*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Khutbah Rasulullah SAWAW di Ghadir Khum Menurut Catatan al-Tabrasi
>Date: Wed, 25 Oct 2000 11:12:13 +0200 (CEST)
>
>Berikut mesej dari "Al-Mawaddah Fil-Qurba" .
>----------------------------------------------------------------
>
>Pesanan:               KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM
>                    MENURUT CATATAN AL-ALLAMAH AL-TABARSI
>
>
>
>Pengenalan
>
>       Khutbah atau Hadis Nabi (s.`a.w.) di Ghadir Khum yang terletak 
>sejauh tiga batu dari
>Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau kembali mengerjakan haji terakhir 
>pada 18hb.
>Dhul-Hijjah tahun 10 Hijrah, telah diriwayatkan oleh para ulama Islam di 
>setiap peringkat,
>kerana ia merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir yang memusatkan kepada 
>konsep imamah
>(kepemimpinan) selepas beliau, di hadapan lebih seratus ribu para 
>sahabat-nya1.
>
>       Di hari itu Jibrail `a.s memerintahkan Nabi (s.`a.w.) supaya 
>mengisytiharkan kepada para
>sahabatnya bahawa `Ali adalah imam/khalifah selepas beliau. Pada mulanya 
>beliau keberatan
>untuk mengisytiharkannya kerana khuatir kebanyakan para sahabatnya akan 
>menentangnya.
>
>Beliau sendiri menerangkan kedudukan umatnya pada masa itu sebagaimana 
>beliau bersabda:
>Aku telah memohon maaf kepada Jibrail lantaran aku tidak menyampaikannya 
>kepada kalian,
>kerana aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa2, betapa 
>ramainya orang yang
>munafik3, bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah A.W di dalam 
>kitab-Nya "Mereka
>mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah 
>al-Fath 48:
>11)4. Malah mereka melontar kata-kata kesat terhadap Rasulullah (s.`a.w.) 
>dan menyakiti hati
>beliau. Peristiwa tersebut masih segar di dalam ingatan Rasulullah 
>(s.`a.w.). Justeru itu beliau
>bersabda: "Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama merekaatau 
>menunjukkan
>mereka kepada kalian"5.
>
>Ini menunjukkan bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah 
>(s.`a.w.) masih ada di
>hadapannya. Tetapi beliau tidak mahu melakukannya kerana ia tidak diizinkan 
>oleh Allah A.W.
>Di hari itu cuaca panas terik, sekiranya daging dicampak ke tanah nescaya 
>ia akan masak. Nabi
>(s.`a.w.) memerintahkan mereka supaya menyusun batu seperti mimbar.
>
>       Kemudian diteduhi kain di atasnya.Manakala mereka berhimpun, beliau 
>memberi
>khutbahnya yang paling bersejarah dengan menguatkan suaranya supaya dapat 
>didengari oleh
>lebih seratus ribu kaum muslimin. Selepas memuji Allah A.W., beliau 
>mengisytiharkan kepada
>umatnya ketika itu tentang kematiannya seraya bersabda: "Aku telah 
>dipanggil dan hampir aku
>menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di hadapan kalian". 
>Kemudian
>beliau mengangkat tangan `Ali `a.s sehingga orang ramai melihat keputihan 
>ketiak
>Rasulullah(s.`a.w.) sambil bersabda: "Wahai manusia! Tidakkah aku lebih 
>aula daripada diri
>kalian?
>
>Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai Tuhanku, 
>siapa yang aku
>telah menjadi maulanya, maka ini `Ali maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah 
>orang yang
>mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya"6.
>
>       Justeru itu, khutbah/hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum dan 
>lain-lain merupakan
>penjelasan kepada konsep imamah di dalam al-Qur’an itu sendiri. Di dalam 
>al-Qur'an konsep
>imamah7 terbahagi kepada dua. Pertama, konsep imamah yang membawa manusia 
>ke syurga di
>mana imamahnya (kepemimpinannya) adalah sejajar dengan al-Qur'an. Di 
>antaranya telah
>diterangkan di dalam surah al-Anbiya' 21: 73 "Kami telah menjadikan mereka 
>para imam
>(pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah 
>Kami wahyukan
>kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan 
>hanya
>kepada Kamilah mereka selalu menyembah".
>
>       FirmanNya di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya Aku akan 
>menjadikan
>kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim berkata:(Dan saya mohon jawatan 
>imam itu)
>dari keturunanku. Dia berfirman: Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang 
>zalim". Justeru itu
>orang yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin) menurut al-Qur'an.
>
>Dan firmanNya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orang yang menunjuki 
>kepada
>kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi 
>petunjuk kecuali
>apabila diberi petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu 
>mengambil
>keputusan? Ini bererti para pemimpin selepas Rasulullah (s.`a.w.) mestilah 
>terdiri dari mereka
>yang tidak melampaui perintah Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan 
>Uli l-Amr yang
>wajib ditaati oleh umat sebagaimana firmanNya Surah al-Nisa' 4: 59 
>"Taatilah Allah dan
>taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr di kalangan kamu". Kedua: Imamah yang 
>menyeru manusia
>kepada neraka. Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al-Qasas 
>28: 41 "Dan
>Kami jadikan mereka para imam (pemimpin-pemimpin) yang menyeru(manusia) ke 
>neraka dan
>pada hari kiamat mereka tidak akan dibantu".
>
>       Dan firmanNya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata: Ya,Tuhan 
>kami,
>sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar 
>kami, lalu
>mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar".Kedua-dua konsep imamah 
>tersebut telah
>dijelaskan oleh Rasulullah(s.`a.w.) di dalam khutbahnya di Ghadir Khum dan 
>ditempat-tempat
>lain. Justeru itu beliau tidak mengabaikannya8 kerana kepemimpinan (imamah) 
>adalah asas
>bagi kesempurnaan agama Islam.
>
>Terjemahan Teks Hujah
>
>       Di sini akan diperturunkan teks khutbah/hadis Ghadir Khum 
>sebagaimana diriwayatkan
>oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali b. Abi Talib al-Tabarsi9, ulama Mazhab 
>Ja`fari abad keenam
>hijrah di mana sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir b. Imam 
>Zain
>al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi Talib `a.s. Untuk membuktikan 
>kesahihannya,
>penulis cuba membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl 
>al-Sunnah seperti
>Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh 
>al-Tabari,Yanabi`
>al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa', al-Durral-Manthur, 
>al-Isabah, Tarikh
>Baghdad, Kifayah al-Talib, Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh 
>al-Ma`ani, Nur
>al-Absar, Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.
>
>Justeru itu khutbah/hadis al-Ghadir telah dicatat oleh para ulama Ahl 
>al-Sunnah di dalam
>buku-buku mereka meskipun kadangkala terdapat sedikit perbezaan dari segi 
>lafaz, tetapi ia
>memberi pengertian yang sama. Kebanyakan mereka mencatatnya secara 
>terputus, panjang,
>pendek dan dimasukkan di dalam bab-bab yang berasingan sehingga ia dilihat 
>sebagai tiada
>kaitan dengan khutbah al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik semasa 
>tidak
>membenarkan mereka berbuat demikian10.
>
>Lantaran itu bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan itu, kelihatan 
>seolah-olah tiada kaitan
>dengan khutbah di Ghadir Khum tentang perlantikan `Ali `a.s sebagai imam 
>atau khalifah
>selepas Rasulullah (s.`a.w.) Walau bagaimanapun teks penuh khutbah 
>al-Ghadir yang
>dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi wawasan baru kepada
>pengkaji-pengkaji tanpa prejudis dan irihati.
>
>       Al-Tabarsi menulis: Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi Harb 
>al-Husaini al-Mar`asyi r.a
>telah memberitahu kami dia berkata: al-Syaikh Abu `Ali al-Hasan b. 
>al-Syaikh al-Sa`id Abi Ja`far
>Muhammad b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia berkata: 
>al-Syaikh al-Sa`id
>al-Walid Abu Ja`far q.r telah memberitahuku dia berkata: Jama`ah daripada 
>Abi Muhammad
>Harun b. Musa al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata: Abu `Ali 
>Muhammad b.
>Hammam telah memberitahu kami, dan berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu 
>kami, dia
>berkata: Abu Muhammad al-`Alawi daripada anak lelaki al-Aftas di kalangan 
>hamba Allah yang
>salih telah memberitahu kami dia berkata: Muhammad b. Musa al-Hamdani telah 
>memberitahu
>kami, dia berkata: Muhammad b. Khalid al-Tayalasi telah memberitahu kami, 
>dia berkata: Saif
>b. `Umairah dan Salih b. Uqbah telah memberitahu kami daripada Qais b. 
>Sam`an daripada
>`Alqamah b. Muhammad al-Hadrami daripada Abu Ja`far b. Muhammad b. `Ali 
>Zain al-`Abidin b.
>Husain b. `Ali b. Abi Talib daripada Rasulullah s.`a.w.
>
>       Beliau bersabda: "Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi dalam 
>kesatuan-Nya,
>berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia dalam pemerintahan-Nya, besar dalam 
>kekuasaanNya,
>keilmuanNya yang menyeluruh sedangkan Dia "berada" di `ArasyNya. 
>Menundukkan seluruh
>makhluk dengan kekuasaan dan hujahNya yang mulia sehingga Dia sentiasa 
>dipuji,Dialah
>pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan 
>langit, Maha Tinggi
>Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua orang yang 
>tidak
>mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala yang dijadikanNya. Memerhati 
>setiap mata,
>tetapi mata (mata) tidak dapat melihatNya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, 
>rahmatNya
>meliputi setiap sesuatu, mengurniakan nikmatNya ke atas mereka. Tidak cepat 
>membalas
>dendam dan tidak segera mengenakan azab ke atas mereka. Dia memahami segala 
>rahsia, Dia
>mengetahui segala bisikan hati, tidak dapat diselindungi oleh 
>perkara-perkara yang
>tersembunyi.
>
>       Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap 
>sesuatu, memenangi setiap
>sesuatu, menguasai di atas segala-galanya. Tidak sesuatu pun menyerupaiNya, 
>Dia mencipta
>sesuatu ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada 
>Tuhan melainkan Dia
>yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan tidak mencapaiNya, 
>sedangkan Dia
>mencapai penglihatan. Dia bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun 
>dapat mengaitkan
>sifatNya secara "penentuan" dan tiada seorang pun mendapati bagaimanakah 
>Dia secara rahsia
>atau terang-terangan melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke 
>atas diriNya.
>Aku naik saksi sesungguhnya Allah memenuhi masa dengan segala kekudusanNya, 
>Dialah
>yang menutupi cahayaNya selama-lama, Dia melaksanakan urusanNya tanpa 
>mesyuarat. Tanpa
>bersamaNya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada kecacatan di dalam 
>pentadbiranNya.
>Dia telah menggambarkan apa yang direkakanNya tanpa contoh, Dia telah 
>mencipta apa yang
>diciptakanNya dengan mudah tanpa pertolongan orang lain dan bersih dari 
>tipudaya.
>
>       Dia menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang tiada 
>Tuhan melainkan Dia
>yang rapi dan elok pembuatannya. KeadilanNya adalah lebih mulia dan tidak 
>pernah dizalimi di
>mana segala perkara kembali kepadaNya. Aku naik saksi bahawa segalanya 
>tunduk kepada
>kekuasaanNya serta mentaatiNya kerana kehebatanNya memiliki segala milik. 
>Dialah yang
>membuat cakerawala bergerak, Dialah yang menundukkan bulan dan matahari, 
>semuanya
>berjalan menurut masa yang ditentukan. "Dialah yang menutupkan malam ke 
>atas siang dan
>menutupkan siang ke atas malam" (Surah az-Zumar 39:5) "yang mengikutinya 
>dengan cepat".
>(Surah al-A`raf 7:54) Penentang setiap penguasa yang degil dan pembinasa 
>setiap syaitan yang
>menceroboh, tiada bersamaNya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat 
>tumpuan. Tidak
>beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun menyerupaiNya, Tuhan 
>yang satu dan
>Tuhan yang mulia, melakukan sesuatu yang dikehendakiNya. Dia mengetahui 
>lantas
>menghitung sesuatu, mematikan dan menghidupkan, pemberi dan pencegah 
>rezeki, "ketawa"
>dan "menangis", menghalang dan memberi. BagiNya kekuasaan dan baginya 
>kepujian, di
>tanganNya segala kebaikan, Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan 
>waktu malam ke
>dalam waktu siang dan memasukkan siang ke dalam waktu malam.
>
>       Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mengetahui lagi pengampun, 
>Dialah penerima
>doa, pengurnia segala pemberian dan penghitung segala jiwa. Tuhan syurga 
>dan manusia, Dia
>tidak menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang 
>memohon
>pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat. Pelindung 
>bagi orang-orang
>yang salih, pemberi taufiq kepada orang-orang yangbahagia.
>
>       Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari setiap makhlukNya 
>bersyukur dan
>memuji-Nya. Aku memuji-Nya di dalam kesenangan dan kesusahan, kesulitan dan 
>kelapangan.
>Aku beriman denganNya, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya dan para 
>rasul-Nya. Aku
>mendengar suruhanNya, aku mematuhi dan bersegera menurut keridaan-Nya. Aku
>menyerahkan diriku kepada qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan 
>takutkan
>balasan-Nya, kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika 
>dilakukan apa yang
>dibenciNya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku 
>berikrar dengan
>diriku sendiri untuk beribadah kepadaNya dan aku naik saksi tentang 
>ketuhanan-Nya. Aku
>akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada.
>
>       Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada 
>seorangpun
>dapat mempertahankanku dari azabNya sekalipun besar ujianNya, tiada Tuhan 
>melainkan Dia.
>Kerana Dia telah memberitahuku sesungguhnya jika aku tidak menyampaikan apa 
>yang
>diturunkan kepadaku nescaya aku tidak menyampaikan risalahNya. Lantaran itu 
>Dia memberi
>jaminan melindungiku dengan `ismah, Dia Allah adalah mencukupi (bagiku). 
>Kemudian Dia
>menurunkan wahyu kepadaku11.
>
>       Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai 
>Rasul !
>sampailah apa yang telah diturunkan kepada kamu mengenai `Ali - [jawatan 
>Khalifah adalah
>untuk `Ali bin Abi Talib]. Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti kamu 
>tidak
>menyampaikan risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari manusia".(Surah 
>al-Maidah 5:67)
>Wahai manusia! Aku tidak mengabaikan tanggungjawabku di dalam menyampaikan 
>apa yang
>telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang menerangkan kepada 
>kalian. Sebab
>turunnya ayat "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu 
>daripada
>Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan 
>amanat-Nya"
>(Surah al-Maidah 5:67).
>
>       Sesungguhnya Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga kali 
>memerintahkanku
>supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku terus melaksanakannya. Aku 
>pun
>mengisytiharkannya kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan 
>yang berkulit
>hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, 
>khalifahku dan
>imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di 
>sisi Musa
>selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku12. Beliaulah wali kalian 
>di sisi Allah dan
>RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkan ke atasku satu ayat 
>mengenai
>wilayah `Ali "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang 
>yangberiman
>yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan rukuk" (Surah 
>al-Maidah 5:55). `Ali
>bin Abi Talib telah mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan 
>rukuk, kerana
>melakukan ibadat kepada Allah pada setiap masa13. Aku telah memohon maaf 
>kepada Jibra'il
>lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku 
>mengetahui
>betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa ramainya orang yang munafik, 
>pengkhianat dan
>tipudaya orang bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam 
>kitabNya "Mereka
>mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka"(Surah 
>al-Fath 48:11).
>
>       Dan betapa banyak mereka telah menyakiti hatiku sehingga mereka 
>menamakanku
>uzunun (iaitu mendengar/mempercayai apa saja yang diperkatakan kepadanya). 
>Mereka
>menyangka aku sedemikian rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan 
>sehingga Allah
>menurunkannya di dalam al-Qur'an "Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi 
>dan
>menyatakan: Nabi mempercayai semua yang didengarnya. Katakanlah: Ia 
>mempercayai
>semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang 
>mukmin"
>(Surah al-Taubah 9:61).
>
>Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka atau menunjukkan 
>mereka
>kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu melakukannya, kerana Allah tidak 
>merestuiku melainkan
>menyampaikan apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau (s.`a.w.) 
>membaca"Wahai
>Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu - tentang `Ali 
>- dan jika kamu
>tidak melakukan bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah 
>menjaga kamu dari
>manusia" (Surah al-Maidah 5: 67).
>
>Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah melantik `Ali untuk 
>kalian sebagai wali,
>dan imam yang wajib ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; 
>sebagaimana wajib ditaati
>oleh penghuni padang pasir, bandar, Arab bukan Arab, merdeka, hamba kecil 
>besar, berkulit
>putih dan hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. 
>Terkutuk bagi
>orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang 
>yang
>membenarkannya. Allah mengampuninya dan orang yang mengambil ilmu 
>daripadanya dan
>mentaatinya14.
>
>       Wahai manusia! Ini merupakan tempat yang terakhir aku berdiri di 
>hadapan kalian.
>Lantaran itu dengarlah, taatilah dan ikutilah perintah Tuhan kalian. 
>Sesungguhnya Allah `Azza
>waJalla adalah maula kalian dan Tuhan kalian kemudian selepasNya Muhammad 
>(s.`a.w.)
>adalah wali kalian yang sedang berpidato di hadapan kalian. Kemudian 
>selepasku `Ali adalah
>wali kalian dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian. Kemudian imamah 
>adalah pada
>zuriatku daripada anaknya sehingga di hari kalian berjumpa Allah dan 
>Rasul-Nya. Tidak ada
>suatu perkara pun yang halal melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah 
>dan tidak ada
>suatu perkara pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan oleh 
>Allah. Dialah yang
>menerangkan kepadaku halal dan haram di dalamkitabNya. Kemudian aku 
>menerangkan halal
>dan haramnya kepada `Ali15. Wahai manusia! Tidak ada suatu ilmu pun 
>melainkan Allah telah
>menyampaikanya kepadaku. Dan setiap ilmu yang aku mengetahuinya, aku 
>menyimpannya
>pada imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu ilmu pun melainkan aku 
>mengajarnya kepada
>`Ali. Dan beliaulah imam mubin.
>
>       Wahai manusia! Janganlah kalian menyimpang daripadanya, janganlah 
>kalian lari
>daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang wilayahnya. Kerana 
>beliaulah yang
>menunjuk kepada kebenaran dan beramal dengannya. Beliaulah yang 
>menghilangkan
>kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian menghiraukan celaan orang yang 
>mencela.
>Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasulnya. Beliaulah yang 
>mengorbankan
>dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah. Dan tidak ada 
>seorang pun
>menyembah Allah bersama Rasulnya di kalangan lelaki selain daripadanya16.
>
>       Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan 
>kelebihan
>kepadanya. Terimalah beliau kerana Allah telah melantiknya untuk kalian. 
>Wahai manusia!
>Sesungguhnya beliau adalah imam daripada Allah. Allah sekali-kali tidak 
>akan menerima
>taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah sekali-kali tidak 
>akan
>mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal demikian ini terhadap 
>orang yang
>menyalahi perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyiksanya dengan siksaan 
>pedih yang
>berpanjangan. Lantaran itu kalian berhati-hatilah supaya kalian tidak 
>menyalahinya. Justeru
>itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan 
>batu
>disediakan kepada orang-orang yang ingkar17.
>
>       Wahai manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi dan rasul yang 
>terdahulu diberi
>khabar gembira. Aku adalah penamat para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah 
>ke atas semua
>makhluk di bumi dan di langit. Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir 
>sebagaimana kafir
>jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki 
>kesemuanya. Orang
>yang mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya18.
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kelebihan ini 
>ke atasku
>sebagai ihsanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untukNya 
>daripadaku buat
>selama-lamanya. Wahai manusia! Hormatilah `Ali kerana beliau 
>sebaik-baikmanusia selepasku
>di kalangan lelaki dan perempuan. Dengan kamilah Allah telah menurunkan 
>rezeki dan
>mengekalkan makhluk (buat seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai, dimurkai 
>orang yang
>menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya Jibra'il 
>telah
>memberitahuku mengenainya daripada Allah S.W.T. dan berkata: Sesiapa yang 
>memusuhi `Ali
>dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya. 
>Seseorang itu
>hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan untuk hari esok dan 
>bertakwalah kepada
>Allah supaya beliau tidak menyalahi-Nya kerana dikhuatiri kaki akan 
>tergelincir selepas ia
>tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian19.
