*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> -----Original Message-----
> From: Norbaiti bt Ibrahim 
> Sent: Thursday, July 11, 2002 9:10 a.m.
> To:   Muhamad Zul'izzi  Md Yasin; Syamsul b Kadiman; Alina (E-mail); Dean
> (E-mail); Efi (E-mail); Faiz (E-mail); Hana (E-mail); Isha (E-mail); ja
> (E-mail); Liha (E-mail); Linda (E-mail); Liza (E-mail 2); Lyein (E-mail);
> Mas Anuar (E-mail); Nyah (E-mail); Reen (E-mail); Shahzi (E-mail); Yatie
> (E-mail); Zam (E-mail); Zulian (E-mail)
> Subject:      FW: FW: Baru Dapat Anak Pertama...
> 
> 
> >** Renungan kepada semua....
> >=================================
> >
> >     >Baru Dapat Anak Pertama...Dalam perjalanan pulang menaiki bas dari
> >pejabat,
> >     >terdengar perbualan dua orang penumpang, lelaki dan wanita di
> >hadapanku.
> >     >Tidak sepatutnya didengari dialog mereka ini tetapi isu yang sedang
> >     >diutarakan oleh si lelaki ini telah mencabar tanggungjawab diri ini
> >selaku
> >     >seorang penceramah tetap Modul Kursus Pra Perkahwinan Kekeluargaan
> >Islam
> >     >untuk Negeri Perlis. Saya yakin si lelaki sedang "memancing" hati
> >si
> >wanita
> >     >yang di duduk begitu manja disebelahnya. Pastinya bukan muhrim.
> >Lelaki,
> >     >"Sejak dapat anak ni, isteri I dah tak kisahkan kepada I, Kalau nak
> >     >bermesra pun, I dapat sebulan sekali aje." Wanita, "Pasal apa dia
> >begitu,
> >     >kesian you". Lelaki, "Dia asyik melayan anak I aje. Bukan setakat
> >tu,
> >makan
> >     >minum I pun tidak diuruskannya sekarang." Wanita, "Malam tak tidur
> >sekali
> >     >ke?" Lelaki, "Nak tidur macam mana, anak kecik tu dok tang tengah.
> >Bila I
> >     >nak mesra dengan dia, bau isteri I hanyirlah. Isteri I tu dah tak
> >pandai
> >     >hias untuk I. Asyik pentingkan diri sendiri. I rasa frust sekarang.
> >     >Perniagaan I pun agak lembab sikit ni." Wanita tu diam dan terus
> >merebahkan
> >     >sedikit bahunya ke arah lelaki tadi. Saya tidak pasti sama ada
> >wanita ini
> >     >isteri kedua lelaki tadi atau dalam proses ke arah itu atau pun
> >yang bukan
> >     >kedua-duanya ini. Lupakan mereka sebab saya pun tiada kad kuasa
> >untuk
> >     >menangkap mereka berdua-duaan bukan muhrim di atas bas dari Alor
> >Setar ke
> >     >Kangar. MENGAPA BOLEH TERJADI Isu ini adalah lumrah bagi pasangan
> >yang
> >baru
> >     >mendapat anak pertama. Bagi pasangan suami isteri boleh
> >berkomunikasi dan
> >     >bertolak ansur, isu kehadiran orang ketiga dalam kehidupan lelaki
> >tadi
> >     >boleh dihindari. Dari sudut isteri: Semasa belum mendapat anak,
> >tumpuan
> >     >telah diberikan kepada suami tercinta. Tetapi apabila lahirnya anak
> >     >pertama, tumpuannya memang lebih kepada anak kecil itu jika
> >dibandingkan
> >     >layanannya kepada suami. Terutama sekali yang menyusu badan secara
> >     >berterusan. Jika isteri tadi bekerja di luar, pastinya apabila
> >balik ke
> >     >rumah, anak kecil itulah yang diterpa dahulu untuk menyusukannya
> >dan
> >     >melepas rindu berpisah selama 8 jam. Kalau dulu air minum suamilah
> >yang
> >     >diutamakan sekembalinya dari pejabat, tetapi kali ini dahaga
> >kelaparan
> >anak
> >     >kecil itulah menjadi tanggungjawabnya. Anak kecil itu pula tidak
> >memahami
> >     >kehendak dan keperluan ayahnya. Jika dia lapar atau tak boleh tidur
> >waktu
> >     >malam, maka dia memerlukan perhatian dari ibunya. Sedangkan pada
> >waktu
> >yang
> >     >sama, ayahnya juga dalam "kelaparan". Maka jadilah mereka berdua
> >     >berebut-rebut perhatian dari seorang insan yang bernama ibu dan
> >isteri.
