MATEMATIK & SAINS DIAJAR DALAM BI SANDIWARA BARU

Oleh: myient

Kelemahan pelajar (Melayu) dalam Bahasa Inggeris dipandang serius oleh pimpinan atasan negara seperti Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi. Oleh kerana kehangatan isu ini, saya sedikit sebanyak terpanggil untuk ikut serta memperkatakannya dari sudut pandangan saya.

Bahasa Inggeris dianggap penting. Kepentingannya tidak boleh dinafikan lagi sepertimana pentingnya Bahasa Arab kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu dan Bahasa Antarabangsa. Bahasa Arab menjadi penting kepada mereka yang muslim dan ingin menguasai bidang agama. Bahasa Inggeris pula menjadi penting (untuk semua) selagi Eropah menguasai ekonomi dunia. Mereka angkuh dan memaksa seluruh warga dunia menggunakan bahasa Inggeris kalau mahu berurusan dengan mereka. Maknanya, kalau orang Jawa kuat, maka dia boleh “memaksa” orang lain menggunakan bahasa mereka kalau mahu berurusan dengan mereka.

Baru-baru ini, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan supaya pihak Kementerian Pendidikan mengadakan perubahan iaitu, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar bagi Matapelajaran Sains dan Matematik. Mengapa boleh jadi begitu? Dalam hal ini saya cuma ingin menyentuh 3 implikasi sahaja, iaitu semasa, jangka masa sederhana dan jangka panjang.

Kepentingan politik individu tertentu

Tentu ada individu tertentu yang mencadangkan supaya Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana individu yang memberi cadangan / arahan itu adalah orang disegani, maka ianya diterima dan seluruh agensi kerajaan menjadikannya realiti walaupun terpaksa membelanjakan berjuta ringgit.

Saya memikirkan sejauh mana usaha ini berterusan. Ini kerana berdasarkan peristiwa sebelum ini, iaitu “BAHASA BAKU” yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim, telah dicantas dengan mudah dan dilupakannya, walaupun berjuta ringgit sudah dibelanjakan untuk melaksanakannya di sekolah serta agensi kerajaan. Isu Bahasa Baku ini, semua orang menyadari kebaikannya, tetapi terpaksa dikatakan “tidak baik dan tidak perlu” oleh semua pihak walaupun para ilmuan negara sendiri hanyalah semata-mata kerana pemimpin negara berkata “tidak”. Maka penggunaan Bahasa Inggeris (BI) juga tidak mustahil jadi begitu nasibnya apabila individu yang mencadangkannya itu sudah tidak berkuasa lagi.

Begitulah jadinya kalau isu pendidikan sudah ada campur tangan orang politik yang hanya memerlukan glamor dan bertopengkan kepentingan negara. Padahal sebenarnya, cadangannya itu tidak penting manapun, yang akan berubah apabila dia “mampus!”.

Jangka Pendek

Apabila Matematik dan Sains di ajar dalam BI, maka para guru (berpendidikan melayu) perlu di ‘upgred’ kemampuan mereka. Kos nya bukan sedikit. Pelajar mengalami kejutan dan masalah besar. Selama ini pun, Sains dan Matematik yang diajar dalam BM, pelajar sudah separuh gila untuk menguasai pelajar itu, bagaimana hasilnya pula kalau diajar dalam BI. Kalau saya kata ‘lingkop’ mungkin kasar, tapi itulah hakikatnya.

Buatnya, sistem ini diterusnya untuk beberapa tahun sahaja, kemudian tukar balik. Maka jadilah nasibnya sama seperti “Bahasa Baku” suatu waktu dulu.

Kesan Jangka Sederhana dan Panjang

Secara positif, kalaulah kaedah ini diteruskan, mungkin isu Bahasa Inggeris boleh selesai. Saya menjemput saudara untuk berdoa agar ianya berterusan dan berjaya, bukan untuk melepaskan batuk di tangga dan bertujuan memuaskan nafsu ahli politik tertentu sahaja yang secara amnya membazirkan wang rakyat, membolot rasuah dan komisyen yang banyak dan mementingkan kroni.

Begitu juga dengan isu E-BUKU yang belum selesai. Akan tetapi ebuku ini lebih realistik berbanding isu Bahasa Inggeris melalui Matematik dan Sains.

.........................
Catatan : Sdr Myient adalah seorang webmaster (bukan laman Reformasi) dan artikal terakhir beliau di laman ini ialah 2 Okt 2001.

Kirim email ke