*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Macammana pihak kerajaan negeri Kedah tahu pemohon mana ahli umno dan yang mana ahli pas??? Adakah dalam borang permohonan kena nyatakan ahli parti politik? Atau masa temuduga ada soalan tentang menyokong atau ahli politik mana? Dan jika pihak kerajaan negeri Kedah sudah mengenal pasti pemohon mana sokong parti mana, adakah pihak kerajaan negeri bersikap adil dalam pemberian markah sehingga ramai ahli umno yang dapat markah tinggi? Ha!! Nampak gaya Fadzil Hanafi terpecah tembelang sendiri!!! Nasional: Kedah dedah penyelewengan pegawai Jaik 22 December 2000 ALOR STAR, Khamis - Kerajaan Kedah mendedahkan penyelewengan pegawai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dengan mengambil penyokong Pas yang tidak layak, mengisi jawatan imam dan bilal. Pegawai tidak bertanggungjawab itu dikesan meluluskan temuduga penyokong Pas walaupun ada penyokong kerajaan lebih berkelayakan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Fadzil Hanafi berkata, tindakan itu membuktikan mereka terpengaruh dengan pembangkang sehingga tidak memilih penyokong kerajaan walaupun layak. "Hasil laporan yang terima, ramai pemohon di kalangan ahli Umno yang mendapat markah tertinggi ketika temu duga tetapi ahli Pas yang markah temu duga mereka lebih rendah, ditawarkan jawatan. "Ini membuktikan permohonan ahli Pas itu sebenarnya tidak layak tetapi diberi memegang jawatan itu," katanya. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Fadzil berkata, pihaknya kesal dengan penganiayaan terhadap mereka yang berhak mendapat tempat tetapi ditolak kerana fahaman politik berbeza. Beliau berkata, pegawai terbabit tidak amanah dan tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya. Katanya, seseorang yang memegang jawatan imam dan bilal perlu seorang yang layak serta berkebolehan untuk faedah masyarakat Islam dan bukan mengikut kedudukan atau fahaman politik. "Kita mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan itu dan sudah mengenalpasti mereka yang terbabit. "Bagaimanapun, siasatan secara terperinci mengikut laporan yang dihantar kepada saya tetap dijalankan untuk menentukan kedudukan sebenar," katanya. Mengenai tindakan berikutnya, Fadzil berkata pegawai yang melakukan penyelewengan akan diberi amaran dan dikenakan tindakan tatatertib. Menjawab soalan, beliau berkata, struktur pentadbiran Jaik akan disemak dan disusun semula berikutan cadangan pelbagai pihak termasuk pembangkang. Bagaimanapun, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan dan formula terbaik menjadikan masa depan Jaik lebih cemerlang. "Semua cadangan dan formula penyusunan semula akan dibentangkan kepada Sultan Kedah selaku Ketua Agama Negeri," katanya. http://www.bharian.com.my/z/Current_News/BH/Friday/National/20001221222955 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>