*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Maafkan saya kerana menulis sesuatu yang agak terlaluan. Sebenarnya saya menggalakkan orang Melayu suka membaca secara meluas. Ini adalah penting kerana zaman internet kita sedang menghadapi satu cabaran yang hebat. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat memper- tahankan maruah Islam. InsyaAllah saya akan menulis tentang perkara ini di masa akan datang. Ada satu pepatah Arab atau Hadith yang berbunyi "Al-Hikmatul Dholatul-Mukmin." Bererti .. hikmah itu ibarat barang kehilangan orang mukmin. Oleh itu, tak kira dari mana sahaja kita mestilah mencari ilmu, sekalipun dari mulut musuh kita. Sebab itu Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya, IHya 'ulumiddin berkata: "Jika kamu mahu tahu tentang diri kamu, bertanyalah kepada musuh kamu, jangan kepada kawan rapat kamu." Ini kerana biasanya kawan kamu akan memuji kamu dan musuh kamu akan berkata yang sebenar apakah kelemahan kamu. Hikmahnya ..kita boleh tahu apa yang kita tidak pernah terfikir tentangnya. Meluaskan pembacaan begitu penting sekalipun kita terpaksa membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang bukan Islam. Sifat suka mengkaji memang terdapat pada orang-orang Barat. Memang sifat itu dianjurkan oleh Islam. Kita tidak boleh menggaggap oleh kerana orang bukan Islam yang menulis sebuah buku ilmiah, maka kita tidak perlu ambil tahu tentang apa yang dia tulis. Sebenarnya kegigihan mengkaji dan sikap berhati-hati dan menganalisa, itulah yang penting. Cara orang Barat buat kajian dan belajar itulah berasal dari ajaran Islam. Mereka mempraktik cara kita yang mana kita sendiri mengabaikan. Sebab itulah pepatah "Al-Hikmatu Dholatul Mukmin" memang tepat. Kita menjumpai semula barang kehilangan kita di tempat yang kita tak sangka-sangka. Pernah ada seorang Barat yang menulis sebuah kamus yang besar bernama "Lane Arabic-English Lexicon". Namanya ialah Prof. Edwards Lane yang hidup pada awal 1900's. Dia menghabiskan masa 30 tahun mengkaji bahasa Arab di Timur Tengah. Hasilnya, dia membuat satu kamus yang menerangkan setiap kalimah Arab dari zaman jahiliah hingga ke zaman Nabi. Buku kamusnya penuh dengan rujukan ayat-ayat Al-Qur'an, Hadith, Usul Fekah, Syair dan Sastera Arab. Yang peliknya, dia tidak memeluk Islam setelah 30 mengkaji Al-Qur'an. Setelah dia mati, ulama-ulama Islam mengkaji kamusnya itu. Sebenarnya dia beramanah apabila memuatkan bahan-bahan berkenaan Islam. Prof Edwards Lane tidak memutarbelitkan ajaran-ajaran Islam dan bukunya mencelik minda orang-orang Islam sendiri. Seluruh institusi pengajian Islam didunia ini mengiktiraf bukunya sebagai satu sumbangan ilmiah kepada dunia Islam. Persoalannya, kenapa Prof Edwards Lane tidak memeluk Islam? Dia adalah contoh seorang yang kafir bertungkus-lumus mengkaji Islam secara ilmiah. Tujuannya ialah mempersembahkan kepada dunia Barat (orientalist) bahan-bahan rujukan Islam yang sebenarnya supaya orang-orang Barat berkata yang benar tentang Al-Qur'an dan Islam. Cuma ada satu niat dia yang tersembunyi, satu hikmat dan pengajaran kepada umat Islam, bahawa musuh-musuh Islam akan cuba sedaya upaya meracuni pemikiran umat Islam, walaupun dengan apa cara sekalipun. Itulah sebabnya buku Prof Edwards Lane menjadi satu amaran kepada kita bahawa orang kafir tetap mahu menyesatkan kita jika ada peluang bagi mereka walaupun mereka kelihatan baik. Sebab itulah Allah memperingatkan kita tentang hal itu, contohnya.. Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyiksa kamu) [An-Nisa' 4:144] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>