H-Net* BICARA ORANG AKADEMIK

2001-02-19 Terurut Topik Ahmad Baharudin Kasbi


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum sdra Zuddy Al_Zuhdy,

Saya tidak tahu mana satu tulisan saya yang sdra cuba ulas balas, tetapi
berdasarkan tulisan sdra di bawah ini, saya merasakan tulisan sdra ini adalah
ulasan balas kepada Ulasan Isu Semasa yang saya tulis sempena mengingati
kematian Allahyarham Tun Razak tempoh hari.

Terima kasih kerana sudi membaca cetusan hati saya itu; dan sebagai permulaan
ingin saya katakan bahawa cetusan hati saya itu tidak melambangkan pendapat
mana-mana parti atau pun pertubuhan; itu adalah luahan ikhlas isi hati saya
seperti mana juga tulisan sdra di bawah yang saya lihat begitu ikhlas sekali,
membuatkan kotak fikiran saya terus terkenang nostalgia silam,  di ketika mana
usia saya sebaya saudara masih di bilik kuliah - lebih dari satu dekad yang
lampau.

MELIHATKAN TULISAN SDRA ITU SEPERTI SAYA SEDANG BERDEPAN DENGAN BAYANG-BAYANG
SAYA SENDIRI!

Kata orang putih, "As is I am facing my ghost from the past!!"

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana meng-cc kan tulisan saya ini
kepada mailing list Hizbinet yang dikatakan antara mailing tertua di Malaysia
dengan keahliannya kini sudah melebihi 10,000 orang. Sengaja saya berbuat
demikian kerana saya merasakan ada yang berminat dengan ulasan balas saya ini.

Walau pun kita berbeza usia lantas berbeza mentaliti maybe, tapi saya tidak
ingin memperlekehkan saudara kerana memperkecilkan saudara samalah seperti
memperlekehkan budak kecik yang sentiasa ada dan hidup dalam diri saya ini.

Sebagai permulaan, saya memilih untuk keluar dari UMNO lama sebelum kes Datuk
Seri Anwar Ibrahim meletus, maka ianya tak ada kena mengena langsung dengan
isu keADILan yang cuba saudara tonjolkan. Lantas itu, dengan sendirinya hujjah
saudara itu terus mati di situ.

Dalam tulisan saya sempena ulangtahun ke-25 pemergian Tun Razak itu, sengaja
saya timbulkan isu Melayu kerana secara kebetulan tahun ini,  selepas 25 tahun
kematian Allahyarham Tun Razak, isu perpaduan Melayu jadi begitu meruncing
sekali. Lantas, apabila ada pihak yang cuba menonjolkan kononnya mereka
memperjuangkan hak-hak orang Melayu (seperti GPMS - mungkin sdra sebahagian
dari kuncu mereka?); maka sebagai orang lama, yang kini menjadi antara orang
Melayu paling kanan di syarikat tempat saya bekerja ini yang rata-ratanya
didominasi oleh orang bukan Melayu, yang saban hari melihat bagaimana
anak-anak Melayu dianak tirikan, ditindas di bumi sendiri - walau pun sudah 25
tahun selepas pemergian Tun Abd Razak - maka saya jadi terpanggil untuk
mempersoalkan setiap kali ada pihak2 yang mendakwa mereka memperjuangkan nasib
bangsa Melayu sedangkan hakikatnya adalah meleset sama sekali.

Saya sudah bekerja di berbagai syarikat dan kompeni, dan bukan nak bangga,
alhamdulillah, di tangan saya ini, dengan izin Allah, telah bertanggungjawab
memasukkan kalau tak ratusan pun, sudah puluhan budak2 Melayu ke alam
pekerjaan.

PENGALAMAN SAYA MENG-INTERVIEW ANAK-ANAK MELAYU MEMBUATKAN SAYA JADI CUKUP
SENSITIF DAN CUKUP INSAF DENGAN PERMASALAHAN BANGSA MELAYU INI!!

Maka itu, sudilah kiranya jika anda terbaca tulisan saya di mana-mana;
letakkan diri saudara di tempat saya; di suatu tempat di mana saya pernah
melihat ada anak-anak Melayu yang cuma mampu belajar setakat Sijil (Cert), tak
mampu sambung diploma atau pun degree kerana perlu berhenti mencari pekerjaan
demi untuk menyara adik-adik yang masih bersekolah. Ada juga yang terpaksa
bekerja kerana tak dapat pinjaman (biasiswa sudah lama padam) untuk meneruskan
pelajaran. Bayangkan juga satu keadaan yg lain yang mana walaupun sudah ada
diploma atau degree tapi sudah puas diusung ke sana ke mari tapi tak ada yang
sudi kerana berbagai sebab yang saya rasa agak terlalu sensitif untuk ditulis
secara umum di sini.

KADANG-KADANG IJAZAH/DIPLOMA DARI RUMAH-RUMAH KEDAI ITU LEBIH DITERIMA
"MEREKA" BERBANDING DENGAN IJAZAH/DIPLOMA DARI INSTITUSI-INSTITUSI MILIK
KERAJAAN!!

Ada pun isu-isu yang lain yang saudara timbulkan itu, saya rasa saudara cuma
mendapat maklumat berdasarkan bacaan tapi bukan menerimanya secara berhadapan.

Sebagai contoh, secara sinis saudara menulis:

"Di mana adilnya kerajaan pimpinan UMNO? Memang UMNO tidak adil dalam menampuk
pemerintahan negara... 1. Isu surau dan masjid...Kerajaan mendirikan terlalu
banyak masjid dan surau boleh dikatakan merata  tempat. di tepi jalan ,
shopping complex tol. Tapi tidak mendirikan gereja, kuil, tokong...ADAKAH ITU
ADIL?"

Jawapan satu paragraph daripada saya:

Saya pernah menjadi AJK Pembinaan Surau kat tempat saya; saya lebih tahu dan
paham tentang masalah pembinaan rumah Allah ini. Kalau sungguh bagai 

Re: H-Net* BICARA ORANG AKADEMIK

2001-02-19 Terurut Topik Hassan Abdullah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum wbt.

Saya cuma nak tumpang sedikit bagi pendapat dari segi kenapakah sekarang ini makin
ramai orang meminta derma untuk pembinaan surau, masjid, madrasah dan
pondok-pondok pengajian agama (yang pada suatu ketika dahulu agak kurang seperti
yang diutarakan oleh sdr. Ahmad Baharudin Kasbi)?

Antaranya ialah :

1. Kos membina bangunan surau, masjid dan madrasah sudah meningkat berkali ganda.
Contohnya saya pernah menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pembinaan surau di
Taman tempat tinggal saya pada akhir tahun 80an. Tugas saya ialah menyiapkan plan
dan kos pembinaan. Saya telah berusaha mendapatkannya berdasarkan kepada tiga
contoh surau yang sudah siap terbina dan kosnya antara RM55000 hingga RM7.
Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya telah berpindah dari
Taman tersebut.

4 tahun kemudian, saya berpindah balik ke Taman berkenaan. Saya dapati bukan
sahaja surau tiada, tapaknya pun masih semak samun.

Saya temui semula bekas pengerusi jawatankuasa pembinaan surau. Saya diberitahu,
jawatankuasa yang baru adalah terdiri daripada ramai ahli akademik sebuah
universiti. Mereka bijak-bijak belaka. Nak bina surau takkan dengan harga dalam
lengkungan RM55000 - RM7. Malulah sikit, pasal kawasan perumahan di situ
rata-rata harga rumah sahaja RM200,000 - RM300, 000.00. Jadi jika nak bina juga
kenalah disesuaikan dengan kos rumah ketika semasa. Kira punya kira, kosnya dalam
lengkungan RM300,000.00. Tetapi malangnya duit yang terkumpul dari setiap pungutan
ahli kariah tak pun sampai RM30,000.00.

Jadi faham sahajalah!

Bila bangunan surau siap, kosnya menjangkau sehingga RM320,000.00.

Itu baru surau belum lagi masjid.
Tiap waktu jemaah yang hadir paling ramai waktu maghrib adalah satu baris atau
satu baris setengah. Waktu siang, zohor dan asar tiada orang. Waktu Subuh pun ada
tiga, empat orang. Sedangkan bangunan cukup besar dan indah!

2. Biasanya orang yang suka berderma ini adalah orang yang baik latar belakang
agama dan kesedaran agamanya. Orang-orang inilah juga yang suka atau menyegerakan
ibadah Haji dan Umrah. Oleh kerana kos mengerjakan ibadah Haji dan Umrah pun sudah
meningkat antara RM9000 - RM11000 bagi haji dan RM3500 - RM5000 bagi Umrah untuk
seorang. Jika dua orang, kali dua. Jika tiga orang atau empat orang satu
keluarga!? Jadi bayangkanlah, banyak mana yang boleh didermakan untuk pembinaan
surau dan masjid.

Dahulu mungkin setiap orang boleh berderma sehingga RM1000 seorang bagi surau atau
masjid kampungnya. Jadi jika masjid dan surau kampungnya nak dibina baru atau
dibaiki, tidak perlu lagi memohon derma dari kampung atau penduduk tempat lain.
Tetapi sekarang faham sahajalah keadaannya.

3. Kos kehidupan sekarang yang semakin menghimpit. Kos pendidikan yang tinggi dan
semakin tinggi. Bermula daripada anak masuk hadanah (sejak usia sebulan dua) atau
tadika (dua tahun) , hinggalah ke peringkat kolej atau universiti, kosnya tinggi
dan makin meningkat. Jika pendapatan isi keluarga lebih daripada RM5000 sebulan
bolehlah bertahan. Tetapi berapa ramai pendapatan isi rumah umat ISlam yang hidup
di kawasan urban berpendapatan sedemikian.

Sekian. wassalamualaikum wbt.


Ahmad Baharudin Kasbi wrote:

  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~
 Assalamualaikum sdra Zuddy Al_Zuhdy,

 Saya tidak tahu mana satu tulisan saya yang sdra cuba ulas balas, tetapi
 berdasarkan tulisan sdra di bawah ini, saya merasakan tulisan sdra ini adalah
 ulasan balas kepada Ulasan Isu Semasa yang saya tulis sempena mengingati
 kematian Allahyarham Tun Razak tempoh hari.


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Hassan Abdullah [EMAIL PROTECTED]