*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ...sambungan.
Laa...kita nak pi berkelah, melancong masuk bab politik pulak. Okeylah kita lupa sat bab politik. Tapi tak leh nak lupa jugak, masa korner lalu kat satu rumah tu, orang rumah saya tanya: "Tu bukan rumah Tok Mid ka?" Entah kenapa nama Tok Mid nie w/pun dah tak jadi wakil rakyat, masih lagi sinonim dengan nama SIK. Saya tak dak apa-apa isu istimewa nak diceritakan pasal tok Mid nie sebab saya dok ingat kalau dah sampai seru nanti, kalau ditakdirkan cukup syarat nak pi haji, boleh saya terus pi jumpa Tok Mid minta tolong rekomen pi terus tanpa ikut list!! [p.s: Baguih woi kawan dengan Tok Mid; kalau hangpa nak pi haji tiap2 tahun pun tak pa, tak payah register aih dengan Tabung Haji....tak payah susah payah 'Q' bertahun-tahun. Orang Sik kata, habag saja nak pi bila, sekali tok mid petik jari, terus boleh pi!.....punya la baik hati Tok Mid, tu pun orang Sik boleh tolak dia...tak patut tak patut!] Laa...sorry la, melencong lagi masuk politik. Berbalik kpd berkelah di Lata Mengkuang: Cakap pasal berkelah nie, nanti orang kata: "Hang nie tak dak kerja ka, orang sibuk nak perjatuh UMNO, sibuk nak lawan MCA di Indera Kayangan, hang masih boleh bawak anak-anak makan angin pi berkelah?" Okay pa, aku bawak budak2 pi berkelah di Sik, bukan di Genting Highland. Lagi pun lebih baik bawak budak2 mai masuk kampung tengok rumah2 yg masih berdinding buluh dan beratap rumbia daripada dok pi tengok tempat Kasino atau tempat org main Video Game di Genting sana nu. Untung2 depa akan sedar bahawa dlm masa kita di bandar nie yg hidup mewah dengan Mall, Astro etc; depa-depa di Sik sana nu nak tiduq malam pun kena pilih tempat kot2 ada bumbung atap yg tiris. Tak banyak cerita yg menarik sebenarnya di Lata Mengkuang sana. Bila dah habis panggang ayam/ikan, dan habis makan; saya pun ikut budak2 turun berendam. Lepas solat (kat situ ada surau yg agak selesa); saya pi join budak2 tu main ayaq; tapi perati depa sajalah sambil dok layan baca paper dan majalah. Saya baca the Sun (1/1/02)tu.....terkejut saya bila terbaca kenyataan keras daripada Datuk Shahrizat yg menentang keras poligami yg beliau sifatkan sebagai ketinggalan zaman dan menindas wanita. Tak sangka pulak saya dia boleh dok pi kata macam tu. Itu baru mukadimah berita tu; bila saya baca habis lagi terkejut; rupa-rupanya kenyataan Shahrizat itu ialah sebagai menjawab cadangan seorang India bukan Islam (Ketua Pemuda PPP) yg mencadangkan supaya kerajaan menghalak poligami di kalangan bukan Islam sebagai satu cara memberi perlindungan kpd budaya "second-wife" atau lebih dikenali sebagai Mistress di kalangan orang2 bukan Islam. Kata Ketua Pemuda yg bukan Islam nie: "Dengan menghalalkan (legalized) poligami ini, maka Mistress ini akan mendapat perlindungan di sisi undang2" Cuba hangpa baca kenyataan Shahrizat tu; tak sangka sungguh aih, luahan ikhlas daripada seorang bukan Islam terhadap kebaikan poligami ini dilihat sebagai satu yg menjijikkan di mata Shahrizat!! Pening kepala aku.....orang bukan Islam boleh nampak kebaikan Islam, tapi orang Islam pulak yg menentang! Dunia akhir zaman!! p.s: Agak-agaklah apa kata SITI mengenai poligami nie?....kalau SITI pun macam Shahrizat, tak dak peluanglah aku.... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send your FREE holiday greetings online! http://greetings.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>