Dua Puluh Perkara yang Membatalkan
Syahadah
01.Bertawakkal dan bergantung kepada selain
Allah
02.Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang
kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan
penelitian
khusus.
03.Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain
Allah.
04.Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia,
bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan
oleh Allah.
05.Mentaati selain Allah tanpa
keredhaannya.
06.Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau
tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masaalah.
07.Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau
keseluruhannya.
08.Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan
terhadap Akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utama nya.
09.Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau
Sunnah, mempersendakan orang2 alim atau orang2 yang memperjuangkan
islam atau memperolok
hukum2 Allah.
10.Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan
mengharamkan apa yang dihalalNya.
11.Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum
iaitu Al quran dan Sunnah.
12.Mengangkat orang2 orang2 kafir dan munafiqin
sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang2 islam dan orang2
mukmin.
13.Tidak beradap dalam bergaul dgn Rasulullah
saw.
14.Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan
tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan
syirik.
15.Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan
antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya.
16Tidak mengettahui makrifat Allah dengan
pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat2
ketuhananNya
atau mengingkari
nama-namaNya.
17.Tidak mengetahui Rasulullah ecara benar atau
menafikan adanya sifat2 yang terpuji yang diberikan oleh Allah
kepadanya
atau menghina sifat2 yang
terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh
tauladan yang baik bagi
seluruh umat
manusia.
18.Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah
syahadah, tidak mahu mengksfirkan orang yang ingkar syahadah dan
tidak menghalalkan perang dengan
mereka.
19.Mengerjakan sesuatau ibadah bukan kerana Allah,
seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan
bukan kepada Allah, atau tawaf
di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada
Allah.
20.Berperasaan riya'.
Dari buku."Al- Islam" karya as-Syeikh
Sa'id Hawwa.
|