*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fyi

-----Original Message-----
From: Romeo Must Die [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 19-Sep-2000 2:53 AM
To: Dakwah
Subject: Perkara Merosakkan Iman 1

PERKARA MEROSAKKAN IMAN -BAH 1

PERKARA akidah adalah perkara yang amat penting serta sungguh sensitif dalam
agama Islam. Ia tidak boleh dipersenda atau dipermain-mainkan sama ada
dengan hati, perkataan mahupun perbuatan. Tidak diragukan lagi bahawa
mempersenda atau mempermain-mainkan perkara agama adalah satu dosa dan boleh
membawa terkeluar daripada agama Islam iaitu Riddah, andainya tidak
bertaubat.

Dalam Islam tidak ada dosa yang paling besar selain dosa mempersekutukan
Allah Subhanahu Wataala. Allah berfirman dalam Surah An-Nisa'a ayat 48 yang
tafsirnya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya
(dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia
telah melakukan dosa yang besar.

"Di dalam Surah Luqman pula ayat 13, Allah berfirman yang tafsirnya :

"Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi
nasihat kepadanya : "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Dalam sebuah hadis qudsi pula diriwayatkan daripada Anas bin Malik
Radiallahuanhuma berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Taala
berfirman yang maksudnya : "Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau
berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni bagimu di atas dosa yang
ada padamu dan Aku tiada peduli wahai anak Adam! Walau telah sampai dosamu
ke awan langit, kemudian engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni
bagimu. Dan Aku tiada peduli wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau
datang kepada-Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu
engkau menemui Aku padahal engkau tiada mempersekutukan Aku dengan sesuatu
pun, nescaya Aku berikan kepadamu keampunan dengan sepenuh bumi." (Hadis
riwayat Tirmidzi).

Hadis qudsi ini menerangkan bahawa banyak manapun dosa dan kesalahan yang
dilakukan oleh anak Adam, semuanya itu di akhirat kelak ada harapan untuk
mendapat keampunan Allah selama mana dia tidak melakukan dosa
mempersekutukan Allah. Ini menunjukkan rahmat dan belas kasihan Allah kepada
orang-orang yang melakukan dosa, asalkan bukan dosa
mempersekutukan-Nya.Adapun balasan bagi orang yang kufur atau yang
mempersekutukan Allah atau yang menyembah selain daripada Allah, firman
Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 91 yang tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir,
maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka, emas
sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu.
Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka
pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

"Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan
menjaga dan memelihara keislamannya daripada sebarang perkara yang boleh
menjadikannya rosak dan terbatal. Apabila seorang Islam membatalkan dan
merosakkan keislamannya maka dia adalah melakukan riddah atau murtad.

Dari segi syarak, riddah bermaksud memutuskan keislaman dengan niat kufur
atau perkataan kufur atau perbuatan kufur sama ada dengan penghinaan atau
pengingkaran atau beriktikad kufur.

Apabila seseorang telah murtad, maka hapuslah segala amal ibadat yang
dilakukannya sebelum dia murtad sekiranya riddahnya itu berterusan hingga ke
akhir hayatnya.

Adakah wajib membuat semula ibadat yang terhapus itu apabila dia kembali
kepada Islam semula? Menurut mazhab kita Asy-Syafi'e Radiallahuanhu,
tidaklah wajib, akan tetapi menurut Imam Abu Hanifah Radiallahuanhu, wajib
dibuat semula ibadat yang telah dilakukannya sebelum berlakunya riddah
itu.Pendapat Asy-Syafi'e dan pendapat Imam Abu Hanifah hanya bersepakat
mengatakan bahawa pahala amal ibadat orang yang murtad sebelum dia murtad
akan hapus dan hilang apabila .berlaku saja riddah. Firman Allah Taala dalam
Surah Al-Baqarah ayat 217 yang tafsirnya :

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang
sedemikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya)."Riddah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

1. Riddah dengan hati.

2. Riddah dengan perbuatan.

3. Riddah dengan perkataan.

Setiap kategori tersebut mempunyai cabang-cabangnya yang banyak.

Bersambung

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zahidi, Adasir (GEAE, Malaysia)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke