Date: Fri, 8 Sep 2000 14:30:51 +0800


Sept 8, 2000

Demo diteruskan walau tanpa stadium
'Ein Azmi


1:45pm, JUM: Parti Keadilan Nasional akan meneruskan perhimpunan rakyat dalam tempoh dua minggu lagi bersempena ulang tahun kedua gerakan reformasi walau gagal mendapatkan kemudahan stadium di kompleks sukan Bukit Jalil.


"Kita anggap kerajaan tidak ikhlas sebab (hak) berhimpun di Bukit Jalil tidak dibenarkan. Tetapi sekiranya berhimpun di jalan raya, mereka (polis) berkata ‘kenapa tidak cari tempat' (yang sah untuk berhimpun)," kata Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, mengulas keputusan pihak pengurusan kompleks itu menolak permohonan parti tersebut semalam.


Keputusan ini menyempitkan peluang Keadilan mendapatkan permit polis untuk tujuan itu.


Menurutnya, perhimpunan rakyat akan tetap diteruskan bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan sebenar terhadap isu-isu semasa yang cuba dimanipulasikan oleh Barisan Nasional.


Tian memberikan contoh isu-isu utama insiden rampasan senjata di Grik, menggugurkan nama Islam pada PAS, rayuan jawatankuasa persatuan Cina (Suqiu) dan royalti minyak untuk Terengganu.


Bagaimanapun beliau masih tidak dapat memikirkan tempat yang sesuai sebagai alternatif stadium Bukit Jalil.


Sementara itu, pengerusi jawatankuasa pengajur ‘Bulan Reformasi,' Saari Sungib berkata, surat rayuan tentang hal ini kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin Hussein akan dihantar Isnin depan


"Kita berusaha sedaya-upaya mendapatkan stadium tersebut," kata Saari.


Beliau menegaskan rakyat berhak menggunakan kemudahan stadium tersebut setelah mereka turut "menanggung dan menyumbang ke arah pembinaan projek-projek mega kerajaan".


Bagaimanapun stadium Shah Alam atau stadium Merdeka merupakan tempat yang masih boleh digunakan bagi tujuan itu, tambahnya.


"Walaupun banyak program lain dalam sambutan 'Bulan Reformasi' kali ini, kami tetap memberikan keutamaan kepada perhimpunan raksasa," kata Saari, menjelaskan kepentingan simbol perhimpunan besar-besaran yang dipimpin raksasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu.


Pada malam itu, beliau dipukul sehingga cedera teruk dan ditahan di bawah akta keselamatan sebelum dihadapkan di mahkamah. Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun atas "kesalahan rasuah dan liwat."



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke