*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > Ku Li terdesak tuduh kerajaan negeri gadai > tanah > > Thursday, February 14 @ 18:29:01 MYT > > > KOTA BHARU, 14 Feb (Hrkh) - Bekas Presiden Semangat > 46 yang membubarkan > sendiri partinya, Tengku Razaleigh Hamzah kini > dianggap begitu terdesak > apabila cuba mengelirukan rakyat dengan fakta yang > tidak jelas. > > Penyelia Dun Galas, Che Hashim Sulaima berkata, > kenyataan Ku Li kononnya > kerajaan negeri menggadaikan berpuluh ribu hektar > tanah di hulu Kelantan > bagi meningkatkan punca hasil, cukup mengelirukan. > Katanya, Ku Li cuba menyembunyikan fakta sebenar > selepas dia sendiri gagal > memanfaatkan tanah bagi kepentingan umum, ketika > masih bersama dengan > kerajaan negeri suatu ketika dahulu. > > "Kini setelah Ku Li hilang segala-gala, dia cuba > membangkitkan kononnya > kerajaan negeri menggadaikan kawasan itu. Sedangkan > apa yang dilakukan > kerajaan negeri bagi memanfaatkan sepenuhnya tanah > untuk kepentingan > rakyat," katanya. > > Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan, Ku Li > dipetik sebagai berkata, > kerajaan PAS Kelantan didakwa semakin terdesak > apabila dipercayai > menggadaikan berpuluh ribu hektar tanah tanah di > hulu Kelantan kepada 40 > syarikat bagi pembangunan ladang kelapa sawit. > > Malah, anggota parlimen Gua Musang itu mendakwa, > tanah yang digadai > diperolehi dengan merampas tanah-tanah penduduk yang > mengusahakan dengan > pelbagai tanaman. > > Che Hashim berkata, Ku Li cuba menyembunyikan fakta > sebenar berkaitan > perkara itu, selepas kerajaan negeri melalui > agensinya berjaya membangunkan > tanah berkenaan. > > Sebelum ini, kerajaan negeri melalui beberapa > agensinya termasuk Yayasan > Islam Kelantan (Yik) dan Yayasan Kelantan Darulnaim > (Yakin) dengan kerjasama > pihak swasta membangunkan tanah tersebut dengan > mewujudkan ladang kelapa > sawit. > > Projek usahasama itu dijalankan di atas tanah > kerajaan bagi membolehkan > agensi terbabit mempunyai sumber kewangan sendiri > untuk melaksanakan projek > pembangunan dan pengurusannya. > > Penduduk yang terbabit dengan pembangunan tanah > tersebut secara sepenuh masa > juga turut dibayar pampasan oleh syarikat swasta > terbabit. > > Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan > Masyarakat dan Industri Desa, > Haji Omar Mohamad berkata, tanah-tanah yang > dibangunkan di kawasan hulu > Kelantan akan dimanfaatkan kepada rakyat melalui > agensi-agensi kerajaan. > > Katanya, pembangunan ladang kelapa sawit akan > memberi sumber pendapatan > sampingan kepada Yik yang mengendalikan sektor > pendidikan di negeri ini. > > "Begitu juga Yakin yang memberi bantuan dan pinjaman > kepada pelajar, > memerlukan sumber kewangan bagi menjayakan program > yang dirancang. > > "Adakah kita mahu melihat lebih 40,000 anak-anak > yang mendapat pendidikan di > Yik terbantut kerana tidak mempunyai sumber > kewangannya sendiri," katanya > pada majlis Wacana Penerangan Dasar-Dasar Kerajaan > di sini, hari ini. > > Beliau juga berkata, sekiranya Yik dan Yakin dapat > mencari sumber pendapatan > sendiri, ia dapat menjimatkan wang kerajaan negeri > untuk dimanfaatkan bagi > tujuan lain. > > Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan > Teknologi, Ustaz Hassan Muhamad > juga menjelaskan projek usahasama bagi membangunkan > ladang kelapa sawit! di > antara agensi kerajaan dan swasta dimanfaatkan untuk > rakyat di negeri ini. > > Che Hashim berkata, Ku Li sebenarnya sudah kehabisan > modal dan idea untuk > berdepan dengan PAS, sehingga menyelewengkan fakta > sebenar. > > "Pemimpin itu sebenarnya semakin ditolak rakyat > kerana mereka kecewa sejak > lebih 30 tahun menjadi anggota parlimen Gua Musang, > Ku Li gagal melaksanakan > tanggungjawabnya dengan berkesan," katanya. > > >
===== ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Got something to say? Say it better with Yahoo! Video Mail http://mail.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>