H-Net* Breaking News! Laman Reformasi di tawan 'hacker'

2000-06-08 Thread krqxz
June 8, 2000 BREAKING NEWS!
'Laman Reformasi' ditawan 'hacker'Fathi Aris Omar
6:15am, JUM: Sebuah tapak web proreformasi yang popular pagi ini berjaya dirosakkan oleh anasir pengacau tapak-tapak web atau hackers. Laman Reformasi yang dikenali umum menerbitkan bahan-bahan siaran propembangkang gagal dicapai. Dalam tinjauan malaysiakini awal pagi ini, ketiga-tiga sambungan ke laman itu menunjukkan tanda-tanda ia dicerobohi dan sambungannya dipintas. 
Sebaliknya laman itu, http://mahazalimtwo.tripod.com, menerbitkan satu gambar lucah yang begitu jijik dengan mesej tiga baris ayat, "Hahahahaha!!", ": )" dan "Dasar peliwat bangsa!" 
Lambang ":)" bermakna senyuman atau ketawa sebagai tanda kegembiraan menyindir kejayaan anasir pengacau itu menguasai tapak web tersebut. Ia sering digunakan dalam komunikasi alam siber seperti untuk sembang (chat) atau mesej emel. 
Lambang itu serasi pula dengan ungkapan ketawa, "ha, ha, ha" tersebut. Ungkapan "dasar peliwat bangsa" dipercayai ada kaitannya dengan tuduhan dan perbicaraan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sambungan kedua, http://mahazalimnet.tsx.org/, juga mempunyai paparan yang sama. 
Sementara alamat sambungan (URL) ketiga, http://mahazalimtwo.tripod.com/index2.htm, meninggalkan mesej "Blah lah Mahazalimsiapa lagi tera!" (Berambuslah Mahazalim... siapa lagi bijak!). 
''Mahazalim' merupakan nama popular bagi laman ini. 
Istilah bahasa pasar 'tera' (terror) menjadi kelaziman penutur loghat penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung. Tinjauan malaysiakini mendapati laman-laman web proreformasi yang lain tidak terjejas. Laman Mahafiraun 2020, Komentar, FreeMalaysia, Pemantau, Reformasi Nasional, Al-Islah dan Black 14 masih berfungsi seperti biasa. 
Begitu juga laman-laman reformasi yang baru seperti Minda Rakyat dan Fitnah e-Umno tidak diapa-apakan. Laman parti-parti pembangkang, khususnya Parti KeADILan Nasional, tidak terjejas. 
Menjelang pilihan raya negeri Sabah tahun lalu, kumpulan diskusi maya milik beberapa kumpulan propembangkang berjaya diserang dengan spam atau terjahan emel. 
Setiap pelanggan kumpulan emel ini, misalnya Islah-Net milik Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), mendapat beribu-ribu emel yang sama berulang-ulang tanpa henti. 
Mesej berulang itu mendesak pengundi menyokong calon-calon Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. 
Selain Laman Reformasi yang bersifat antikerajaan, serangan pengacau web ini dipercayai ada hubungannya dengan pilihan raya kecil Telok Kemang yang akan berlangsung esok. Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan dua penjuru antara KeADILan dengan Barisan Nasional. 
Tapak web reformasi ini menyediakan pelbagai bahan sebaran untuk digunakan oleh penyokong-penyokong KeADILan. Ia termasuklah dokumen rasmi mendedahkan amalan korup Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, cek sejumlah RM400 juta sumbangan Telekom kepada parti pemerintah dan surat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel. 
Bagaimanapun, malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan cek dan surat tersebut. 
Percubaan untuk menghubungi pengendali web Laman Reformasi belum berhasil setakat pagi ini. 
Malaysiakini sedang mendapatkan pandangan pakar berhubung perkembangan terbaru ini. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!

Re: H-Net* Breaking News! Laman Reformasi di tawan 'hacker'

2000-06-08 Thread adi purnama


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Memang sah lagi tepat apa yang dispekulasikan oleh
Sedara Pak Din, Si Tora Jebat, dll malah oleh pimpinan
keADILan sendiri termasuk Chandra Muzaffar & Anuar
Tahir bahawa joke tafakur yang dicipta oleh web master
Laman Reformasi adalah bukan dari reformist sebenar.

Kita boleh "baca" benda palsu ni berdasarkan daripada
rentetan peristiwa seperti berikut :
1.  Pilihanraya Telok Kemang targetnya - Calun dari
keADILan pulak tu.  Pasti nama DSAI hidup lagi.
1.  Laman Reformasi mogok mintak Chandra & Anuar letak
jawatan kononnya.
2.  Pemuda "keADILan" Kedah lompat UMNO siap salam
dengan Hj. M-Zir.
3.  Pemuda "keADILan" Selangor lompat jugak.
4.  Pemuda "keADILan" Kelantan, Pahang & Johor pun
teringin nak lompat jugak.

Terima kasih kepada tangan-tangan di belakang Laman
Reformasi kerana telah mengesahkan dan menamatkan
kekeliruan yang dihadapi oleh penyokong BA sebelum ni.
Tambah-tambah lagi besok hari mengundi.

Sapa punya angkara yang tergamak tunjuk benda lucah ni
agaknya ?

1.  Badan Menangani Fitnah UMNO (Mungkin tidak)
2.  Sodom Bangsa (Mungkin ya)

tq


--- krqxz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> June 8, 2000 
> 
> BREAKING NEWS!
> 
> 'Laman Reformasi' ditawan 'hacker'
> Fathi Aris Omar
> 
> 
> 6:15am, JUM: Sebuah tapak web proreformasi yang
> popular pagi ini berjaya dirosakkan oleh anasir
> pengacau tapak-tapak web atau hackers. Laman
> Reformasi yang dikenali umum menerbitkan bahan-bahan
> siaran propembangkang gagal dicapai. Dalam tinjauan
> malaysiakini awal pagi ini, ketiga-tiga sambungan ke
> laman itu menunjukkan tanda-tanda ia dicerobohi dan
> sambungannya dipintas. 
> 
> Sebaliknya laman itu,
> http://mahazalimtwo.tripod.com, menerbitkan satu
> gambar lucah yang begitu jijik dengan mesej tiga
> baris ayat, "Hahahahaha!!", ": )" dan "Dasar
> peliwat bangsa!" 
> 
> Lambang ":)" bermakna senyuman atau ketawa sebagai
> tanda kegembiraan menyindir kejayaan anasir pengacau
> itu menguasai tapak web tersebut. Ia sering
> digunakan dalam komunikasi alam siber seperti untuk
> sembang (chat) atau mesej emel. 
> 
> Lambang itu serasi pula dengan ungkapan ketawa, "ha,
> ha, ha" tersebut. 
> 
> Ungkapan "dasar peliwat bangsa" dipercayai ada
> kaitannya dengan tuduhan dan perbicaraan terhadap
> bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
> Ibrahim. 
> 
> 
> Sambungan kedua, http://mahazalimnet.tsx.org/, juga
> mempunyai paparan yang sama. 
> 
> Sementara alamat sambungan (URL) ketiga,
> http://mahazalimtwo.tripod.com/index2.htm,
> meninggalkan mesej "Blah lah Mahazalimsiapa lagi
> tera!" (Berambuslah Mahazalim... siapa lagi bijak!).
> 
> 
> ''Mahazalim' merupakan nama popular bagi laman ini. 
> 
> Istilah bahasa pasar 'tera' (terror) menjadi
> kelaziman penutur loghat penduduk di negeri-negeri
> utara Semenanjung. 
> 
> Tinjauan malaysiakini mendapati laman-laman web
> proreformasi yang lain tidak terjejas. Laman
> Mahafiraun 2020, Komentar, FreeMalaysia, Pemantau,
> Reformasi Nasional, Al-Islah dan Black 14 masih
> berfungsi seperti biasa. 
> 
> Begitu juga laman-laman reformasi yang baru seperti
> Minda Rakyat dan Fitnah e-Umno tidak diapa-apakan.
> Laman parti-parti pembangkang, khususnya Parti
> KeADILan Nasional, tidak terjejas. 
> 
> Menjelang pilihan raya negeri Sabah tahun lalu,
> kumpulan diskusi maya milik beberapa kumpulan
> propembangkang berjaya diserang dengan spam atau
> terjahan emel. 
> 
> Setiap pelanggan kumpulan emel ini, misalnya
> Islah-Net milik Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
> (JIM), mendapat beribu-ribu emel yang sama
> berulang-ulang tanpa henti. 
> 
> Mesej berulang itu mendesak pengundi menyokong
> calon-calon Barisan Nasional dalam pilihan raya
> tersebut. 
> 
> Selain Laman Reformasi yang bersifat antikerajaan,
> serangan pengacau web ini dipercayai ada hubungannya
> dengan pilihan raya kecil Telok Kemang yang akan
> berlangsung esok. Pilihan raya itu menyaksikan
> pertandingan dua penjuru antara KeADILan dengan
> Barisan Nasional. 
> 
> Tapak web reformasi ini menyediakan pelbagai bahan
> sebaran untuk digunakan oleh penyokong-penyokong
> KeADILan. Ia termasuklah dokumen rasmi mendedahkan
> amalan korup Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
> Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, cek sejumlah
> RM400 juta sumbangan Telekom kepada parti pemerintah
> dan surat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
> Mohamad kepada Perdana Menteri Israel. 
> 
> Bagaimanapun, malaysiakini tidak dapat mengesahkan
> kesahihan cek dan surat tersebut. 
> 
> Percubaan untuk menghubungi pengendali web Laman
> Reformasi belum berhasil setakat pagi ini. 
> 
> Malaysiakini se