Berita // News :
Ibrahim Ali Patut Cermin Diri Sebelum Tuduh Orang Melayu 'Katak': Pemuda
hold=0>
Tuesday, October 01, 2002 - 10:53 PM GMT



Naib Ketua
Pemuda, Saudara Zahid Mat Arip meminta supaya bekas Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Ibrahim Ali mencermin diri sendiri sebelum menghina
orang Melayu sebagai ibarat 'katak di bawah tempurung'. Orang kuat UMNO
Kelantan itu dilaporkan berkata demikian dalam satu majlis anjuran UMNO di
Kelantan Isnin lalu. Katanya, oleh kerana penguasaan bahasa Inggeris yang
tidak baik, orang Melayu samalah seperti 'katak di bawah tempurung' sehingga
menggelakkan diri sendiri apabila dikutuk oleh orang bukan Melayu dalam
bahasa Ingger! is. Mengulas kenyataan Ibrahim Ali yang bersifat perkauman
itu, Saudara Zahid mengingatkan Ibrahim Ali supaya menginsafi imejnya
sendiri yang digelar rakyat 'Raja Katak'. Ibrahim Ali 'mencipta rekodnya'
sendiri dalam buku Malaysia Boleh! seperti yang diwar-warkan oleh bekas
presiden UMNO Mahathir Mohamad dengan melompat dari satu parti ke parti yang
lain untuk menyelamatkan kerjaya politiknya sendiri. Malah ketika UMNO
sedang tenat akibat pemulauan orang Melayu kerana tindakan zalim terhadap
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali pernah dipetik secara rasmi berkata
beliau sanggup mencium punggung Mahathir. Mungkin akibat usaha membodeknya
yang keterlaluan itu, buat seketika dia dilantik menjadi senator dan
Timbalan Menteri. "Cukuplah dengan pelbagai makian yang dibuat oleh bekas
presiden UMNO, kini seorang pemimpin picisan UMNO yang dikenali sebagai
'katak' pun ingin menyamakan orang Melayu dengan darjatnya," sindir Saudara
Zahid lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke