*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Setelah siasatan mendalam yang dijalankan oleh SB, kemungkinan besar syarikat 
telekomunikasi DIGI 1800 juga akan diharamkan selain daripada PAS kerana terlibat 
dengan kumpulan Maunah. Syarikat DIGI 1800 telah didapati membekalkan kenderaan untuk 
kumpulan tersebut. Sila rujuk berita lanjut dalam Utusan Online 6 July 2000 




Polis soal siasat wartawan Utusan disangka perompak
KUALA KANGSAR 5 Julai - Wartawan Utusan, Borhan Abu Samah terpaksa menjalani soal 
siasat selama sejam di Balai Polis Kati kerana wajahnya mirip salah seorang ahli 
kumpulan perampas senjata di dua kem tentera di Gerik. 
Dia ditahan semasa sekumpulan wartawan Utusan singgah untuk minum bersebelahan dengan 
rumah yang dijadikan bengkel kumpulan itu di Kampung Padang Lalang, Jalan Kati 
kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sauk. 
Rumah itu yang disewa oleh penjenayah berkenaan diserbu polis awal pagi ini dan polis 
telah merampas enam buah kenderaan iaitu kenderaan penunda, dua Proton Saga, sebuah 
Honda Accord, sebuah Ford dan pacuan empat roda Jeep Cherokee yang berlambangkan 
syarikat DIGI 800. 
Kesemua kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Sauk oleh kereta penunda. 
Di rumah itu yang dikawal ketat, polis turut mengambil beberapa dokumen, komputer dan 
pelbagai alat mengecat kenderaan. 
Borhan yang cuba meninjau daripada dekat rumah berkenaan tiba-tiba ditahan dan digari 
setelah tuan rumah sewa itu yang juga seorang anggota polis mengecamnya sebagai salah 
seorang anggota kumpulan tersebut. 
Wartawan Utusan yang lainnya yang sedang minum kemudiannya diarah menyerahkan kad 
pengenalan. 
Walaupun penjelasan dibuat dan kad akhbar diserahkan tetapi anggota polis berkenaan 
terus mengarahkan wartawan itu memasuki kenderaan Pajero Utusan untuk ke Balai Polis 
Kati. 
Kenderaan Utusan yang dipandu oleh salah seorang anggota polis dikawal oleh anggota 
pasukan Senoi Praaq yang bersenjatakan M-16 dan duduk di tempat belakang. Borhan yang 
menaiki kenderaan polis mengiringi kenderaan Utusan ke Balai Polis Kati. 
Setelah disoal siasat selama sejam, Borhan dibebaskan. Pegawai polis yang 
mengarahkannya ditahan meminta maaf serta menjelaskan bahawa wajahnya memang mirip 
salah seorang anggota kumpulan itu.




------------------------------------------------------------
http://melayu.com/sembang2
1001 Sembang



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ahmad abu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke