*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Berita TV jam 8 malam ketika kerancakan kempen
pilihanraya kecil Teluk Kemang semalam membuat hati
saya tersentak. Penolong Pengurus pilihanraya yg juga
Jurutera Majlis Daerah Port Dickson, saudara Zulikifli
Mustafa meninggal dunia, mungkin kerana sakit jantung.
Marilah kita sedekahkan al-fatihah utk roh
allahyarham. 

Mungkin ada di kalangan  netters yg mengenali beliau.
Terutama mereka yg pernah menuntut di New Haven, USA. 
Kalau tidak silap saya, beliau lepasan diploma
Kejuruteraan Awam dari ITM atau UTM. Kemudian
menyambung pengajian di New Haven, USA. Kami sama-sama
melaporkan diri di Pejabat Daerah Port Dickson pada
tahun 1986 utk Skim Siswazah Sementara. Nasib
menyebelahi beliau, akhirnya beliau berjaya
mengalahkan 20 calon yg lain utk jawatan Jurutera MDPD
secara tetap.

Mungkin tekanan terlalu hebat ke atas  beliau
menjelang pilihanraya. Bayangkan, berpuluh-puluh
menteri pusat turun ke PD. Ada yg nak lawat hospital,
ladang, kuil ,masjid, sekolah, pejabat pendidikan, dan
berbagai tempat sempena pilihanraya kecil Teluk
Kemang. Ada-ada saja tempat yg nak dirasmikan. Isa
Samad pulak sibuk merasmikan berbagai projek rumah kos
rendah di merata tempat di PD dan Rembau. Semuanya
kerana pilhanraya. Yang Samy Vellu pulak, sibuk
menjanjikan perkhidmatan bekalan air dan kemudahan
asas di ladang. Semuanya perlu beres dalam tempoh
seminggu. MUNGKIN arwah Zul turut tertekan dengan
kesemua deadline yg diberikan oleh Pegawai Daerah,
demi maruah BN.

Sudah takdir dari Allah, beliau pergi dalam usia 41
tahun. Namun........ tidakkah terlintas di hati para
menteri dan Isa Samad, bahawa di celah-celah kehidupan
yg ceria di bandar peranginan tepi laut seperti Port
Dickson, wujud manusia yg dikerah dan diperah
keringatnya, ditunggang bagai kuda dan lembu, hanya
kerana mereka bergelar "pegawai kerajaan?"

Kerajaan apa ini?


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke