Subject: H-Net* Jika Bush mahukan penaklukan, kosnya malah lebih tinggi dari Vietnam

> Jika Bush mahukan penaklukan, kosnya malah lebih
> tinggi dari Vietnam
> Afghanistan
> By Robert Fisk
> 18 September 2001
>
> President Bush bercakap tentang 'perang agama', adalah
> sukar untuk mencari perkataan yang lebih mirip lagi
> untuk membuat kemarahan orang Islam tetapi jika dia
> bercadang untuk melakukannya di dalam Afghanistan,
> Amerika akan mengalami kempen perang yang lebih
> melarat dan kemungkinan akan lebih mahal dari Vietnam.
>
> Tentera darat mungkin sekali diperlukan untuk menakluk
> Usama bin Laden, tetapi mereka akan memasuki sebuah
> negara yang mengandungi satu persepuluh dari jumlah
> periuk api dunia, peninggalan tentera Russia yang
> mencakupi 80 peratus tanah Afghan.
>
> Begitu juga, sesiapa yang berhasrat menakluki
> Afgha! nistan memerlukan kawan. Russia mempunyai
> kerajaan komunis Afghan yang dipimpin Babrak Kamal.
> Tetapi dengan pembunuhan Ahmad Shah Masood; seorang
> penentang yang paling serius kepada kerajaan Taliban 9
> hari lalu, Amerika tidak mempunyai seorang kawan pun
> di negara yang sudah terkenal menjadi kubur bagi
> tentera2 kerajaan asing.
>
> Lalu, adakah Amerika bercadang hanya melancarkan
> serangan dengan peluru berpandu.?. Mereka menembak 70
> peluru berpandu kepada kubu-kubu Osama selepas
> pengeboman kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar Es
> Salam. Mereka tahu di mana kubu2 itu terletak, tentu
> sekali sebab kubu2 itu dibina oleh CIA semasa perang
> Afghan-Russia tetapi mereka tidak dapat menyentuh En
> Bin Laden. Adakah mereka bercadang menggunakan unit
> payung terjun untuk turun di kawasan2 sekitar Kandahar
> di mana En Bin Laden telah diketahui tinggal di masa
>! yang lalu.??
>
> Dan bagaimana pula dengan periuk2 api?. Jika Amerika
> sekalipun memikirkan untuk menggunakan tentera darat,
> mereka cuma boleh masuk dari Pakistan jalan perbekalan
> yang utama dan yang paling berbahaya yang boleh
> didapati sampai ke jurang Kabul dari Jalalabad. Tetapi
> Russia telah menabur batas sempadan Jalalabad,
> Kandahar, Khost dan Heart dengan periuk api jenis
> anti-perisai. Di Afghanistan hari ini ada lebih 10
> juta periuk2 api. Ianya terletak di atas gunung
> ganang, antara jalan-jalan, berhampiran kota besar,
> sepanjang parit2 pertanian. Ukuran purata, 20 hingga
> 25 orang Afghan lelaki, perempuan dan kanak2 terbunuh
> sehari akibat periuk api, sekali pun kita ambil angka
> yang terbawah, menunjukkan 73,000 korban orang awam
> dari periuk2 api ini dalam jangkamasa 10 tahun yang
> lepas.
>
> Operasi tentera akan, oleh itu memerlu! kan sejumlah
> tentera2 yang pakar untuk membersihkan periuk api,
> sebagaimana juga tentera2, orang2 yang akan
> menyelusupi jalan2 yang paling lasak di dunia dalam
> keadaan mereka diserang untuk membuat jalan2 dan
> kawasan2 yang dilalui selamat untuk tentera Amerika
> dan sekutu2 mereka. Daripada Afghanistan 29 daerah,
> 27 daripadanya di taburi periuk api.
>
> Semasa 10 tahun penaklukan biadap mereka, Russia juga
> menanam beribu-ribu periuk api dalam "kawasan
> perlindungan" mereka di sekitar lapangan terbang
> Afghanistan, janakuasa elektrik dan tempat2 rasmi
> kerajaan. Pertubuhan2 bebas dari negeri2 Barat yang
> bekerja di negeri itu 2 tahun yang lepas menggangarkan
> bahwa $80 Pound diperlukan setiap periuk api untuk
> membersihkan sejumlah 10 juta periuk api dan akan
> memerlukan sekitar 45 hari untuk membersihkan kawasan
> yang hanya seluas sebatu persegi. S! ekarang ada 2 juta
> lelaki, perempuan dan kanak2 yang cacat di
> Afghanistan. Tidak ada satu balatentera yang boleh
> mara merentas kawasan ini.
>
> Dan kemudian tentang jalan perbekalan utama itu.
> Pakistan telah berterus terang bahwa ia tidak akan
> melibatkan tenteranya sendiri dalam kempen perang
> Amerika, walaupun ada kemungkinan sogokan wang akan
> menyebabkan General Musharaf yang denga secara
> hormatnya dipanggil president oleh orang Amerika
> walaupun dia mengambil gelar itu dengan cara yang
> tidak mengikut peraturan akan berubah fikiran.
> Bagaimanapun 'culture jihad' telah dikandung oleh
> tentera Pakistan dan ada kemungkinan benar kekecuhan
> akan menimbulkan perang saudara sekiranya Amerika
> datang untuk menakluk muslim Afghanistan.
>
> Kawasan sempadan yang akan bakal dilalui oleh tentera2
> Barat pula dikuasai oleh puak2 yang setia dengan
! > Taleban. Di sempadan daerah Pakistan, ada 2000 buah
> madrasah2 Taleban yang bukan hanya mengajar agama
> kepada bakal2 mujahidin tetapi juga kepada pejuang
> Chechen dan Tajik.
>
> Polis2 yang menjaga madrasah2 yang bertaburan ini
> hanyalah melambangkan bayangan2 palsu kekuasaan
> kerajaan.
>
> Sekalipun jika Amerika masuk ke Afghanistan, peluru2
> mereka hanya akan melata atas kesan reruntuhan. Russia
> telah cuba untuk menghancurkan Afghanistan dengan 10
> tahun pengeboman yang berterusan, menghancurkan
> seluruh kampung2 dengan orang2nya sekali, binatang2
> ternak, ladang-ladang, pokok2 dan rumah2 tanah liat.
> Dan masih, mereka tidak dapat mengalahkan mujahidin,
> masih mereka tidak dapat, menggunakan bahasa Mr Bush
> ""smoke them out of their holes''. Atau mengeluarkan
> mereka dari lubang2 sembunyian".
>
> Dengan cuma Pakistan sebagai sekutu A! merika, sekutu
> yang berpecah di antara jiran Afghanistan, dengan
> tiada kawan di dalam Afghanistan dan 10 juta periuk
> api yang bersirat sepanjang gunung ganang, datararan
> dan kota2nya, 'perang agama Mr Bush' tampak lebih dari
> berbahaya. Kita diberitahu bahwa Amerika tidak lagi
> takut untuk menerima risiko kehilangan jiwa. Amerika,
> kata Presiden Bush, akan sanggup menerima kekalahan.
> Sebaiknya dia betul.!
>
> Dari Independent News
<[EMAIL PROTECTED]>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Terrorist Attacks on U.S. - How can you help?
Donate cash, emergency relief information in Yahoo! News.

Reply via email to