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di 
>dalam kitab-Nya
>"Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat besar penyesalan atas 
>kelalaianku
>terhadap janb-Allah"(Surah al-Zumar 39:56). Wahai manusia! Pelajarilah 
>al-Qur'an dan
>fahamilah ayat-ayatnya. Perhatikanlah ayat-ayat Muhkamahnya dan janganlah 
>kalian
>mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya. Demi Tuhan, tidak akan menerangkan 
>kepada kalian
>tentang halangan-halangannya dan tidak akan menerangkan kepada kalian
>penafsiran-penafsirannya melainkan orang yang aku memegang tangannya 
>sekarang.
>
>       Dan aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang aku maulanya, 
>maka ini `Ali
>adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku. Dan 
>wilayahnya adalah
>daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku20.
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik daripada anak 
>cucuku
>merupakan thiqal al-Asghar (harta paling kecil yang bernilai) dan al-Qur'an 
>adalah thiqal
>al-Akbar (harta paling besar yang bernilai). Setiap orang menceritakan 
>tentang sahabatnya dan
>bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembalikan 
>Haud
>kepadaku. Mereka itulah pemegang amanah Allah pada makhluk dan para bijak 
>pandai di
>bumi-Nya. Sesungguhnya aku telah menunaikannya. Sesungguhnya aku telah
>menyampaikannya dan aku memperdengarkannya kepada kalian. Sesungguhnya aku 
>telah
>menerangkannya bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman dan sabdaku 
>itu adalah
>daripada Allah.
>
>       Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku 
>ini. Dan tidak
>seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. 
>Kemudian beliau
>meletakkan tangannya ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya21. Wahai manusia! 
>Ini adalah `Ali
>saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas 
>tafsir kitab Allah
>Azza Wa Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya, 
>memerangi
>musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah dari mendurhakaiNya.
>
>       Beliaulah khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam petunjuk, 
>penentang Nakithin
>(Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan)22. 
>Aku berkata:
>Sabdaku tidak boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku 
>berkata: Wahai
>Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali. Musuhilah orang yang 
>memusuhinya.
>Laknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang mengingkari 
>haknya. Wahai
>Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan ke atasku bahawa 
>Imamah
>selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku 
>mengenainya dan
>perlantikanku terhadapnya23.
>
>       Dengan itu Engkau telah menyempurnakan untuk hamba-hambaMu agama 
>mereka. Dan
>engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmatMu dan Engkau telah 
>meredai bagi
>mereka Islam sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa mencari 
>agama lain
>selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu 
>daripadanya dan di
>akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).
>
>       Wahai Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan cukuplahEngkau sebagai 
>saksi
>sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah 
>A.W. telah
>menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak 
>berimamkannya
>dan orang yang menggantikan tempatnya yang terdiri daripada anak cucuku 
>dari
>keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal 
>amalan-amalan mereka
>dan dalam nerakalah mereka kekal 24di dalamnya. Siksaan mereka tidak akan 
>diringankan dan
>mereka pula tidakakan dilayani25.
>
>       Wahai manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di kalangan 
>kalian yang
>membantuku, orang yang paling berhak di kalangan kalian denganku. Beliau 
>adalah orang
>yang paling akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia 
>di sisiku dan Allah
>A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai keredhaan melainkan ia 
>turun pada `Ali.
>Allah tidak berfirman dengan "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia 
>memulakan
>dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al-Qur'an melainkan 
>padanya. Dan Dia tidak
>memberi penyaksian syurga tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan 
>untuknya. Dia
>tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya 
>(ayat) selain
>daripadanya (`Ali a.s)26.
>
>
>
>       Wahai manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong 
>Rasulullah. Beliau
>adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk. Nabi kalian adalah 
>sebaik-baik nabi dan
>wasi kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. 
>Wahai manusia!
>Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali27.
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan Adam dari 
>syurga disebabkan
>hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki 
>terhadapnya (`Ali)
>nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal.
>
>       Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan 
>ke dunia
>disebabkan "satu kesalahan" sahaja sedangkan beliau adalah pilihan Allah 
>A.W. Bagaimana
>dengan kalian, sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah. 
>Sesungguhnya
>orang yang celaka sahaja yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa sahaja 
>yang mewalikan
>`Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah 
>diturunkan
>Surah wa l-Asr28.
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi saksi 
>bahawa aku
>telah menyampaikan risalahku kepada kalian. Rasul hanya menyampaikan 
>risalahNya yang
>terang. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya. 
>Dan janganlah
>kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia! Berimanlah kalian 
>dengan Allah,
>RasulNya dan al-Nur (cahaya) yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran 
>dipadamkan.
>Justeru itu kita menolaknya ke belakang.
>
>       Wahai manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah padaku 
>kemudian pada `Ali
>kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang 
>akan menuntut
>hak Allah dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah menjadikan 
>kami hujah ke
>atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan 
>orang yang zalim
>dari sekalian alam29.
>
>       Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian, sesungguhnya 
>aku adalah
>Rasulullah sebagaimana telah berlalu para rasul sebelumku. Sekiranya aku 
>mati atau dibunuh
>"kamu kembali ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, 
>maka ia tidak
>dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi 
>balasan
>kepada orang-orang yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya 
>`Alilah yang
>disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian selepasnya cucu cicitku 
>dan zuriatnya.
>Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang Allah dengan 
>"Islam"
>kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian dengan azab di 
>sisi-Nya.
>Sesungguhnya Dia sedang menunggu kalian.
>
>       Wahai manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang akan menyeru 
>manusia ke
>neraka dan di hari kiamat mereka tidak akan dibantu30.. Wahai manusia! 
>Sesungguhnya Allah
>dan aku bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya 
>pembantu-pembantu mereka,
>pengikut-pengikut mereka dan penyokong-penyokong mereka akan berada di 
>neraka yang
>paling terkebawah. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi 
>orang-orang yang
>takabbur. Sesungguhnya "mereka" adalah "pemilik-pemilik" mushaf. Lantaran 
>itu hendaklah
>kalian melihat pada mushaf tersebut.
>
>Beliau bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh golongan yang 
>sedikit sahaja. Wahai
>manusia! Sesungguhnya aku tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan 
>wirathah pada
>keturunanku sehingga hari kiamat. Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa 
>yang
>diperintahkan oleh Engkau untuk disampaikannya sebagai hujah di atas setiap 
>yang hadir,
>ghaib dan ke atas setiap orang yang menyaksikannya atau tidak, sama ada 
>telah dilahirkan
>ataupun tidak. Justeru itu hendaklah orang yang hadir menyampaikannya 
>kepada orang yang
>tidak hadir, dan bapa kepada anaknya sehingga hari kiamat kerana mereka 
>(selain daripada Ahl
>al-Bait A.S) akan menjadikannya (imamah) sebagai hak milik dan barang 
>rampasan.
>Sesungguhnya Allah melaknati perampas-perampasnya. "Kami akan memperhatikan
>sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin. Maka kepada kamu dilepaskan 
>nyala api dan
>cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)". 
>(Surah ar-Rahman
>55: 31, 35)
>
>       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan meninggalkan 
>kalian sebelumnya
>sehingga keburukan dan kebaikan dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu 
>memberitahu kalian
>perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada satu 
>bandar pun
>melainkan Allahlah yang membinasakannya disebabkan pembohongan penduduknya.
>Demikianlah Dia membinasakan bandar-bandar yang zalim. Sebagaimana telah 
>disebutkan
>oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya. Ini adalah `Ali imam kalian dan wali 
>kalian. Beliau di
>antara janji-janji Allah dan Allah membenarkan apa yang dijanjikannya31.
>
>Wahai manusia! Sesungguhnya telah sesat sebelum kalian kebanyakan 
>orang-orang yang
>terdahulu. Demi Allah, Dia telah membinasakan orang-orang yang terdahulu 
>dan Dialah yang
>akan membinasakan orang-orang yang terkemudian. Allah berfirman: "Bukankah 
>Kami telah
>membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) 
>mereka
>dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah Kami 
>berbuat terhadap
>orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi 
>orang-orang yang
>mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-19).
>Sambungan khutbah ini boleh dibaca di alamat:<a 
>href="http://members.nbci.com/_XMCM/nuurhuda/khutbah_rasul2.html">Khutbah</a>.
>
>Tarikh:                27/Rejab/1421H
>Perkara:               Khutbah Rasulullah SAWAW di Ghadir Khum Menurut Catatan 
>al-Tabrasi
>Name:          Mohammad Husain
>EMail:         [EMAIL PROTECTED]

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Muhammad Kulani Zaidan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke