatan rambut yang [bertudung] terkawal 
daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat 
dielakkan sama sekali.

Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan 
menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan 
terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan 
ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.

Berdasarkan kajian, rambut yang menarik adalah rambut yang sering dibalut dengan apa 
juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja 
bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut 
dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.

Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda 
perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan 
yang azali.

Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika  suaminya 
sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.  Selain 
daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan 
kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.

Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum 
berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu 
kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita 
lihat pasangan yang sudah berkahwm mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti 
di alam percintaan.

Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara.  Ini dapat 
dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui 
proses mengandam.  Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara 
memotong dan mencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan 
kanan telinga.  Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.

Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang 
masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh 
Mak Andam.  Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu 
masih suci (dara) atau tidak, ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan 
mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini.  
Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu 
masih perawan.  Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti 
si gadis itu sudah tiada perawannya.

Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh 
menyimpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!!  Ini bukan 
salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan 
kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan 
untuk kebaikan diri anda sendiri.

Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara 
atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan 
seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya.  Sama ada dia adalah isteri 
orang atau masih gadis lagi atau janda.  Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut, 
jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.  Sebaliknya 
rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan 
asalnya setelah ditiup angin.

Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak 
gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin, sebelum 
perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun 
dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga 
kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah mengurniakan suatu daya penarik 
kejelitaan pada wajahnya.  Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang 
gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup 
mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh 
badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua orang tua-tua yang perlu kita lakukan di 
malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi 
dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat 
sebelum berkahwin.

Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang 
atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita 
gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang  gadis yang masih suci 
selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian 
pada rambut daripada lelaki.  Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak gadis 
remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik 
kepada lelaki.

Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan 
lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan 
menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui 
rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman 
lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.

Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin 
mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untuk 
bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah 
titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. 
Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang 
rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau 
lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya.  Waktu itu si gadis 
akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin 
terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya 
untuk anda membelai rambutnya.  Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh 
rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa 
menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak sega!
n-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru 
dikenali).  Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah 
tiada dara.  Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki 
tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.

Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah dengan 
meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya.  Rambut anak gadis yang sudah 
tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya.  Ini berlaku kerana setiap 
persetubuhan yang mereka lakukan tidak direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak 
direstui oleh Tuhan, maka balasannya ialah kehinaan belaka. Maka hilang serinya rambut 
seorang gadis itu adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.

Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis itu.  Tetapi 
kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini selalunya masih ada serinya 
apabila diteliti dengan rapi lagi.  Selalunya anak gadis yang masih suci tidak 
merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.

Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia adalah aurat yang 
perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya. Waspadalah  .......





dipetik dari :

errr ada dua web site aku tak tahu siapa ciplak siapa.









-----------------------------------------
We'll burn that bridge when we get to it.
http://www.celik-it.f2s.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke