*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ salam~
Petang semalam, sembang panjang dengan sorang guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Beliau mengeluh kerana mai bulan 9 nie, terpaksa tinggalkan keluarga lagi, kena pi kursus. Ish, cikgu pi kursus biasalah, apa halnya cek? Dia habag kata, bukan kursus yg jadi masalah; yg dia tak puas hati tu, dlm banyak-banyak hotel dan resort serta club house yg berlambak dok ada di Pulau Pinang nie, pasal apa yg dia dan cikgu-cikgu lain nak kena pi ke luar dari Pulau Pinang utk pi kursus? Sat-sat kena pi Pulau Pangkor, sat-sat kena pi Langkawi, sat-sat kena pi Kuala Lumpur. Awat Penang tak dak hotel ka, sampai nak kena pi sana? Kalau kursus kot area2 Penang nie, boleh la jugak balik jenguk makan minum anak-anak; alah, kursus tu pun kadang2 habis pukul 4:30 petang saja, malam tu free...ikut suka nak buat apa. Dia habag kata, yg depa dok hantaq pi kursus jauh2 tu salah satu sebabnya nak perabihkan peruntukan yg setiap jabatan di JPN nu kena habiskan sebelum akhir bulan september nie....itu saja! Tak ke membazir namanya. La nie cuba pi Langkawi, merata hotel penuh dgn cikgu kursus. Yg bestnya, hangpa tunggu larut2 malam sikit, kat hotel2 yg ada karaoke tu....cuba usha tengok nanti nampaklah Pengetua2 or cikgu2 yg dah tua ganyut tu pakat dok berkaraoke.... Tak caya pi tanya bell-boy kat lobi-lobi hotel tu!! Yg cikgu2 bukan muslim pulak, malam2 nanti depa buat gathering kat bilik mana-mana, pakat lawan tunggang arak; di Langkawi arak murah katakan!! Yg cikgu pompuan pulak, siang or malam habis kursus, pakat dok usung raga beg pi shopping. Bagus la jugak kalau kaki shopping, kalau yg kaki dot dot...hmm, jenis lupa anak laki di rumah....tak tau nak katalah. Bukan nak fitnah, tapi memang ada kes di Penang nie, jiran sebelah rumah saya habag dia pernah jumpa sorang cikgu pompuan yg mintak cerai dgn laki dia, lepas tu kahwin dgn lelaki lain, cikgu...yg dia kenai masa pi kursus! Itu hal depa biaq pi lah! Yg aku nak tulih di sini ialah pasal pembaziran duit kerajaan yg kita semua sama-sama dok bayar income tax bulan2; duit tu lah yg digunakan untuk menjana jabatan2 kerajaan termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau pinang nie. Awat yg nak kena bawak cikgu2 tu pi kursus sampai ke Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pangkor mana tu; Penang nie tak dak kemudahan tu ka? Hotel yg berlambak kot tengah pekan Georgetown dan bersusun susun macam bangunan kotak sepanjang area Batu Feringgi tu cuma nak bagi Mat Salleh dan pelancung Jepun dok saja ka? kan lebih jimat kalau buat di Penang daripada dok usung cikgu2 tu pi merata.... Minggu lepas, ada sorang cikgu PJ tu habag kat saya kata minggu depan, minggu ketiga bulan Ogos 2003, semua pengetua-pengetua SELURUH sekolah menengah di Pulau Pinang akan mengadakan mesyorat Agong tahunan mereka di Vistana Hotel Kuala Lumpur; mesyorat apa entah...dok sampai dekat seminggu!! Tu dia, nala punya membazir, pengetua2 SEMUA dari Penang, dan di Penang nie sendiri ada Vistana Hotel kat BUKIT JAMBUL (aku dah pi dua2 hotel dah di KL & Penang, dua2 lebih kurang saja class dia), tapi JPN boleh pi buat meeting tu di Vistana Hotel di KUALA LUMPUR....tak masuk akal langsung!! Opps...mungkin pengetua2 tu sendiri gatal nak pi KL, boleh tinggal bini, malam2 boleh la merenyam pi berkaroke mana-mana!! Or mungkin saja nak pi jauh dari sekolah, supaya bila ada apa2 isu di sekolah, nanti cikgu jawab: "Ish, Pengetua tak ada lah, dia pi kursus...nu di Kuala Lumpur sana nu!!" Apa punya membazir; duit buat meeting di KL, Langkawi, Pulau Pangkor mana nu yg beribu2 tu baik bagi kat sekolah beli bahan2 rujukan yg perlu. Ini tidak, tiap kali mesyorat PIBG, naik berbulu telinga aku bila pengetua dgn muka selamba minta 'jasabaik' PIBG tolong hulurkan sedikit sumbangan untuk kegiatan ini dan itu. Apa, depa ingat PIBG cop duit ka?? Depa seronok dok pi enjoy, meeting dan karaoke merata, alih2 bila nak duit, PIBG jugak yg jadi mangsa!! Apa punya Pengetua - JPN pun 2x5!!! rgds, Orang PIBG __________________________________________________ Do You Yahoo!? HotJobs - Search Thousands of New Jobs http://www.hotjobs.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>