*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Mungkin para netters sudah membeli buku karya Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi bertajuk "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan". Di dalamnya ada huraian dan penjelasan yang pada pendapat saya mudah difahami, iaitu mengenai hudud dan murtad. Walaupun belum habis membacanya lagi, sedikit sebanyak kekeliruan itu akhirnya berjaya terjawab. Di sini saya ada beberapa cadangan kepada para netters yang lebih berilmu untuk membantu saya dalam beberapa perkara yang masih samar dalam diri saya. 1. Mengenai kenyataan Mahathir tentang hudud dan murtad dalam satu persidangan baru-baru ini, saya berharap agar ada di kalangan netters yang boleh menghuraikan satu persatu apa yang dinyatakan oleh mahathir serta maksud kenyataan yang dikatakan boleh menyesatkan berdasarkan kepada rujukan daripada penulisan ulamak-ulamak muktabar. Ini perlu kerana tanpa rujukan, kita seolah-olah mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi daripada akal dan emosi apatah lagi kita masih belum layak dari segi ilmu untuk mengeluarkan kenyataan tertentu. Mungkin buku karya Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi ini dapat membantu. 2. Selain daripada buku2 karya Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi, saya ingin tahu siapakah ulamak-ulamak tersohor pada hari ini yang di mana hasil penulisannya menjadi bahan rujukan di seluruh dunia Islam. Boleh tak sertakan tajuk buku-buku tersebut dan sebolehnya biarlah yang sudah diterjemahkan. 3. Bolehkah draf hudud yang dicadangkan oleh PAS dibaca oleh netters. Sekiranya tidak, dimanakah boleh saya dapatkan draf hudud cadangan PAS tersebut? (Harap saudara Tiger dapat membantu ) Di sini saya sertakan beberapa isi kandungan mengenai buku tersebut kepada netters yang masih belum membelinya. Tajuk buku : Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Penterjemah:Ustaz Mohammad Zaini Yahaya (B.A(Hons) Syariah, al-Azhar, M.A(S.P.I. UKM))Didoakan agar Allah sentiasa membantu usaha ustaz dalam bidang penterjemahan ini. Terdapat 11 ciri kesemuanya. Ciri ke-8: Pensyariatan dan Perundangan. i. Kepentingan Pensyariatan Rabbani kepada Masyarakat ii. Pensyariatan Islam tidak Terbatas Kepada Hudud iii. Keprihatinan Islam dalam Merahsia dan Memaafkan hudud iv. Menggugurkan Hukuman Hudud Apabila Wujudnya Keraguan v. Masyarakat Islam Tidak semata-mata Ditegakkan Berdasarkan Perundangan Sahaja vi. Masyarakat Islam Berhak Berhukum Dengan Syariat Allah vii. Melaksanakan Perundangan Islam Membuktikan Ketulenan dan Kejatian Kita. viii. Syariat Menurut Maknanya Yang Luas Tidak Terbatas Kepada mana-mana mazhab ix. Keperluan Kepada Ijtihad Semasa Yang Tepat x. Islam Bukanlah Ajaran Yang Rapuh xi. Sunnah Tadarruj ( Berperingkat-peringkat) xii. Syariat Tidak Akan Dilaksanakan Melainkan Oleh Orang Yang berkeyakinan dengannya xiii. Syariat juga untuk rakyat sepertimana untuk pemerintah Wassalam. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>