Imej perompak
Monday, October 14 @ 10:04:33 MYT


DUBAI ON LINE
Oleh : [EMAIL PROTECTED]
Dalam keadaan cuaca yang semakin sejuk bersama ketibaan musim dingin,
penulis sempat berkunjung ke Aqua Park yang terletak di Umm Al Quwain.

Taman tema air itu memang besar mengadap ke Teluk Arab di kawasan padang
pasir yang masih belum membangun.
Umm Al Quwain adalah salah satu emiriyah kecil dan tidak begitu kaya dalam
United Arab Emirates. Masih sahaja bertaraf kampung tanpa mempunyai apa-apa
tarikan atau hasil minyak.
Selain mungkin dikatakan orang ramai boleh mendapatkan bekalan arak yang
murah. Begitupun kini banyak terdapat resort tepi pantai yang sentiasa
dipenuhi di hujung minggu terutama pengunjung dari Dubai.
Malah trafik malam minggu dari Dubai dan Abu Dhabi ke Umm Al Quwain dan
jirannya, emiriyah Ras Al Khaimah begitu sibuk sehingga berlaku kesesakan
jalan raya.
Tidak pasti sama ada kerana tarikan arak murah Umm Al Quwain atau rumah urut
(kebanyakan dari Cina) yang terdapat di Ras Al Khaimah. Aqua Park telah
kosong selepas maghrib dan ditutup jam 10 malam.
Sewaktu di Aqua Park penulis sempat bertemu dengan dua pekerja taman
tersebut yang datang dari Liberia, Afrika. Perbualan dengan mereka sedikit
sebanyak memberikan satu gambaran imej terhadap mereka yang bergelar
usahawan Malaysia.
Kedua pekerja Liberia itu bertanya sama ada penulis berasal dari Malaysia.
Dengan bangga penulis (yang selama ini selalu disalah sangka sama ada
berasal dari Filipina, China, Jepun atau Korea, malah ada yang memanggil
‘Jackie Chan’) mengiyakan.
“Orang Malaysia telah banyak mencuri balak Liberia!” Jawab salah seorang
mereka dengan serius. Seolah-olah menyalahkan penulis yang mula terkejut
kerana masih belum dapat mencari dalam peta minda kedudukan sebenar negara
Liberia.
Segera penulis menjawab, “Mereka adalah orang Malaysia yang jahat….perasuah!
Dan tidak semua orang Malaysia sebegitu!”
Kedua pekerja Liberia itu mungkin juga membuat kesilapan kerana membuat
kesimpulan dari fakta yang tidak tepat. Tetapi ‘damage has been done’ dan
sukar untuk memutihkan yang hitam.
Mungkin gambaran buruk itu tidak memberikan imej sebenar kerana ramai
usahawan Malaysia yang tentunya tidak termasuk dalam golongan perompak,
samseng dan sebagainya.
Sebenarnya banyak rekod penswastaan di Malaysia oleh usahawan kroni
memberikan fakta mengenai penyelewengan yang memalukan bangsa Melayu (belum
dihadap ke mahkamah). Para usahawan istimewa tersebut boleh dianggap
sebahagian dari imej negara yang sinonim dengan mereka yang berkuasa.
Tentunya tidak semua mereka yang kerap kelihatan bersama PM setiap kali
melawat ke negara-negara lain itu berjaya walau diberi peluang pertama untuk
membuat bisnes. Tidak semua juga mereka bersih, cekap dan amanah.
Di awal tahun 2000, sewaktu penulis mencari kereta untuk dibeli, seorang
penjual kereta ekspatriat Arab bercerita bagaimana dia telah ditipu oleh
usahawan Malaysia.
Barangan rempah yang diimpot bernilai 1 juta ringgit menjadi ‘pasir’ apabila
tiba di pelabuhan Dubai. Manakala wang telah dibayar sepenuhnya.
Ekspatriat Arab itu terpaksa gulung tikar dan menjadi penjual kereta.
Penulis bernasib baik kerana beliau tidak pula membalas dendam dan kami
masih berkawan baik.
Cerita mengenai beberapa ‘usahawan’ Malaysia di UAE yang kini dicari Polis
tempatan kerana menipu bank sebanyak jutaan ringgit bukan lagi perkara
asing. Ini sedikit sebanyak menjejaskan juga peluang orang lain yang mahu
mencari rezeki dengan secara halal.
Salah seorang dari yang tersenarai sebagai ‘dikehendaki’ pernah memimpin
Kelab Malaysia di UAE. Kini beliau dikatakan melarikan diri setelah
melesapkan lebih sejuta ringgit melalui pinjaman, kredit kad dan hutang
tidak dilunaskan.
Melucukan kerana beliau pernah menjadi VIP dan duduk makan semeja dengan PM
sewaktu lawatan PM dua tahun lalu. Mungkin gambar makan itu turut menjadi
‘pelaris’ untuk beliau bergerak bebas. Kelab Malaysia juga kini terkubur.
Ada juga rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan dengan kemudahan pinjaman
peribadi untuk melesapkan wang dan pulang ke tanah air.
Begitupun, imej rakyat Malaysia dikalangan ramai Arab dan ekspatriat di sini
masih belum begitu buruk tercemar. Dalam banyak pertemuan dengan pelbagai
lapisan masyarakat, ramai menganggap rakyat Malaysia (bukan pemimpin) adalah
antara yang terbaik dan maju.
Semuga ini akan berkekalan kerana kita tidak mahu hanya kerana sebilangan
kecil usahawan dan ekspatriat, ramai yang lain akan menghadapi pelbagai
kesukaran.
Sebenarnya juga, kunjungan penulis ke Umm Al Quwain sedikit sebanyak memberi
imej baru kepada dua pekerja Liberia yang mungkin mempunyai imej berlainan
terhadap rakyat Malaysia.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke