Bagai mana Al-Botak penipu ini berdaleh.

BERITA MALAYSIA


September 29 , 1999 10:09AM

 

MALAYSIA TETAP TIDAK IKTIRAF ISRAEL, KATA SYED HAMID

 

Daripada Amin Husaini Harun

NEW YORK, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia tetap tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi beberapa perkara berkaitan tidak diselesaikan, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar pada Selasa.

"Malaysia berpegang tidak akan mengadakan hubungan diplomatik selagi beberapa isu termasuk Palestin selesai dan kedamaian menyeluruh di Asia Barat diwujudkan," katanya kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke Bangsa-bangsa Bersatu.

Laporan akhbar Singapura semalam memetik laporan dari Israel sebagai berkata Syed Hamid dan rakan sejawatannya dari Israel telah mengadakan pertemuan rasmi sebagai sampingan kepada tugas mereka di PBB.

Syed Hamid berkata beliau tidak mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan David Levy sebagaimana dilaporkan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel.

"Para pemimpin dan diplomat Malaysia sebagai anggota PBB dan anggota Majlis Keselamatan sering bertemu dari semasa ke semasa dengan pemimpin dan diplomat pelbagai negara termasuk Israel semasa persidangan PBB. Itulah satu kebiasaan dalam menjalankan tugas harian," katanya.

Semasa pertemuan tidak rasmi itu, katanya, Malaysia mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengapa hubungan diplomatik tidak dapat diadakan dan untuk mendesak rejim Tel Aviv itu melaksanakan perjanjian damainya dengan Palestin.

Syed Hamid juga berkata Malaysia tidak mengamalkan sikap perkauman iaitu dengan memusuhi Yahudi sebagai individu tetapi pendirian terhadap rejim Israel masih tidak berubah.

Mengenai pengiriman tahniah, Syed Hamid berkata memang menjadi dasar kerajaan mengutus ucapan tahniah kepada sesuatu negara atau pemimpin bila tiba hari kebangsaan atau sesuatu perayaan negara itu. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke