Dakwa Razali di Mahkamah Syariah
Tuesday, October 15 @ 13:08:25 MYT


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) digesa
mengambil tindakan lanjut ke atas Konstabel Razali Pilen yang dibebaskan
dari tuduhan merogol dua tahanan wanita warga Indonesia dan Filipina di
Balai Polis Hulu Langat, Ampang, pada 24 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS, Ampang Jaya, Sarom Jais menegaskan demikian dalam sepucuk
surat yang dihantarkan kepada Pengarah Jais, Dato' Mansur Ramli baru-baru
ini.
Dalam surat tersebut yang bertajuk, 'Kes Zina di Balai Polis Hulu Langat
(Ampang) pada 24 Februari 2002' beliau berkata, walaupun mahkamah Sesyen
Ampang membebas tertuduh pada 1 Oktober lalu tetapi bila dirujuk keterangan
hakim, tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor), 1995 Bahagian IV (25) i.
Sarum berkata, kesalahaan ini disebabkan pembebasan konstabel berkenaan
berdasarkan keter! angan Hakim, Mohamed Saman Ramli yang berbunyi, 'nampaknya
perhubungan seks ini seolah-olah kerelaan seperti mana yang dilakukan oleh
suami isteri'.
Sehubungan itu katanya, konstabel tersebut boleh didakwa melaku kesalahan
Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Tegasnya lagi, dalam enakmen itu disebutkan, "Mana-mana orang lelaki yang
melakukan persetubuhan dengan perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan
mana-mana kombinasi hukuman itu."
"Oleh sebab itu saya harap Jais mengambil tindakan selanjutnya, tambahan
pula kreadibiliti Jais dipersoalkan kerana tidak bertindak sehingga hari
ini," katanya.
Di samping itu katanya, sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil,
keyakinan masyarakat terhadap polis akan terhakis.
B! eliau bimbang polis bebas melakukan zina bersama bersama tahanan tanpa
perlu menghadapi sebarang tindakan.
"Sedangkan kesalahan sedemikian jika dilakukan orang awam akan menyebabkan
mereka didakwa di mahkamah syariah," katanya lagi.
Sementara itu, surat tersebut turut dihantar kepada Hakim Mahkamah Sesyen
Ampang, Menteri Besar Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, dan
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat dan ketua Pembangkang negeri Selangor.
Baru-baru ini Mahkamah Sesyen telah membebaskan Razali dengan alasan tidak
berlaku kes rogol di situ kerana 'nampaknya perhubungan seks ini seolah-olah
kerelaan seperti mana yang dilakukan oleh suami isteri'.
Ia telah menimbulkan kekesalan pelbagai pihak terutama pertubuhan wanita
kerana suasana antara tahanan dan polis di lokap.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Reply via email to