*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[EMAIL PROTECTED] wrote:

<cut>
Alhamdulilah setelah masuk UTM dan kena usrah dengan
abang2 senior... alhamdulilah... sekarang aku semakin baik, solat
insya-allah tak pernah cuba nak tinggal2kan..... dan aku ampir2
nak masuk al-arqam. 
<cut>

Aik, pengalaman hang lebih kurang macam jugak no.....aku hari tu pun
dah dekat2 nak masuk Arqam dah, habis buku2 Ust Ashaari aku beli....dah
tu pantang aku kalau dengar orang dok kutuk Arqam sana sini, hatta dengan
Tok Imam Masjid Negeri P Pinang pun pernah aku berdebat....masa aku pi
mengaji dengar dia baca kitab (biasalah bab haid dan nifas); lepas tu bila
sampai tang bab soal jawap, depa tanya dia pasal Arqam, dia yg tadinya kusyuk 
mengajar bab haid dan nifas serta cara2 mandi wajib tu, tiba2 naik semnagat
pi balun Arqam; aku pun apa lagi....dengan ilmu mata kali panjang sejengkal, 
selamba saja aku bantai balik.....aku tak tau la sapa menang sapa kalah, tapi 
aku perasan yg jemaah2 lain sat tengok jam di dinding, sat tengok jam di 
tangan....awat daknya, perut depa dah dok duk-dak-duk teringat nasik di rumah, 
masa tu dah balik sana waktu isyak dak. Aku ceroi saja....berdesung desing aku 
lawan bertekak dengan Tok Imam tu. He,he,he....nasib baik aku tak menang malam 
tu, kalau tidak......la nie tentunya aku dah tersungkur di pintu syurga..:-)

Woi,
Nie nak habag kat hang sikit la; masa tahun 1990/91 yg hang sembahyang pun 
cuma maghrib saja tu, masa tu aku tengah dok dalam keadaan hang hari ini; masa 
tu aku dah kerja dah, dah ada kereta dah.....tapi tang bab politik Islam ini, 
aku masih 50/50, macam hang lani.....tapi hang kira okay lagi; sebab aku masa 
tu lagi ganas. Aku bila dok bertekak dengan adik beradik aku orang2 PAS, ceroi 
saja aku pi balun depa kata:

"Ala, PAS itu makna dia Parti Ajaran Setan!!"

Lepas tu, depa pakat tak mau cakap dengan aku.

Jadi, dah depa tak mau sembang dengan aku, aku lagi sakan lah.....amboi mak 
terra mana sangat orang2 PAS ini, mana ada ceramah depa aku pi dengar, mana 
ada kuliah selalu aku pi.....saja lah nak dengar apa depa kata.

Ish, makin lama dengaq makin seronok pulak weih; tambah2 bila pi dengar Ustaz 
Hadi mai ceramah buat pertama kalinya kat tempat2 aku nie. Lepas tu, bila 
makin banyak aku pi kuliah2 ilmu nie, lagi banyak ilmu aku dapat.

Lepas tu, hidayah dia mai sendiri.....jauh dlm hatiku macam ada orang dok 
habag kat aku kata:

"Assalamualaikum brader; brader kena ingat, brader ini orang Islam, esok kalau 
brader mati esok, kalau Tuhan tanya, apa dah brader buat untuk menegakkan 
hukum2 dan perundangan Islam di muka bumi ini, apa brader nak jawap?"

Pertanyaan2 tu sering saja menusuk pemikiran aku, pagi petang siang dan malam.

Lepas tu aku jadi confuse bila aku dengar dan baca kata pemimpin2 pujaan aku 
ada dok pi keluar buat kenyataan2 di bawah ini:

1. Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dilaksanakan. (Najib
Tun Razak - liputan oleh media massa, 20 April 1993)

2. Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong
tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan
kudung tangan....(Mahathir Mohamad - Interview dengan media massa, 14
Julai 1992)

3. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasik. (Mahathir Mohamad - ucapan di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri,
Kelantan, 3 Mac 1994)

4. Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan
masa kini. (Mahathir Mohamad - ucapan di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

5. Saya memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintahkan Barison
Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud. (Mahathir Mohamad -
interview selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994)

6. Hukum rejam kepada penzina adalah primitif. (Mahathir Mohamad -
interview di Nilam Puri, 3 Mac 1994)

7. Kita (kerajaan pusat) akan mengambil tindakan jika Kelantan
meneruskan usaha melaksanakan hudud. (Mahathir Mohamad - ucapan di Nilam
Puri, 3 Mac 1994)

8. Al-Quran mestilah ditafsir semula untuk disesuaikan dengan zaman dan
keadaan. (Mahathir Mohamad - majlis IKIM, 10 Ogos 1994)

9. PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia jelas bertentangan
dengan Perlembagaan Lord Reid. (Syed Hamid Albar - wawancara dengan
wartawan, 11 April 1992)

DALAM KEADAAN CONFUSE DAN KELIRU TU, TIBA-TIBA DIA MAI HIDAYAH KATA 
BAHAWASANYA AKU PERLULAH BERSAMA-SAMA DENGAN MEREKA-MEREKA YANG TERANG2 
MENGISYTIHARKAN BAHAWA PERJUANGAN MEREKA IALAH UNTUK MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI 
ADDIN, IAITU SISTEM HIDUP YG MERANGKUMI SEGALA BENTUK KEHIDUPAN DI DUNIA INI, 
TERMASUKLAH DALAM SOAL PENTADBIRAN, KEHAKIMAN, PERUNDANGAN DAN SEBAGAINYA!!

Antara UMNO dan PAS, aku memilih PAS....

-wassalamu-
p.s: hang tak paham pun tak apa, sebab la nie aku rasa hang masih dok 10 tahun 
di belakang aku. Aku doakan 10 tahun lagi, kita akan duduk 
sekapai...insyaallah, mudah-mudahan....


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke