Bila PM dan Tok Guru bermaaf-maafan
Tuesday, October 01 @ 16:02:52 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
ISU Tuan Guru Nik Abdul Aziz tersasul dalam ceramah menyebut ‘Dr. Mahathir
tidak tahu membaca Quran’ dikira selesai kerana kedua-duanya sudah
bermaafan – satu minta maaf dan satu lagi memaafkan.

Orang politik biasanya tidak minta maaf atas kenyataan yang dia dikatakan
berkata apabila kata-katanya itu disanggah.
Orang politik lazimnya menafikan dia berkata atau dia kata kata-katanya
telah diputar belit atau sebaliknya.
Hatta diseret ke mahkamah pun, orang politik mencari jalan dari mengaku dan
minta maaf.
Tetapi Tuan Guru Nik Abbul Aziz telah memeranjatkan apabila beliau mengaku
tersasul dan minta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.
Sambil mengaku ada berkata mengenai Perdana Menteri tidak boleh membaca
Quran, beliau menjelaskan apa yang beliau hendak kata ialah Perdana Menteri
tidak boleh cakap Arab.
Berbagai-bagai reaksi penyokong Perdana Menteri. Ada yang membuat laporan
polis, ada yang mahu pemimpin PAS disaman, ada yang mahu beliau minta maaf
dan sebagainya.
Malah ada yang tidak puas hati dengan minta maaf melallui akhbar dan
sebagainya. Hatta sesudah minta maaf dan dimaafkan pun boleh dikenakan
tindakan lagi.
Tuan Guru lazimnya tidak pernah tunduk dengan desakan. Isu pembelaannya
kepada novel Shahnon, carut dan Tuhan samsing dihadapinya secara keras dan
tidak mengaku silap atau salah.
Tetapi dalam isu Dr. Mahathir tidak boleh baca Quran, beliau mengaku silap
dan minta maaf secara terbuka.
Ia diikuti pula dengan menulis surat khas.
Ketika komen ini ditulis Dr. Mahathir tidak mengubah sikapnya untuk
memaafkan Menteri Besar Kelantan itu. Setakat ini beliau hanya berkata
bahawa Tok Guru Nik Aziz pun tidak boleh juga bercakap Arab. Beliau hanya
boleh berbahasa Urdu kerana beliau mulanya belajar di India.
Penyokong Dato' Nik Abdul Aziz tidak perlu minta Perdana Menteri memohon
maaf kepadanya atas kata-kata Perdana Menteri itu.
Tok Guru bila-bila masa boleh membuktikan kepada umum dengan bercakap Arab
dikhalayak ramai. Sama ada bersurat atau tidak bersurat, beliau boleh
merceramah dalam Bahasa Arab.
Dengan demikian dia boleh membuktikan bahawa dia boleh atau tidak berbahasa
Arab.
Isu Perdana Menteri dikatakan tidak boleh baca Quran, tidak wajar
dibesar-besarkan. Sama ada pemimpin Kelantan itu silap atau disengajakan,
maka ia sepatutnya tidak dibesarkan dan kalau mahu diselesaikan sebelum ia
heboh, selesaikan secara diam-diam.
Boleh atau tidak boleh seseorang itu membaca Quran, tidak dapat diselesaikan
dengan mengenakan tindakan kepada pihak yang tersasul atau yang disengajakan
berkata begitu.
Sekalipun hingga memenjarakan orang yang dikatakan berkata, boleh meredakan
isu tidak boleh membaca Quran itu.
Menafikan tidak boleh baca Quran dan sebagainya juga tidak menyelesaikan. Ia
nya boleh diselesaikan apabila orang itu sendiri membaca Quran.
Kalau saya sendiri dituduh tidak boleh membaca Quran, maka saya tidak akan
membantah dan saya tidak suka anak-anak dan adik beradik saya membantah.
Saya berdiam dan mengambil langkah-langkah membacanya dengan betul.
Saya juga tidak mahu pergi ke khalayak ramai untuk membacanya, kerana saya
tahu siapa saya.
Yang terbaik ialah saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan cuba membaca
dengan baik mengikut tajwidnya.
Moga-moga dengan cara itu saya dapat menguasai bacaan kitab suci itu.
Dan kalau pun saya sudah pandai dan boleh membaca dengan tajwidnya, juga
saya tidak akan gembira ia diheboh-hebohkan.
Saya boleh buktikan dengan membacanya. Jika ada orang melihat saya
membacanya dengan baik, maka dengan sendirinya tohmah itu akan ternapi.
Jika dalam keadaan saya tidak boleh membaca. Saya atau anak-anak saya marah
orang yang mengata saya tidak boleh membacanya, saya dapat apa dan bolehkah
dengan cara memarahi orang menjadikan saya boleh membacanya?
Dato' Nik Aziz boleh menyulitkan Perdana Menteri, tetapi beliau sudah minta
maaf atas keterlanjurannya. Perdana Menteri sudah memaafkannya dan perkara
itu dikira selesai.
Tetapi bagi yang mengheboh-heboh dan menyebok tentang perkara itu, ia lebih
mengganggu suasana.
Jika ia didiamkan, maka ia, bagi saya, adalah lebih baik. Bagi saya belum
tentu yang menghebohkan itu boleh menyenangkan Perdana Menteri.
Elok orang tidak terfikir perkara itu, maka orang memikirkannya. Jika ada
menteri-menteri berkeras juga dalam isu itu, ia adalah seolah-olah hendak
menyuruh Perdana Menteri tampil ke khalayak ramai bagi membuktikan beliau
boleh membaca Quran.
Perdana Menteri payah dijatuhkan oleh Tok Guru, tetapi dia boleh dijatuhkan
oleh orang-orang yang tersalah ampu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke