Kelantan lulus tanah peneroka Felda Kemahang
Sunday, October 13 @ 09:00:00 MYT


KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Kerajaan Kelantan telah meluluskan sebanyak 258
lot tanah kepada peneroka di tanah rancangan Felda Kemahang Satu yang telah
dipohon sejak tahun 1974.

Kelulusan peringkat kedua ini telah dibuat menerusi mesyuarat Exco yang
dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat, di sini Rabu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Luar Bandar negeri, Omar
Mohammed berkata, setiap peneroka di situ akan mendapat 14 ekar yang
meliputi kawasan ladang serta lot rumah.
Katanya, dengan kelulusan ini juga bermakna jumlah peneroka di situ yang
belum mendapat hak milik tanah hanya tinggal sebanyak 77 permohonan lagi.
"Bagaimanapun kita akan cuba selesaikan masaalah ini secepat mungkin
selewat-lewatnya tahun ini juga," ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat
exco, di Kota Darulnaim, ! di sini semalam.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri telah meluluskan permohonan hak
milik tanah pada awal tahun ini yang melibatkan 297 lot tapak rumah,
manakala ladang sebanyak 204 lot.
Omar seterusnya berkata, permohonan tanah ini telah lama dibuat setelah
ianya dibuka oleh kerajaan PAS yang mentadbir negeri ini pada tahun 1974.
"Mereka meneroka tanah sewaktu kerajaan PAS dahulu dan kerajaan PAS sekarang
juga yang menyelesaikan masaalah mereka," ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, proses kelulusan tanah itu megambil masa yang
lama kerana ia melibatkan rundingan termasuk pihak Felda dan Pejabat Tanah
dan Jajahan di kawasan terbabit.
Katanya lagi, penyerahan hak milik tanah kepada peneroka-peneroka itu akan
dibuat oleh Menteri Besar tidak lama lagi di kawasan berkenaan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yaho! o!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke