Note: forwarded message attached. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/
Shahnon kekal wakil rakyat Sik Aman Rais 1pm, ISN: Sasterawan Negara yang juga anggota parlimen kawasan Sik yang diberitakan berhasrat untuk meninggalkan politik minggu lalu memutuskan hari ini tidak akan meletakkan jawatannya setelah didesak oleh PAS dan pengundi kawasan tersebut. "Saya membuat keputusan muktamad tidak akan melepaskan jawatan ini. Memang benar kesihatan saya agak terganggu, namun tanggungjawab terhadap parti dan pengundi lebih besar. Setelah mempertmbangkan desakan dan permintaan pucuk pimpinan parti dan para penyokong di Sik, saya tidak jadi berhenti," kata Datuk Shahnon Ahmad kepada malaysiakini ketika dihubungi di rumahnya pagi ini. "Ramai penyokong datang ke rumah. Mereka minta Cikgu jangan berhenti. Mereka semua sayang pada Cikgu," tambahnya. Shahnon membahasakan dirinya "Cikgu" dalam perbualannya dengan teman-teman rapat, rakan penulis sastera, sanak saudara dan penyokongnya. Ahli seumur hidup parti Islam itu kedengaran sihat dan segar berkata, isu perletakan jawatannya sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi. Menurutnya, isu itu sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi. Agensi berita rasmi Bernama pada minggu lalu melaporkan Shahnon berhasrat untuk meletakkan jawatan ahli parlimennya atas faktor kesihatan. "Saya bukan ahli politik, saya sasterawan. Saya lebih penting kesihatan daripada parti," Shahnon dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun PAS enggan menerima hasrat Shahnon itu dan telah mendesak beliau supaya menimbangkan semula keputusannya itu. Semalam Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menegaskan, isu peletakan jawatan Shahnon telah selesai dan tidak perlu digembar-gemburkan lagi. Shahnon memberitahu beliau akan pulang menemui pengundi Sik pada 23 Jun ini untuk menghapuskan segala keraguan tentang kesihatan dan komitmennya sebagai wakil rakyat "Saya akan berjumpa dengan jawatankuasa PAS kawasan Sik, ahli-ahli parti dan para pengundi. Pada 26 Jun bersama-sama dengan Datuk Fadzil Noor, Cikgu akan mengadakan majlis kenduri besar-besaran di sana," jelasnya. Menyentuh tentang perkhidmatannya kepada para pengundi, Shahnon berkata, kalau kesihatannya tidak mengizinkannya untuk berada kawasan itu, wakil peribadinya dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri PAS di Sik boleh menggantikannya. PAS memenangi dua kawasan DUN, Belantek dan Jeneri, dalam parlimen Sik pada pilihan raya umum November lalu. " Rakyat tidak perlu melihat muka ahli parlimennya jika mahu membuat aduan atau mendapatkan bantuan. Wakil-wakil saya ada di sana untuk membantu mereka. Cikgu juga telah mengamanahkan kepada wakil-wakil Cikgu untuk memastikan elaun ahli parlimen disalurkan kepada pengundi yang memerlukan bantuan," tambahnya. Berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Othman yang menuduh PAS sebagai gila kuasa kerana enggan membenarkan beliau meletakkan jawatannya, Shahnon berkata, sebenarnya bekas ahli parlimen itu yang tamakkan kuasa. " Dia (Hamid) sebenarnya yang tamak kuasa. Sudah kalah dan ditolak oleh rakyat tapi masih sanggup terima jawatan menteri. Sepatutnya beliau ada maruah dan sedar diri," tempelak Shahnon. Hamid tewas di tangan Shahnon dengan perbezaan 478 undi. Menteri itu telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional sekiranya pilihan raya kecil diadakan di Sik. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/