undefined

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.


UCAPAN DASAR
PRESIDEN KELAB BUJANG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 1999/2000
.........................

KEPADA :

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
YANG DIRAHMATI ALLAH 
SEKALIAN ...


Assalamualaikum wrt wbt ..

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah sekalian ...

MUKADIMAH

Firman Allah taala ;
"Hai sekalian manusia , bertakwalah kepada tuhan-Mu
yang telah menciptakan kamu dari seorang diri , dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan
laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah
kepada Allah dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu
saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah)
hubungan sillaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu. "- 1 : surah An Nisaa' 

Kelab Bujang UPM ini adalah satu persatuan tidak rasmi
yang diwujudkan sebagai salah satu ruangan
perbincangan untuk agenda dakwah dan tarbiyah . Konsep
usrah adalah kaedah yang cuba dibawa dalam ruangan ini
untuk kebaikan dan faedah bersama.Sesungguhnya sifat
insan yang bersifat pelupa perlulah saling
ingat-mengingatkan . Terutama sekali bagi mereka yang
masih bujang . Mehnah dan Tribulasi yang dialami orang
bujang amatlah hebat jika dibandingkan dengan orang
yang telah berkahwin .
(maaf jika tersilap..ini mungkin sekadar pandangan -
ana pun belum berpunya. Hanya orang yang telah
berkahwin tahu perkara yang sebenarnya).
oleh yang demikian , perlulah ada rasa tanggungjawab
untuk saling memperingati antara satu sama lain
.Sebagaimana konsep usrah itu sendiri , iaitu takaful
antara satu sama lain.
 
MATLAMAT
mailing list diwujudkan sebagai salah satu ruang atau
medan untuk dakwah dan tarbiyah diri demi mengejar
keredhaan Allah taala.Konsep yang dibawa adalah kaedah
usrah ; taaruf , tafahum dan takaful.

OBJEKTIF
1. memberikan peringatan tentang perjuangan gerakan
Islam antara satu sama lain.
2. menyediakan ruang perbincangan mengenai masalah
semasa dan cadangan untuk yang masih bujang.
3. saling menasihati antara satu sama lain demi
kebaikan dan kesejahteraan bersama.
4. saling bantu-membantu ke arah persediaan
berumahtangga , baitul muslim
5. merapatkan ukhwah sesama mukmin.

PERLAKSANAAN
1. ahli kelab bujang digalakkan memberikan input
berbentuk tazkirah atau seumpamanya
2. membuat perbincangan mengenai gerakan dan
perjuangan Islam di kampus dan tanahair
3. memberikan nasihat mengenai masalah semasa
4. saling bertukar tukar pandangan antara satu sama
lain
5. ahli diharapkan tidak menjadikan ruangan ini untuk
membincangkan perkara tidak berfaedah

KEAHLIAN
1. mahasiswa yang masih bujang
2. orang perseorangan yang berminat memberikan input
kepada orang bujang
3. para ilmuan Islam digalakkan memberikan peringatan
dari semasa ke semasa

PENAJA
mailing list ini ditaja oleh Gerakan Mahasiswa PAS di
kampus UPM

PERINGATAN
1. mailing list ini bukan untuk tujuan lagho atau
perkara maksiat
2. diharapkan perbincangan yang dibuat bersifat ilmiah
dan menepati syariat Allah
3. semua ahli diharap memberikan kerjasama untuk
kebaikan bersama dan gerakan daulah Islamiah

PENUTUP
Memandangkan mailing list ini dianggotai oleh orang
bujang , pastinya pendapat atau pandangan yang diberi
adalah atas sifat 'kebujangan' tersebut.Maka
peringatan atau teguran membina amatlah dialu-alukan
demi kebaikan bersama.Mesej dan maklumat yang
disampaikan perlulah sesuai dan menepati keperluan
orang bujang .Diharapkan tiadalah mesej yang bersifat
untuk orang yang telah berkahwin dihantar , namun jika
difikirkan ianya bersifat ilmiah dan perlu untuk
makluman sebagai orang Islam , amatlah dialu-alukan.

Jadikanlah ruangan ini sebagai medan perantaraan
sebelum melangkah ke alam Baitul Muslim . segala apa
yang dibincangkan diharapkan dapat dijadikan
peringatan dan pengaran berguna sebelum melangkah ke
alam yang lebih mencabar dan penuh dugaan.

" Ya Tuhan kami , janganlah Engkau  jadikan hati kami
condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi
petunjuk kepada kami , dan kurniakanlah rahmat dari
sisi Engkau , kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha
Pemberi (kurnia)" - 8 : surah Ali Imran

Sekian , wassalam.

Presiden
1999/2000.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

------------------------------------------------------------------------
To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
Body Paint, Chocolates, & Roses Oh My!
http://click.egroups.com/1/1159/0/_/369883/_/950178805/

-- Check out your group's private Chat room
-- http://www.egroups.com/ChatPage?listName=bujang_club&m=1




Kirim email ke