Marilah bersama kita menetang dakyah kristian di web ini dan saya 
menasihatkan warga yang mausk ke web ini menggunakan cara yang baik bila 
berhadapan dengan mereka ini.Sebabnya saya dapati mereka ramai.


http://forum.asiaco.com/cgi-bin/forum/forum.cgi?c=forum&fid=remaja

Ini adalah salah satu pendapat seorang kristian tentang konsep trinity yang 
saya kira ramai bijaksana islam dapat menanganinya.

Kejadian 18.1. Apakah tafsiran yang boleh kita buat? Ayat tersebut berkait 
rapat dengan konsep triunity Kristian, dan ia merupakan salah satu bukti 
dari Perjanjian Lama bahawa Allah itu adalah Triunity. Malahan tokoh 
Bapa-Bapa Gereja yang awal seperti Irenaeus, Theophilus, Tertulian dan 
lain-lain lagi telah menjelaskan bahawa apabila terdapat penyataan dalam 
Perjanjian Lama bahawa Allah menampakan diri kepada manusia-ia adalah 
merujuk kepada penyataan Yesus.

Dalam teologi Kristian dan Yahudi, tidak ada seorangpun yang dapat melihat 
Allah Bapa, ini juga diakui oleh Yesus. Marilah kita melihat ayat Yohanes 
1:18 dengan teliti,



“ Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, 
yang ada dipangkuan Bapa; Dialah yang menyatakaNYa”


Ayat tersebut menjelaskan


1)Yesus adalah Anak Tunggal Allah

2)Maksud Yesus, tidak ada seorang pernah melihat Allah,
adalah merujuk kepada Allah Bapa

3)Yesus, telah datang untuk menyatakan siapakah Allah Bapa itu sebenarnya


Jadi apabila kita taksirkan kedua-kedua ayat tersebut adalah jelas bahawa,


1)Tidak seorangpun pernah melihat Allah Bapa kecuali Anak

2)Yesus adalah Allah, kerana dia Allah, Yesus telah wujud sama dengan Allah 
Bapa. Yesus juga telah berkata, “ sebelum Abraham ada, Aku telah ada”.

3)Dalam Perjanjian Lama, apabila dinyatakan bahawa Allah menampak diri 
kepada manusia, ia adalah merujuk kepada Yesus.


Ini juga benar dalam ayat 32:30 dalam Kejadian. Selain dalam kedua-dua ayat 
tersebut, banyak lagi dalam Perjanjian Lama yang menyatakan bahawa Allah 
menampakkan diri kepada manusia,

  Gen 12:7; 18:1
  Gen 26:2, 24
  Gen 35:1, 9, 48:3
  Ex. 3:16; 4:5
  Ex. 6:3
  Lev 9:4; 16:2
  Deut 31:15
  1Sam 3:21
  1Kings 3:5; 9:2; 11:9 t
  2Chron 3:1
  2Chron 7:12


Bagi kami orang Kristian, ia adalah jelas, bahawa ayat-ayat tersebut merujuk 
kepada penyataan Yesus. Kerana Yesus juga adalah Tuhan. Malahan apabila ayat 
kejadian 1:26 berbunyi,


“ Berfirmanlah Allah: Baiklah KITA menjadikan manusia menurut gambar dan 
rupa KITA”


Perkataan KITA (satu dalam kejamakan) jelas membuktikan konsep triunity yang 
dipegang oleh orang Kristian iaitu Allah yang satu itu merujuk kepada Bapa, 
Putera dan Roh Kudus.


Iman, kasih dan pengharapan





>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Farish Noor hina Rasulullah
>Date: Mon, 18 Mar 2002 08:58:47 +0800
>




_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com



Reply via email to