> >     >Terbaring lenalah siibu tadi kerana tersangat "asyik" menerima
> >sedutan
> >susu
> >     >dari lidah dan bibir anaknya itu. Bila suami datang mengusik, jiwa
> >dan
> >     >raganya telah terpisah jauh buat seketika dek keletihan siang yang
> >penuh
> >     >dengan ranjau dan onaknya. Dari sudut suami: Layanan dari isteri
> >sebelum
> >     >mendapat anak sungguh mengharukannya. Ke hulu ke hilir
> >berpimpinngan
> >     >tangan. 24 jam isterinya adalah penuh untuk dirinya. Saat
> >melahirkan anak
> >     >juga ditunggu-tunggu. Bila telah melahirkannya, suaminya perlu
> >"berpuasa"
> >     >selama mana keperluan mereka untuk menjaga kesihatan si isteri.
> >Pada
> >ketika
> >     >ini, ada juga suami yang ingin "berbuka" kerana penuhnya takungan
> >yang
> >     >perlu dilimpah buangkan. Namun, hanya suami isteri yang bijak
> >berkomunikasi
> >     >sahajalah yang boleh menyelesaikan kes limpahan ini. Bagi pasangan
> >yang
> >     >mementingkan kehendak peribadi, maka di sinilah bermulanya
> >bibit-bibit
> >     >"isteriku tidak melayani". Dalam kegawatan diri tidak terbelai ini,
> >     >menjelma dilubuk hati seorang wanita yang kerap kali bertemu
> >(terutama
> >     >sekali di pejabat yang sama). Di tambah lagi suami ini pula adalah
> >seorang
> >     >ketua yang ada kuasa memerintah itu dan ini di pejabat. Maka
> >mudahlah
> >     >proses "belai membelai" ini berlaku. Alasan ISTERI TIDAK LAGI
> >MELAYANINYA
> >     >adalah alasan yang amat kukuh untuk memancing si wanita yang
> >diminati ini.
> >     >APA HARUS KITA BUAT? Perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku di
> >dunia
> >     >ini. Ironinya, kebanyakan kita tidak mahu berubah untuk mengikuti
> >perubahan
> >     >ini. Semasa berbulan madu, indahnya berdua-duaan sungguh
> >mengasyikkan.
> >     >Apabila mendapat anak pertama, satu perubahan telah berlaku.
> >Perabut rumah
> >     >telah berubah, ampaian kain di halaman rumah telah bertambah dengan
> >lampin
> >     >anak, susunan katil bilik tidur telah berubah. Kata-kata sayang,
> >busuk,
> >     >intan payung telah berubah ke lain sasaran dsbnya. Maka perubahan
> >ini
> >     >jugalah mesti dirasai secara sedar oleh kedua-dua suami isteri ini.
> >     >Bincanglah perubahan-perubahan ini dan ubahlah jadual waktu anda
> >belai
> >     >membelai. Jika biasanya anda bersama jam 10.00 malam, maka
> >anjakkanlah ke
> >     >waktu-waktu yang lain di mana anak kecil itu tidak mengganggu.
> >Turunkan
> >     >juga darjah layanan yang sepatutnya anda terima dari isteri. Jika
> >biasanya
> >     >setiap petang isteri menyediakan minuman maka kali ini, terimalah
> >hakikat,
> >     >biarlah dia menyusu dahulu anak itu. Ataupun kita sendiri yang ke
> >dapur
> >     >membancuh kopi dua cawan, satu untuk kita dan satu lagi untuk dia.
> >Sentiasa
> >     >berpesan pada diri sendiri bahawa aku telah menjadi ayah untuk
> >memimpin
> >     >anak dan isteri ini menjadi pemimpin bagi orang-orang yang
> >bertaqwa. Jika
> >     >kita ingin juga bernikah seorang lagi, maka katakan kepada bakal
> >isteri
> >     >kedua itu, "Aku ingin mengambil kamu sebagai isteri kedua kerana
> >aku mampu
> >     >dari semua segi dan isteri aku yang sekarang ini pula tidak ada
> >apa-apa
> >     >cacatnya malah kami suami isteri memang aman damai". Jangan
> >merendahkan
> >     >keupayaan isteri sebagai alasan nak cari wanita lain. Ini dengan
> >tidak
> >     >secara langsung menunjukkan kelemahan kita sebagai seorang suami
> >yang
> >tidak
> >     >pandai membina dan mendidik isteri mengikuti perubahan kehendak dan
> >     >keperluan kita sendiri. Jangan cari jalan "mudah"[tinggal dia,
> >kahwin
> >     >seorang lagi] (quick-fix) jika isteri kita tidak melayani kita
> >     >sebaik-baiknya. Cubalah... wassalam
> >     >- Pak Utih -
> 
> 
> 
> 
> _________________________________________________________________
> Join the world's largest e-mail service with MSN Hotmail. 
> http://www.hotmail.com
> 
> ---
> Incoming mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.373 / Virus Database: 208 - Release Date: 01/07/2002
>  
> 
> ---
> Outgoing mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.373 / Virus Database: 208 - Release Date: 01/07/2002
>  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke