*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Bangunlah wahai ibu-ibu > > > > > > Tuesday, April 23 @ 09:38:32 MYT > > > > > > > > > Oleh Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali > > > > > > SELAMAT Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Walaupun Hari Ibu > akan > > dirayakan secara rasminya pada 12 Mei ini tetapi saya mengambil kesempatan > > ini untuk membuat ucap selamat ini lebih awal sebelum terlambat, sebelum > > lebih ramai ibu-ibu ditangkap dan ditahan dan disumbat dalam tahanan yang > > entah di mana. > > > > > > Apakah akan lebih ramai lagi ibu-ibu dicolek dari rumah mereka ditengah > > malam dihadapan anak-anak kecil yang mentah hijau, tidak langsung mengerti > > kenapa ibu mereka diseret keluar dari rumah dan mereka ditinggalkan begitu > > saja . > > > > > > Puan Sejahratul Dursina@Chomel telah ditangkap dirumahnya lebih kurang > > pukul 11 malam oleh 5 orang yang mengaku polis, 4 orang polis lelaki > > berpakaian biasa dan seorang polis wanita berpakaian seragam. > > > > > > Ibu muda beranak 4 ini diugut dihadapan anak-anaknya untuk digari > apabila > > memprotes tangkapan terhadapnya itu. Rumahnya digeledah kesekian kali > kerana > > sebelum ini juga telah digeledah berikutan tangkapan keatas suaminya yang > > dituduh ahli KMM tanpa boleh dibuktikan sehingga kini dan sekarang ditahan > > di Kemunting. > > > > > > > > > Peliknya apa yang diambil ialah sebuah laptop, talipon bimbit dan dua > buah > > buku akidah. Rupanya buku akidah kini perlu di ISA kan kerana sangat > bahaya > > dan mengancam keselamatan negara atau mungkin dalam buku itu ada bom atau > > senjata bahaya, kalau tidak masakan menjadi antara barang yang diambil > > bersama-sama dengan tahanan yang di'hukum' ahli KMM. > > > > > > Paling mendukacitakan ibu ini terus dibawa pergi dari rumahnya walaupun > > merayu untuk diberi sedikit masa bagi menunggu kedatangan ibu-bapanya > iaitu > > nenek dan datuk kepada anak-anaknya yang meraung ketakutan dan terkejut > > malah salah seorang darinya sedang demam. > > > > > > Apakah itu arahan dari Menteri Dalam Negeri ? Menangkap seorang ibu > > tunggal, seorang wanita yang terpaksa menjadi ibu dan bapa kepada 4 anak > > kecil yang paling muda berumur 2 tahun ditengah malam ? Apa sudah tidak > > cukup siang hari lagi ? > > > > > > Apa bahaya sangat ke ibu ini yang menurut adiknya bertubuh kecil dan > kurus > > serta kesihatan yang terganggu sejak penahanan suaminya dan terpaksa pula > > berulang saban minggu ke Kemunting untuk melawat suami yang terkurung. > > > > > > Bangunan mana , menara mana yang akan diletupkan oleh seorang wanita > yang > > lemah, sehingga begitu tergesa-gesa ditahan. Mana perginya slogan > masyarakat > > penyayang yang dilaung-laungkan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini. > > > > > > Teruk sangat ke untuk menunggu beberapa ketika supaya anak-anak kecil > yang > > akan ditinggalkan diserahkan kepada datuk dan neneknya secara bersopan dan > > beradap. Sudah hilangkah sifat kemanusiaan anggota polis yang terlibat ? > > > > > > Polis wanita yang turut serta itu tiada berkeluarga dan tiada > > anak-anakkah? Tidak mungkin tidak seorang pun dari mereka telah > > berumah-tangga dan punya anak-anak. Buta dan tulikah hati mereka sehingga > > tidak mendengar raungan dan tangisan anak-anak malang itu. > > > > > > Bayangkan betapa hancurnya hati ibu dan bapa tahanan yang begitu > berharap > > agar dapat berjumpa dengan anaknya dan sekurang-kurangnya mengambil > beberapa > > pesanan buat bekalan menghadapi cucu-cucu yang sudah pasti terpaksa > dikongsi > > penderitaan mereka. > > > > > > Lebih-lebih sedih lagi mereka apabila melihat cucu-cucu mereka menangis > > dalam pelukan pembantu rumah Indon yang menggigil ketakutan. Adalah > > dikatakan bapa tahanan sehingga kini tidak dapat mengeluarkan walau > sepatah > > perkataan pun kerana terkejut yang bersangatan. > > > > > > Tidak terbayang difikirannya kekejaman ini berlaku di Negara Malaysia > yang > > kononnya aman makmor dan sebuah Negara Islam !! > > > > > > Bayangkan seorang ibu muda ditahan tanpa bukti di bawah akta paling > zalim > > ISA, dipisahkan dari anak-anak dan menghancurkan sedikit harapan untuk > > meneruskan kehidupan keluarga yang sudah sedia pincang, kemudian terus > > dibariskan dimuka hadapan akhbar sebagai anggota kumpulan militan. > > > > > > Siapa yang membuat tuduhan, siapa yang mendakwa dan siapa pula yang > > menghukum ?? Berpesta akhbar-akahbar berlumba-lumba menjatuhkan hukuman > > 'maut' kepada tahanan yang terikat kakitangan tanpa dapat membela diri. > > > > > > Sehingga kini tidak diketahui di mana ia berada, selamat atau tidak. > > Adakah ia mendapat rawatan atas gangguan kesihatannya yang sudah pasti > > menjadi lebih parah kerana dipisahkan dari anak-anak kesayangan dan > > kemanjaannya. > > > > > > Selamatkah kaum wanita ditangan anggota polis? > > > > > > Sudah pasti kita semua masih belum lupa cerita jijik dimana seorang > > anggota polis merogol dan mencabul kehormatan 2 orang tahanan reman yang > > ditahan dilokap polis. > > > > > > Apakah ini satu kejadian terasing atau hanya diketahui umum kerana > > mangsa-mangsa mengambil tindakan sewajarnya. Apakah mungkin fenomena " tip > > of ice berg " berlaku di sini ? > > > > > > Bolehkah kita percaya tahanan selamat sedangkan bekas orang nombor dua > > negara dibelasah separuh mati oleh tidak lain tidak bukan ketua kepada > > anggota keselamatan yang langsung tidak melindungi keselamatan rakyat dan > > orang ramai. > > > > > > Ketua Pengganas Negara ini pula dengan muka selamba badak menipu > > berjuta-juta rakyat Malaysia di kaca TV dengan kenyataan " He is safe and > > sound ". Tambah tragis pula apabila orang nombor satu negara menambah > > perencah bagi menyedapkan lagi pembohongan dan penipuan teragung zaman ini > > dengan menyatakan bekas timbalannya menumbuk diri sendiri !! > > > > > > Bekas tahanan ISA dalam operasi lalang yang lalu iaitu aktivis > masyarakat > > Irene Xavier telah menceritakan kepada umum bagaimana beliau dipukul, > > ditendang terajang dan dibogelkan malah diugut untuk dirogol oleh tak lain > > tak bukan polis2 tertentu yang merupakan anggota keselamatan negara. > > > > > > Kita juga pasti tidak lupa kerana kita rakyat Msia yang tak mudah lupa, > > peristiwa penahanan seorang lagi ibu muda beranak 5 dalam siri tangkapan > > polis untuk menggagalkan perjuangan reformasi dimana ibu ini > ditelanjangkan > > dihadapan tahanan2 lain dan disuruh ketuk ketampi. > > > > > > Sejarah hitam ini tidak mungkin dipandang sepi oleh kaum wanita > > lebih-lebih lagi yang mempunyai keluarga, akan tetap terpahat dalam > lipatan > > sejarah penyelewengan dan 'jenayah' institusi polis yang dibawah > > tanggung-jawab Menteri Dalam Negeri. > > > > > > Mereka boleh menjeritkan apa jua slogan dari slogan cepat dan betul > hingga > > slogan mesra rakyat namun hakikatnya rakyat melihat dan merasai bahana > > tindak tanduk mereka-mereka tertentu yang ganas dan tidak berhati-perut. > > > > > > Hari ibu semakin menjelang tiba. Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita > > sudah pasti begitu sibuk dengan tema-tema dan slogan-slogan basi yang > hendak > > dilaung-laungkan keserata ceruk bumi Msia. Nanti akan naiklah > > sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang yang bertujuan melunakkan ibu-ibu > > dengan kata-kata palsu memartabat dan memperkasakan ibu-ibu Malaysia. > > > > > > Maka dibuatlah seminar-seminar, program-program dan majlis-,majlis > > sambutan di padang, di hotel dan di dewan-dewan untuk memperagakan betapa > > prihatin dan ambil beratnya akan nasib ibu. Ttetapi ibu diganasi dan > > dizalimi dengan akta zalim langsung tak diendahkan. > > > > > > Para pemimpin wanita UMNO/BN yang berkelulusan undang-undang eloklah > > hantarkan saja sijil undang-undang yang bersusah-payah dimiliki itu ke zoo > > kerana rasanya penghuni zoo lebih memahami erti keadilan dan kebenaran > > (termasuk seorang yang ada pertalian dengan penulis). > > > > > > Apa gahnya kementerian pembangunan keluarga sedangkan institusi keluarga > > beratus-ratus tahanan ISA dimusnahkan begitu saja atas dalil menjaga > > keselamatan negara, macam mereka saja yang mementingkan kesselamatan > negara. > > > > > > Desakan demi desakan terus dibisukan, meskipun tuan punya atau pembuat > > undang-undang lapuk ini sendiri melalui parlimen mereka telah mengecam dan > > meminta agar undang-undang yang mereka wariskan itu dimansuhkan . > > > > > > Muka tebal dan telinga pekak pemimpin negara akan pasti ditagih oleh > > orang-orang dan keluarga yang mereka aniayai. Mereka rasa tenteram dan > aman > > didunia ini kerana Allah terus mengurniakan 'istidraj'nya, namun bak kata > > YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bahawa di > Padang > > Mahsyar nanti tapak kaki dia, tapak kaki isterinya, tapak kaki anak-anak > dan > > saudara-mara serta parta penyokongnya akan memijak-mijak dan > menonyoh-nonyoh > > muka-muka mereka yang terlibat menangkap dan mengurung anaknya di > Kemunting. > > > > > > Itu baru dendam seorang ayah, bagaimana pula beribu-beribu yang lain > yang > > ada antaranya tidak berhenti-henti bermunajat dan mengangkatkan qunut > > nazilah saban kali solat menghadap Allah Azza Wa Jalla! > > > > > > Sebelum mengakhiri tulisan ini saya ingin mengajak rakan sejawatan saya > di > > kem sebelah sana yang menyeru pimpinan PAS dan Keadilan supaya berceramah > > untuk mencegah sumbang mahram yang dikatakan semakin parah. > > > > > > Lucu pun ada lawak pun ada. Geli hati saya membaca kenyataan pendekar > > ketua puteri-puteri yang mengiktiraf peranan pentas-pentas ceramah BA > > sebagai platfom untuk pencegahan dan pembenteras jenayah keluarga yang > > sememangnya merimaskan. > > > > > > Saya bersetuju benar dengan saranan itu. Cuma saya hendak minta tolong > > supaya rakan sejawatan saya itu bermurah hati untuk mendapatkan > > permit-permit ceramah dari pihak berkuasa , usahkan di markaz Taman > Melewar > > malah saya sanggup menjelajah seluruh negara untuk berceramah yang sudah > > tentunya dipremis yang lebih baik seperti di dewan-dewan, padang-padang > > sekolah, stadium ataupun sekurang-kurangnya di dewan-dewan berhawa dingin > > PWTC !! > > > > > > Baru kelas dan baru berbaloi jemputan anggota majlis tertinggi UMNO lah > > katakan . Jangan bimbang , saya bukan sahaja akan berceramah bab sumbang > > mahram tetapi juga tentang bahayanya menebar fitnah besar menuduh zina dan > > liwat tanpa 4 saksi, haramnya makan rasuah, haramnya menelan duit rakyat > > termiskin, busuknya menyapu duit bantuan pekebun kecil, hinanya > menggelapkan > > duit Tabung Haji, malunya menggagalkan projek komputer sekolah, kejamnya > > merompak duit royalti minyak, dosanya menggalakkan maksiat dan keruntuhan > > moral melalui rancangan-rancangan TV dan melalui pemberian permit majalah > > sumbang yang meloyakan. > > > > > > Pendek kata semua kemungkaran akan saya bangkitkan tanpa segan-silu , > > maklumlah ceramah dapat permit. Saya menunggu-nunggu tindakan susulan > rakan > > saya itu. > > > > > > Akhir kata untuk semua ibu-ibu di Malaysia, jika anda tidak bangkit > > menentang kezaliman akhirnya kezaliman itu akan singgah di batang hidung > > anda, dan ketika itu sudah terlalu lambat untuk memprotes dan membantah > > kerana mulut anda telah disumbat dan tangan- kaki anda telah digari. > > > > > > Selamat Hari Ibu kepada semua terutama dan teristimewa kepada Menteri > > Pembangunan Keluarga dan Wanita. > > > > > > KEGANASAN TERHADAP IBU MENGANCAM KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KELUARGA > . > > Hari ibu yang selamat , ibu-ibu tidak selamat lagi !!!!!!!! > > > > > > [Penulis adalah AJK PAS Pusat, Ketua Pengarah Al-Nisa' Dewan Muslimat > PAS > > Pusat.] > > > > > > > > > -- > > > > > > > > > http://www.geocities.com/bawebmy/pasnetwork.html > > > > > > http://groups.yahoo.com/group/pas-news/ > > > > > > [EMAIL PROTECTED] > > > > > > > > > _______________________________________________ > > > Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Email.com > > > http://www.email.com/?sr=signup > > > > > > > > > > > > To unsubscribe from this group, send an email to: > > > [EMAIL PROTECTED] > > > > > > > > > > > > Your use of Yahoo! Groups is subject to > http://docs.yahoo.com/info/terms/ > > > > > > > > > > > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~--> > > Buy Stock for $4 > > and no minimums. > > FREE Money 2002. > > http://us.click.yahoo.com/orkH0C/n97DAA/ySSFAA/mBhwlB/TM > > ---------------------------------------------------------------------~-> > > > > Note: Dilarang mem-forward-kan mana-mana artikel drpd mailing list ini > tanpa kebenaran penulis asal. > > > > Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ > > > > > > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>