*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai
senjata orang Islam dan pada ketika yang lain
diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang
berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah.
Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang
hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan
manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap
perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah
jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat
mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa
hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka
termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan

ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3
orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah
yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan

orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini
latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan
manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja
akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan
bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang
telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk
dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai
Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa
orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti
akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan
mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang

yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara
Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia.
Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan

perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia
berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah
memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk
orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah
kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa

adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan
atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang
melihat cuma Allah saja yang tahu.

Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri
sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan
diri dengan ikhlas, kita

bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita.
Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t.
sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan
berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan
mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami

bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja
bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan
iman kepada Allah akan menjadi nadi

penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah
peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan
ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa.
Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi
kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana
keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang
berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan
orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri
orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan
puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya

kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk
menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan
berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah
mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab
dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain.
Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan
pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang

terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon
supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit
bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan
ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk
meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada
persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk
puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya
membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat
kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang
membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama
berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun
mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati

juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang
disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah
terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani
dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui
puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran.
Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan
istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan
melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang
lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih
merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri

seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk
pembangunan insan.


DR. MASHITAH IBRAHIM
Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah
Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.

__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Free Side Income ? : http://e-mailpaysu.com/members/index.cgi?jeq4422

FREE SMS from internet : http://www.chilipadi.com/sign_up/content.php?referral=jeq4422


 





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke