Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/



MARI-MARI MENENDANG - Tendang jangan tak tendang......

Tindakan Sanusi Junid memukul dan dan menendang dua
orang pekerja KLIA 
pada hari Sabtu yg lalu amat kita kesali. Sikap panas
baran yang gagal dibendung oleh Sanusi selepas
mengundurkan diri dari teraju pemerintahan Negeri
Kedah mungkin adalah merupakan watak  beliau yang
sebenarnya.  Ramai yang tidak menyangka bahawa
pemimpin yang banyak membaca, banyak 
idea dan pandai bertutur dalam banyak bahasa ini
akhirnya tersungkur di pintu nafsu amarahnya yang
tidak  ketentuan.

Mengapa Sanusi boleh bertukar perangai dari bersopan
kepada menendang orang? Adakah ketika kejadian itu
berlaku  beliau dalam keadaan waras? 
Atau adakah beberapa insiden lain yang berlaku sebelum
ini seperti idea gila-gilanya yang sering
dipersendakan menyebabkan beliau menunggu masa 
untuk melepaskan geram?

Di Kedah mungkin Sanusi jaguh dalam mengeluarkan idea.
Siapa yang tak kenal dengan Kelab Mat Jenin? Dia
begitu terkenal dengan Program Menjaro 
( Mental, Jasmani dan Rohani). Dia juga memperkenalkan
program khutub khanah di masjid, jual Gorpes (goreng
pisang) , tanam padi atas bumbung, cabut uban, dan
banyak lagi program 
yang lain  termasuk minum kelapa muda, makan ulam, dan
minum koko yang pernah menyebabkan perwakilan UMNO di
perhimpunan agung mendapat 
cirit-birit.

Kini itu semua hanya tinggal nostalgia buat Sanusi.
Mungkin kerana terlalu hampa dengan sambutan yang
hambar terhadap setiap idea yang disumbangkannya
akhir-akhir ini, maka kali ini dia bertindakbalas
dengan lebih agresif lagi dengan satu tujuan, supaya
namanya muncul semula sebelum 
pemilihan UMNO hujung minggu ini. Ini satu tindakan
yang nekad. Kali ini dengan satu idea yang lebih
bijak, hasil ilham Rahim Nor:  Program 
mari-mari menendang dan memukul di KLIA. 

Selamat menjawab soalan dari Mahathir!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/


Kirim email ke