*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bila PM dan Tok Guru bermaaf-maafan Tuesday, October 01 @ 16:02:52 MYT
Min Aina Ila Aina Oleh Subky Latif ISU Tuan Guru Nik Abdul Aziz tersasul dalam ceramah menyebut ‘Dr. Mahathir tidak tahu membaca Quran’ dikira selesai kerana kedua-duanya sudah bermaafan – satu minta maaf dan satu lagi memaafkan. Orang politik biasanya tidak minta maaf atas kenyataan yang dia dikatakan berkata apabila kata-katanya itu disanggah. Orang politik lazimnya menafikan dia berkata atau dia kata kata-katanya telah diputar belit atau sebaliknya. Hatta diseret ke mahkamah pun, orang politik mencari jalan dari mengaku dan minta maaf. Tetapi Tuan Guru Nik Abbul Aziz telah memeranjatkan apabila beliau mengaku tersasul dan minta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri. Sambil mengaku ada berkata mengenai Perdana Menteri tidak boleh membaca Quran, beliau menjelaskan apa yang beliau hendak kata ialah Perdana Menteri tidak boleh cakap Arab. Berbagai-bagai reaksi penyokong Perdana Menteri. Ada yang membuat laporan polis, ada yang mahu pemimpin PAS disaman, ada yang mahu beliau minta maaf dan sebagainya. Malah ada yang tidak puas hati dengan minta maaf melallui akhbar dan sebagainya. Hatta sesudah minta maaf dan dimaafkan pun boleh dikenakan tindakan lagi. Tuan Guru lazimnya tidak pernah tunduk dengan desakan. Isu pembelaannya kepada novel Shahnon, carut dan Tuhan samsing dihadapinya secara keras dan tidak mengaku silap atau salah. Tetapi dalam isu Dr. Mahathir tidak boleh baca Quran, beliau mengaku silap dan minta maaf secara terbuka. Ia diikuti pula dengan menulis surat khas. Ketika komen ini ditulis Dr. Mahathir tidak mengubah sikapnya untuk memaafkan Menteri Besar Kelantan itu. Setakat ini beliau hanya berkata bahawa Tok Guru Nik Aziz pun tidak boleh juga bercakap Arab. Beliau hanya boleh berbahasa Urdu kerana beliau mulanya belajar di India. Penyokong Dato' Nik Abdul Aziz tidak perlu minta Perdana Menteri memohon maaf kepadanya atas kata-kata Perdana Menteri itu. Tok Guru bila-bila masa boleh membuktikan kepada umum dengan bercakap Arab dikhalayak ramai. Sama ada bersurat atau tidak bersurat, beliau boleh merceramah dalam Bahasa Arab. Dengan demikian dia boleh membuktikan bahawa dia boleh atau tidak berbahasa Arab. Isu Perdana Menteri dikatakan tidak boleh baca Quran, tidak wajar dibesar-besarkan. Sama ada pemimpin Kelantan itu silap atau disengajakan, maka ia sepatutnya tidak dibesarkan dan kalau mahu diselesaikan sebelum ia heboh, selesaikan secara diam-diam. Boleh atau tidak boleh seseorang itu membaca Quran, tidak dapat diselesaikan dengan mengenakan tindakan kepada pihak yang tersasul atau yang disengajakan berkata begitu. Sekalipun hingga memenjarakan orang yang dikatakan berkata, boleh meredakan isu tidak boleh membaca Quran itu. Menafikan tidak boleh baca Quran dan sebagainya juga tidak menyelesaikan. Ia nya boleh diselesaikan apabila orang itu sendiri membaca Quran. Kalau saya sendiri dituduh tidak boleh membaca Quran, maka saya tidak akan membantah dan saya tidak suka anak-anak dan adik beradik saya membantah. Saya berdiam dan mengambil langkah-langkah membacanya dengan betul. Saya juga tidak mahu pergi ke khalayak ramai untuk membacanya, kerana saya tahu siapa saya. Yang terbaik ialah saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan cuba membaca dengan baik mengikut tajwidnya. Moga-moga dengan cara itu saya dapat menguasai bacaan kitab suci itu. Dan kalau pun saya sudah pandai dan boleh membaca dengan tajwidnya, juga saya tidak akan gembira ia diheboh-hebohkan. Saya boleh buktikan dengan membacanya. Jika ada orang melihat saya membacanya dengan baik, maka dengan sendirinya tohmah itu akan ternapi. Jika dalam keadaan saya tidak boleh membaca. Saya atau anak-anak saya marah orang yang mengata saya tidak boleh membacanya, saya dapat apa dan bolehkah dengan cara memarahi orang menjadikan saya boleh membacanya? Dato' Nik Aziz boleh menyulitkan Perdana Menteri, tetapi beliau sudah minta maaf atas keterlanjurannya. Perdana Menteri sudah memaafkannya dan perkara itu dikira selesai. Tetapi bagi yang mengheboh-heboh dan menyebok tentang perkara itu, ia lebih mengganggu suasana. Jika ia didiamkan, maka ia, bagi saya, adalah lebih baik. Bagi saya belum tentu yang menghebohkan itu boleh menyenangkan Perdana Menteri. Elok orang tidak terfikir perkara itu, maka orang memikirkannya. Jika ada menteri-menteri berkeras juga dalam isu itu, ia adalah seolah-olah hendak menyuruh Perdana Menteri tampil ke khalayak ramai bagi membuktikan beliau boleh membaca Quran. Perdana Menteri payah dijatuhkan oleh Tok Guru, tetapi dia boleh dijatuhkan oleh orang-orang yang tersalah ampu. __________________________________________________ Do you Yahoo!? New DSL Internet Access from SBC & Yahoo! http://sbc.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>