"Net At Work ." <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Saudara pembaca sekelian selalu mendengar ungkapan yang mengatakan
bahawa Mahathir amat marah dengan DSAI dan menuduh bahawa DSAI telah
cuba membunuh perniagaan anak-anak Mahathir.

Malah tidak hairan apabila kita mendengarnya kerana sememangnya
saudara kita yang terpenjara itu telah berusaha untuk menjaga
kepentingan harta dan wang rakyat dari dihabiskan untuk menyelamat
perniagaan anak seorang PM.

Tetapi kini, ungkapan tersebut ditambah dan telapun didengar sendiri
oleh seorang veteran politik (yang IB tidak dapat sebutkan nama
beliau) dan disampaikan kepada IB. Menurut laporan, Mahathir beberapa
bulan lalu mengeluarkan kata-kata seperti di atas dengan tambahan
seperti berikut: (asalnya dalam Bahasa Inggeris)

"Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anak aku tetapi DAIM MEMBUNUH
KARIER POLITIK AKU" (Anwar tried to kill my children's businesses but
now Daim is killing my political career)

Dengan nada yang penuh emosi, Mahathir menampakkan bahawa Daim adalah
jauh lebih membahayakan beliau dari DSAI. Begitulah parahnya
permusuhan di antara mereka berdua. Banyak keputusan-keputusan
pemberian kontrak diakhir-akhir ini menunjukkan perebutan kuasa
perniagaan dengan Mahathir dan Daim.

IB yang berkebetulan banyak bergaul dengan ahli-ahli korporat
mendengar hampir setiap hari laporan dan cerita-cerita (rasmi) yang
merujuk kepada perebutan monopoli ini. Sumber-sumber IB adalah tepat
dari sumber asal dan dari dalam kem-kem kedua-dua pihak.

Begitulah nasibnya, DSAI pernah suatu ketika dahulu bersemuka dengan
Mahathir menyatakan kebimbangannya (DSAI) terhadap apa yang dilakukan
oleh Daim. Sayangnya Mahathir tidak memperdulikan amaran dan ingatan
DSAI dan percaya dengan mereka yang berkepentingan menjaga periuk
nasi sendiri.

Jangan terperanjat, di saat yang amat tersempit Mahathir terpaksa
memanggil DSAI kembali untuk menjadi hulubalangnya. Walaupun ianya
seolah-olah suatu mimpi yang dihajati tetapi tidak mustahil
berlakunya sedemikian. Pesanan dari IB agar DSAI janganlah tertipu
untuk kali kedua (Pertama – hampir 20 tahun lalu).


Sekian
Ibrahim Baba
27 October 2000



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke