*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > -----Original Message----- > From: "Ramli Rahim" <[EMAIL PROTECTED]> > To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] > Sent: Wed, 06 Jun 2001 06:33:46 > Subject: [ADIL-Net] Fwd: RE: Re: [fikrah] Politik Islam > >Salam, > >Di Malaysia ada golongan yang lurus bendul, nampak politik PAS-UMNO >semata-mata. Kedua-dua puak akan bertegang urat mempertahankan aspirasi >perjuangan mereka. Jangan tanya orang UMNO, mereka tak akan menghayati >perjuangan Hassan Al-Banna, Abdul Kadir Audah, Hassan Al-Banna, Sayyid Saki >t >Arsalan, Abdul Bahi, Muhammad Abduh, Sayyid Qutb, Ibnu Rusyd, Muhammad >Redha, Jamaluddin Al-Afghani, Fathy Yakan, Umar Telmansani.... > >Ramli Abdul Rahim > > >>From: Ahmad Mustafa <[EMAIL PROTECTED]> >>Reply-To: [EMAIL PROTECTED] >>To: [EMAIL PROTECTED] >>Subject: RE: Re: [fikrah] Politik Islam >>Date: Tue, 5 Jun 2001 09:27:50 -0700 (PDT) >> >>Waalailkumussalam warahmatullahi wabarakatuh, >> >>Meluruskan definisi politik. >> >>Bila berbicara tentang politik Islam, perhatian umat >>Islam lebih memfokuskan soal politik setakat satu >>parti melawan parti lain untuk menang dalam >>pilihanraya. Kemudian dengan kuasa majoriti ini, Umat >>Islam memerintah dan Negara tersebut menjadi Negara >>Islam. Kenaifan umat Islam dalam memikirkan soal >>politik Islam menjadikan kenapa umat Islam dikalahkan >>oleh ideologi asing. Bila memperkatakan istilah >>politik, umat Islam hanya memikirkan buku-buku >>karangan barat, contoh “The Prince”, “The End of the >>History”. Mereka lupa khazanah politik umat Islam >>seperti Kitab Ahkam AsSulthaniah dan Siyasah Syariah >>dan lain-lain lagi. Jadilah mereka orang yang >>meletakkan politik Islam menurut perspektif politik >>barat dan kemudian di‘adjust’ supaya menjadi politik >>Islam. Maka tidak hairanlah bila ada seorang bekas >>‘politikus’ memfatwakan sesuatu yang asing menggunakan >>kerangka politik Barat, bukannya politik Islam. >>Penerapan politik “matlamat menghalalkan cara” menjadi >>sandaran kepada politikus Islam samada ia sedar atau >>tidak sedar. Lihat sahaja fatwa secara ringkasnya >>“TIDAK MENGAPA MENYERTAI MANA-MANA PERTUBUHAN ...YANG >>PENTING KITA BAWA ISLAM”. >> >>Tiga golongan dari kalangan umat Islam yang mempunyai >>pandangan politik masing-masing : >> >>i) Dalam Islam tidak ada politik, politik itu kotor. >>ii) Soal dunia, kita banyak belajar dari barat, >>kemudian kita sesauikan dengan Islam. >>iii) Islam adalah way of life, maka disitu ada urusan >>politik, ekonomi dan sosial. >> >>Perpecahan ini terjadi kerana umat Islam memisahkan >>politik dengan hukum-hakam syarak. Sehingga aktiviti >>politik mereka lebih mencerminkan definisi yang dibuat >>oleh para pakar politik Barat yang cenderung membatasi >>politik hanya pada usaha merebut dan mempertahankan >>kekuasaan. Robson sebagaimana dikutip Miriam Budiarjo >>(lihat Asas-asas Ilmu Politik) mengatakan: >> >>“…Fokus perhatian sarjana ilmu politik itu …tertuju >>pada perjuangan untuk mencapai atau mempertahankan >>kekuasaan, melaksanakan kekuasaan atau pengaruh atas >>orang lain, atau menentang pelaksanaan kekuasaan itu”. >> >>Tatkala para aktivis politik yang menjalankan definisi >>tersebut adalah orang-orang yang fasik dan jahat, >>bahkan memiliki paradigma bahwa politik itu sesuatu >>yang kotor, menganut fahaman Machiaveli, yakni tujuan >>membolehkan segala cara, dan aktiviti politik itu tak >>ada hubungannya dengan agama, aktiviti politik itu >>adalah aktiviti keduniaan. >> >>Siyasah atau Politik dalam Hadis >> >>Persoalan yang kedua ialah adakah Rasulullah pernah >>menggunakan istilah “politik atau siyasah”, supaya >>senang kita mendefinisikan biarlah sesuai dengan >>Al-Quran dan Sunnah. >>Di dalam sebuah hadis Riwayat Muslim Rasulullah ada >>bersabda; >> >>"Dahulu Bani Israel urusan mereka dipimpin (TASUSU) >>oleh para nabi. Apabila para nabi itu telah wafat, >>mereka digantikan oleh nabi yang baru. Sedangkan >>setelahku, tidak ada lag seorang nabi, dan akan ada >>khalifah yang banyak., maka sempurnakanlah baiat yang >>pertama, maka yang awal” >>(Muslim, Sahih, bab Imarah, hadith no. 3429, >>al-Bukhari, Sahih, bab Ahadith al-Anbiya’, hadith no. >>3196. Keduanya bersumber dari Abu Hurairah.) >> >>Kata politik dalam bahasa Arab masdar SASA – YASUSU- >>SIASATAN. Politik menurut makna bahasa adalah >>pemeliharaan kepentingan. Dalam kamus Al-Muhith >>dikatakan Sustu Ar Ra’iyata Siyasatan, Ai Amartuha Wa >>Nahaituha, Ar Rai’tu Syu’unaha Bil Awamir Wa Nawahi >>[Aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku >>memerintah dan melarangnya, atau aku menguruskan >>urusan mereka dengan perintah dan larangan-larangan >>tertentu] >> >>Mafhum Hadis: Politik pada zaman sebelum kedatangan >>Rasulullah dikendalikan oleh Nabi-nabi, kemudian pada >>masa Rasulullah baginda Saw sendiri yang menjaganya, >>kemudian urusan ini diambil alih oleh khalifah, atau >>dengan nama lain Imam atau Amirul Mukminin. Yang mana >>dalam hadis lain bahawa Imam ini adalah Ra’in >>(penjaga). Dari berbagai hadis yang menerangkan tugas >>khalifah iaitu pemimpin politik umat Islam selepas >>Rasulullah. >> >>Dari pelbagai hadis ini maka dapatlah dibuat >>kesimpulan definisi politik yang benar ialah mengurusi >>urusan umat Islam dengan menerapkan hukum Islam dalam >>Negara dan luar negara. (Buku Islam Politik dan >>Spritual, Hafidz Abdrrahman ms 264). >> >>Kesimpulan >> >>Definisi politik dan aktiviti politik telah diajarkan >>oleh Islam sejak lama dulu, maka setiap perbincangan >>berkaitan politik hendaklah dirujuk kepada fikrah >>politik Islam. Bukannya kepada politikus yang telah >>dikembiri oleh fikrah politik ala Machiaveli, (ends >>justify means)... >> >>Bersambung Insya Allah.Dengan isu – dalil penubuhan >>parti politik, larangan dalam jemaah yang tidak >>berasaskan Islam dan sebagainya. >> >> >>--- jaharo jamal <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >> > A(l)ssalaamu-'aalaaikum. >> > >> > CATATAN: [Sila lihat attachment hanya sekiranya >> > posting saya ini tdak sampai >> > selengkapnya dengan diakhiri tanda <<< emjeijei >>> >> > ] >> > >> > Soalan: Siapa Nakhai atau siapa Nik Aziz atau siapa >> > Mahadir? >> > >> > Jawapan saya: Mereka semua manusia ... seperti saya >> > dan tuan-tuan. Siapa >> > diantara kita yang beriman dengan benar kepada >> > Allaah SWT mengikuti jalan >> > Rasulu-(A)llaah SAW dan Sahabat RA maka semuanya >> > Islam dan bersaudara. >> > >> > Sebagai manusia biasa niscaya kita terdedah kepada >> > kesalahan dan kesilapan. >> > Semalam kita ada buat silap. Hari ini kita mungkin >> > sedang buat silap. Esok >> > pun mungkin kita buat silap juga. Setiap kita harus >> > berlapang dada dan >> > bersikap terbuka. >> > >> > Setiap individu sangat perlu untuk muhasabah diri >> > sendiri dan bukan >> > muhasabah diri orang lain. Muhasabah diri sendiri >> > ini pun bukan semudah yang >> > kita ucapkan. Seringkali kita gagal mengenalpasti >> > kesilapan dan kesalahan >> > diri sendiri. Lazimnya kita hanya nampak kebenaran >> > dari sudut pandangan >> > kita. Benar disana ada Alqur_an dan A(l)ssunnah >> > untuk digunakan sebagai >> > wazan tetapi kadangkala atas kelemahan kita maka >> > kita telah melihatnya >> > menurut tafsiran yang salah. >> > >> > Justeru itu kita kena mohon bantuan langsung dari >> > Allaah SWT sentiasa supaya >> > dilorongkannya kita di atas jalan yang benar dan >> > dapat melihat sesuatu >> > perkara menurut perspektif yang Allaah SWT redha. >> > Tanpa bantuan Allaah SWT >> > kita akan melihat sesuatu menurut perspektif akal >> > dan nafsu kita. >> > Allaahumma-(i)hfazna! Sekira mana Allaah biarkan >> > kita mengurus diri dan >> > kehidupan kita sendiri ... niscaya kalangkabutlah >> > diri dan kehidupan kita >> > ... gagal total! >> > >> > Apakah kita mampu memperbetulkan semalam kita? Kita >> > sangat perlu menoleh ke >> > hari semalam untuk menilik salah silap diri namun >> > pembetulan hanya >> > insyaa-Allaah boleh dilaksanakan hari ini atau esok! >> > Selagi hayat dikandung >> > badan dan nyawa belum melepasi halqum maka di sana >> > insyaa-Allaah masih >> > terbuka ruang untuk bertaubat dan memperbetulkan >> > sekurang-kurangnya >> > diperingkat iman dan fikir walau pun amalinya sudah >> > terlewat! >> > >> > Dalam pada kita memperbetulkan dan mempertingkatkan >> > diri; apakah tidak perlu >> > kita menoleh ke kiri, kanan, hadapan dan belakang? >> > Siapa dihadapan kita, >> > siapa di sisi kita dan siapa di belakang kita? >> > Bukankah kita kena saling >> > bantu membantu dalam hal kebajikan dan taqwa dan >> > usaha meghalang-halangi >> > keburukan dan permusuhan? Pastinya jika yang >> > dihadapan tersilap kita kena >> > ingatkan; begitu juga yang di sisi dan di belakang; >> > begitu juga jika mereka >> > pula yang tegur kesilapan kita. Pastinya jika yang >> > dihadapan buat silap dan >> > tak mahu diperbetulkan maka kita ganti saja dengan >> > orang lain atau kita ada >> > pilihan untuk ikut kumpulan lain! Jika tidak kita >> > sama pun akan menerima >> > bahana dari kesilapan orang yang di hadapan kita >> > itu! Kita jadi orang di >> > belakang pun tak boleh main angguk kepala sahaja! >> > Manakala jika yang >> > dibelakang buat silap dalam mengemudi gerakan >> > tentulah perlu ditegur ... >> > jika tak boleh ditegur terpaksa ganti orang lain >> > juga ... jika tidak bahana >> > datang dari belakang pula! >> > >> > Soalan: Apakah politik Islam yang sebenarnya? >> > >> > Jawapan saya: Ini suatu persoalan penting dan orang >> > yang dhaif seperti saya >> > sebenarnya kurang kemampuan untuk menjawabnya! Walau >> > bagaimana pun marilah >> > kita lihat kepada fikir Rasulu-(A)llaah SAW dan >> > fikir nabi-nabi yang sebelum >> > daripadanya. Apakah asas rangka pemikiran mereka? >> > Apakah ciri-ciri keutamaan >> > akhlak dan kedudukan mereka? >> > >> > Kita lihat dari Nabi Adam AS ... saya yang dhaif ini >> > tidak pernah dengar >> > sebarang hadith atau athar yang kononnya dia >> > melantik diri dia jadi raja >> > atau pemerintah mana-mana bahagian dunia ini! Nabi >> > Nuh AS pun begitu juga! >> > Please correct me if I'm wrong! Nabi Musa yang >> > terkenal gagah perkasa pun >> > tidak diceritakan sebagai bercita-cita menumbangkan >> > kerajaan Firaun supaya >> > dia dilantik menjadi pemerintah! Nabi Ibrahim yang >> > diselamatkan Allaah SWT >> > dari api yang disejukkan dan disejahterakan pun tak >> > pernah claimed nak ganti >> > Namrud! Siapa lagi? Nabi Daud AS! Dia jadi raja dari >> > proses pilihan dan >> > bukan kehendak! Nabi Sulaiman AS pula mewarisi >> > kerajaan! Nabi Yusof AS >> > melalui lantikan! Nabi Muhammad memilih untuk >> > menjadi hamba Allaah SWT yang >> > lapar sehari dan kenyang sehari! Tidak juga saya >> > temui satu statement sirah >> > yang mencatatkan bahawa Rasulu-(A)llaah ditabalkan >> > jadi Raja Arab! >> > >> > Kita lihat pula dalam sirah Sahabat RA! Setakat yang >> > saya belajar masa >> > sekolah rendah dan melalui pembacaan atas kita-kitab >> > sirah ... Abu Bakar RA >> > pun tidak lobby Sahabat lain supaya lantik dia jadi >> > Amiru-(a)lmu'minin! >> > Bagimana pula lantikan Umar RA sebagai >> > Amiru-(a)lmu'minin ... tidakkah ianya >> > beasaskan pilhan Abu Bakar RA! Othman RA pula >> > dilantik atas pilihan Syura >> > Sahabat yang dipilih oleh Umar RA! Ali RA pula >> > dilantik dalam keadaan >> > kecamuk atas keutamaan-keutamaan peribadi beliau! >> > Once again ... please do >> > correct me if i'm wrong! >> > >> > Adakah saya mengeluarkan ungkapan ralat sekiranya >> > saya menafikan bahawa >> > politik Islam sebenarnya bukan politik untuk untuk >> > jadi pemerintah seperti >> > yang dipolitikkan sekarang! Apa yang saya nampak >> > seperti yang dimaklumkan >> > oleh elders dan tuan-tuan guru yang memberi kuliah >> > ... politik Islam adalah >> > sangat luas dan murni! Ianya bukan sekedar politik >> > local atau politik region >> > atau politik international ... tetapi ianya >> > merangkumi politik dunia dan >> > akhirat! Politik Islam adalah politik untuk membawa >> > manusia kepada tauhid >> > bagi menyelamatkan manusia dalam kehidupan dunia >> > (ie. sehinggalah ke hari >> > kiamat) dan kehidupan akhirat! Politik Islam adalah >> > politik untuk menegakkan >> > hukum Allaah SWT dalam setiap diri ... setiap >> > keluarga ... setiap kampong >> > dan desa ... setiap negeri ... seiap region ... >> > dunia ... hari ini ... esok >> > ... tulat! Poltik Islam adalah politik menyebarkan >> > Iman ... Yakin ... >> > Sunnah! >> > >> > Politik Islam bukanlah politik untuk memperolehi >> > kuasa pemerintah ... bukan >> > juga untuk memperolehi projek dan kekayaan ... bukan >> > juga untuk membangun >> > material ... bukan juga untuk memperolehi >> > kemasyhoran dan popularity! Ini >> > semua politik Julius Ceaser ... politik Napoleon >> > Bonaparte ... politik >> > George Washington ... politik Karl Mark! Politik >> > Islam sepatutnya tidak >> > seperti politik mereka ... bimbang kalau kita >> > berpolitik sama seperti mereka >> > maka kita pun akan dibangkitkan sama dengan mereka >> > (na'uzu-bi-(A)llaahi-min-zaalik)! >> > >> > Namun begitu kekuasaan pemerintah adalah keperluan! >> > Begitu juga kekayaan >> > material dan pembangunan ... semua ini keperluan! >> > Ambil jika manfaat dan >> > tinggal bila mudharat! Dan semua keperluan ini >> > sebenarnya adalah ujian dan >> > amanah yang perlu ditangani mengikut hukum Allaah >> > SWT! Setiap kita akan >> > ditanya dan diminta pertanggungjawaban keatas setiap >> > satu daripadanya! >> > >> > wa-(A)llaahu-aa'lam. >> > >> > >> >> >>__________________________________________________ >>Do You Yahoo!? >>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 >>a year! http://personal.mail.yahoo.com/ >> >> >>Sila lawati website berikut: >> >>Kredibiliti adalah diutamakan. >> >>1. http://www.senarai.com >>2. http://www.fatwa.tsx.org >>3. http://www.americanmuslim.org >>4. http://www.al-banna.net >>5. http://www.qaradawi.net >>6. http://leb.net/pipermail/lexington-net/2000-April/001974.html >>(The Evils of Bid'ah) >>7. http://www.quraan.com/Ibadah/DeenIsComplete.asp >>The Deen is Complete >> >> >>Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ >> >> > >_________________________________________________________________________ >Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. > > >------------------------------------------------ > >ADIL-Net will remain a Free Forum >until further notice. > >Disclaimer: >The opinions and views posted are not necessarily that of the >list owner's or ADIL's > >-------------------------------------------------- > >Send a blank e-mail to: > [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list > [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list > [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal > [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest > > ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/ > > >Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ > > > > ---------------------------------------------------------------------- Get free Email at Bismillah Mail http://www.bismillahmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "abdaziz_hussin" <[EMAIL PROTECTED]>