*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > Halang ceramah: PAS fail writ saman Kerajaan > Malaysia, KPN dan KDN > > Monday, April 01 @ 16:47:20 MYT > > > KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - PAS menfailkan writ > saman terhadap Kerajaan > Malaysia, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam > Negeri berhubung halangan > mengadakan ceramah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur > hari ini. > > PAS diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin > manakala Setiausaha Agung > PAS, Nasharudin Mat Isa dinama sebagai plaintif > sementara defendan terdiri > daripada ketiga-tiga pihak berkenaan. > Menurut kandungan writ berkenaan, tuntutan plaintif > (PAS) mempunyai kaitan > di dalam persoalan-persoalan yang menyentuh > kepentingan awam khususnya isu > pencabulan hak dan kebebasan asasi ke atas PAS > sebagai sebuah parti politik > yang sah di negara ini. > > "Isu yang 'central' terhadap tuntutan plaintif ini > adalah adakah defendan > mempunyai hak monopoli untuk menentukan kepentingan > negara dan keamanan awam > sehinggakan hak bersuara dan berhimpun secara aman > yang dijamin oleh > Perlembagaan Persekutuan terhadap rakyat negara ini > dicabuli dengan > sewenang-wenangnya oleh defendan," menurut writ itu > lagi. > > Plaintif seterusnya menegaskan, sekiranya PAS dan > para pemimpin, ahli-ahli > dan penyokong-penyokongnya dinafikan hak kebebasan > asasi khususnya hak > bersuara dan berhimpun secara aman di mana-mana > bahagian di negara ini tidak > mustahil sifat-sifat tidak toleran dan melampau > boleh menembusi rakyat biasa > negara ini dan ini sudah tentu akan mendatangkan > ancaman yang serius kepada > negara yang aman ini. > > Writ yang mengandungi 38 fasal itu antara lain turut > mempertikaikan tindakan > polis yang seringkali bercanggah dengan > undang-undang seperti mengarahkan > perhimpunan di tempat persendirian diberhentikan > dengan alasan perhimpunan > tersebut memerlukan permit. > > Ini berlaku walaupun Seksyen 27A Akta Polis 1967 > secara jelas menyatakan > bahawa sebarang perhimpunan di premis selain tempat > awam tidak memerlukan > permit. > > >
===== ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Greetings - send holiday greetings for Easter, Passover http://greetings.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>