*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:

-----Original Message-----
From:             Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju
Sent:             Monday, July 16, 2001
To:          
Subject:                  Laporan Dari Kem Kemunting



Laporan Dari Kem Kemunting

 
Lebih kurang 2000 rakyat yang berbilang bangsa telah bersama berhimpun di
Hadapan Kem Tahanan Kemunting pada jam 2.30 petang Kumpulan ini juga
disokong oleh satu Konvoi besaran yang bermula di R&R Rawang yang
dianggotai lebih kurang 300 buah kenderaan bermotor. 
 
Malangnya himpunan ini telah menjadikan satu medan untuk anggota " who
let's the dog out " untuk menunjukkan kuasanya.
Menurut orang ramai, pihak berkuasa telah mengadakan sekatan di semua
lebuhraya. Pihak polis juga telah mengadakan kawalan ketat di semua pintu
masuk ke Kem Tahanan Kemunting.
 
Kawalan ketat ini telah berjaya dileraikan oleh orang ramai pada jam 2
petang. ini terbukti apabila orang ramai telah mula berkumpul di hadapan
kem tahanan Kemunting.
Pada awalnya kumpulan rakyat ini telah mengadakan satu perhimpunan yang
amat aman. Dan yang pasti perhimpunan ini adalah "perhimpunan haram". Pada
pukul 3 petang, unit Fru telah tiba dan mula 'menjalankan' kuasa. Ketuanya
yang berdiri di atas bas pengakutan Fru telah menggunakan nama Duli Yang
Maha Mulia Agong untuk menakutkan orang ramai.
 
Orang ramai masih berkumpul di seberang jalan raya yang berhadapan dengan
pintu utama kem Kemunting. Mereka telah juga mengeluarkan sepanduk
berbahasa cina (maaf saya tidak pandai berbahasa cina) dan sepanduk yang
mengecam Akta ISA. Ketibaan Puan Bahirah Tajul Aris isteri kepada Ezam
Mohd Noor tidak dihiraukan dan sessi pembacaan doa juga tidak dapat
dilaksanakan
 
Kerana Apa!!! (Gaya Ezam)
 
Kerana kumpulan ini telah disuraikan oleh pihak polis dengan menggunakan
water conan yang berharga RM 2 juta. Pihak polis juga telah menggunakan
unit 'elitnya' untuk menangkap orang ramai. Seramai 41 wira reformasi
telah ditahan termasuk seorang budak kecil yang berumur 8 tahun (kecik dah
pandai bawak molotov cocktail!!!). Isteri kepada Saari Sungib Puan Aliza
Jaafar juga telah berjaya melayakkan diri bersama 41 wira yang 
berkampung di Balai Polis Daerah Taiping.
 
Unit Maklumat GMWM  
http://wanted81.tripod.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to