*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Apabila pihak BA meminta permit untuk mengadakan perhimpunan, mereka TELAHpun meminta kebenaran mengadakan perhimpunan secara sah. Pada mulanya perhimpunan itu akan diadakan di sebuah stadium. Walaupun seratus kali permit diminta, pihak polis tidak akan memberi permit. Polis sudah tahu behawa perhimpunan BA akan diadakan, maka mereka SENGAJA membiarkan satu perhimpinan tanpa permit (perhimpunan haram) diadakan. Ini kerana, polis yang pro-UMNO akan mencari jalan supaya mereka boleh menggunakan FRU untuk memukul orang-orang yang berhimpun. Saya berkata pihak polis SENGAJA tidak memberi permit kerana mereka sudah tahu penyokong-penyokong BA akan berhimpun juga. Persoalannya..semuanya telah dirancang oleh UMNO. Mereka sengaja tidak memberi permit supaya FRU boleh dikerah untuk memukul orang-orang yang berhimpun. Buktinya, 2 atau 3 hari sebelum perhimpunan itu, FRU sudah bersiap sedia untuk bertindak, seolah-oleh mereka sudah tahu perhimpunan itu akan diadakan, padahal mereka juga sudah tahu permit tidak ada. Ini satu perancangan UMNO supaya FRU dapat bertindak ganas. Sekiranya pihak polis memberi permit untuk perhimpunan, semuanya akan berjalan dengan lancar dan aman. Ramai orang akan berhimpun yang dapat diawasi oleh pihak polis FRU sendiri demi MENJAGA KESELAMATAN. Sebaliknya, dengan tidak memberi permit, pihak polis SENGAJA mahu menimbulkan huru-hara. Kalaulah permit diberikan untuk membuat perhimpunan, dan sekiranya berlaku juga pihak penyokong-penyokong BA yang memulakan kerja-kerja mengganas dan merusuh, barulah kita dapat mengatakan penyokong-penyokong BA adalah ganas dan pihak polis tidak bersalah. TV tidak melaporkan kerja-kerja yang di luar peri kemanusiaan yang pihak polis buat terhadap orang-orang Islam. Ada orang yang sengaja dijadikan buta mata, pihak TV tak ambil kisah. Ada wanita ditelanjangkan oleh polis secara biadab dan menghina ajaran Islam, TV tak ambil kisah. Kita hanya melihat dengan perasaan geram. Hari ini pula, TV Malaysia menyiarkan laporan polis bahawa penyokong-penyokong BA adalah pengganas yang mula memukul polis. Sebenarnya UMNO memperalatkan polis supaya tidak membenarkan sebarang perhimpunan BA diadakan. TV Malaysia setiap hari berkempen untuk Barisan Nasional. Ia seolah-olah menjadi jentera pilihanraya yang akan diadakan di Lunas. TV yang berat sebelah hanya nampak penyokong-penyokong Barisan Nasional sahaja yang ada di Lunas, dan penyokong- penyokong Barisan Alternatif tidak ada. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>