*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Menilai tuduhan terhadap PAS berasaskan realiti yang
> dilakukannya
> Oleh Husam Musa
> Ahli Parlimen Kubang Kerian
> 
> Saya merujuk kepada tulisan Encik Chan Kai Poh
> bertajuk "Insulting the
> ulama or Islam?" dalam Malaysiakini.com.
> 
> Di hujung tulisan beliau, PAS telah dikaitkan
> kononnya negara kita akan
> bertukar kepada negara teokratik menggantikan
> demokrasi berparlimen jika
> PAS berkuasa. 
> 
> Saya hairan bagaimana intelektual berfikiran luas
> seperti Encik Chan
> boleh membuat kesimpulan berbentuk tuduhan yang
> sangat tidak berasas
> seperti itu. Adakah ini adil?
> 
> Adakah PAS telah menukar Kelantan dan Terengganu
> menjadi negeri
> teokratik? Adakah pilihanraya umum telah dihapuskan
> di Kelantan dan
> Terengganu? Adakah rang undang-undang di Kelantan
> dan Terengganu tidak
> diluluskan melalui Dewan Undangan Negeri tetapi oleh
> "mullah-mullah"?
> Adakah satu contoh dimana keputusan mesyuarat Majlis
> Mesyuarat Negeri
> atau Exco dibatalkan oleh para "mullah"? Adakah satu
> contoh keputusan
> kerajaan Negeri Kelantan yang membelakangkan
> mana-mana kumpulan rakyat?
> 
> Jawabnya tidak. Bahkan, jika diperhatikan,
> persidangan Dewan Undangan
> Negeri Kelantan antara yang paling panjang sidangnya
> berbanding beberapa
> negeri lain. Ada negeri tertentu hanya bersidang
> separuh hari kerana
> takutkan pembangkang di sebalik slogan demokratik.
> Adakah Encik Chan
> sedar tentang ini dan apakah yang telah beliau
> suarakan terhadap
> fenomena ini yang "mencabul" demokrasi dan kebebasan
> bersuara yang
> sihat. ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat dinafikan
> bersuara dalam Dewan
> yang dibuat khas untuk memperlambangkan demokrasi di
> negara kita.
> 
> Bahkan, jika Encik Chan menyemak handsard sidang
> Dewan Undangan Negeri
> Kelantan, saya yakin ianya sangat informatif,
> melambangkan tranparansi
> dan demokratik.
> 
> Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan
> Enakmen Jenayah Syariah
> II atau Enakmen Hudud untuk memenuhi hasrat
> sebahagian besar masyarakat
> Islam Kelantan. (Saya katakan sebahagian besar
> masyarakat Islam Kelantan
> kerana PAS telah berkuasa di Kelantan melalui undi
> rakyat pada tahun
> 1990, di mana manifesto PAS Kelantan pada waktu itu
> meletakkan hudud
> sebagai satu perkara yang akan dilaksanakan - dan
> PAS menang lagi pada
> pilihanraya 1995) Encik Chan tentu ingat, sebelum
> rang ini dibentangkan
> secara rasmi di Dewan, PAS terlebih dahulu
> membentangkannya kepada
> masyarakat awam di Kuala Lumpur. Pembentangan ini
> adalah terbuka dan
> semua pihak diberi peluang menyuarakan pandangan
> mereka. Bahkan, UMNO
> juga telah dijemput menghantar wakil dan UMNO yang
> "demokratik" itu
> seperti biasa tidak berbuat demikian. Satu dialog
> dan wakil pelbagai
> agama juga telah diadakan berhubung perkara ini. 
> 
> Pada saya, ini melambangkan sikap paling demokratik
> dan ia harus dipuji.
> Demokratik juga bermakna 95% penduduk Kelantan yang
> beragama Islam harus
> diberikan peluang mengamalkan ajaran agama mereka
> berhubung
> undang-undang jenayah berat yang mereka yakini lebih
> efektif tanpa
> menjejaskan kumpulan masyarakat yang lain. Oleh
> kerana undang-undang ini
> dipetik dari ajaran agama, ia bukan bermakna
> teokratik. Jika ajaran
> agama telah diproses melalui proses demokrasi dari
> memenangi pengundian
> sampai kepada perbincangan dan perundang-undangan
> tidak dianggap
> demokratik, maka apa sebenarnya demokrasi?
> 
> Walaupun begitu, apabila Kerajaan Pusat secara rasmi
> melalui sepucuk
> surat dari Perdana Menteri melarang Kerajaan Negeri
> Kelantan meneruskan
> pelaksanaan undang-undang tadi, Kerajaan Negeri
> Kelantan telah secara
> matang dan demokratik mematuhi larangan itu.
> Pemimpin Kelantan yang
> digambarkan sebagai "mullah" tidak bertindak diluar
> garis undang-undang
> mahupun menggerakkan penentangan menggunakan
> kekerasan. Sila jelaskan
> kepada saya adakah ini bukan demokratik?
> 
> Encik Chan akan berkata, PAS bertindak demikian
> kerana PAS belum
> berkuasa penuh. Jika PAS menang di peringkat
> nasional barulah PAS akan
> menunjukkan belangnya. 
> 
> Jawabnya, itu hanya satu andaian yang didorong oleh
> prasangka. Adakah
> jika PAS memenangi pilihanraya di peringkat nasional
> maka ia takut untuk
> berhadapan dengan rakyat sekali lagi dalam
> pilihanraya seterusnya?
> Sedangkan bila PAS berkuasa di peringkat nasional,
> bermakna PAS
> mempunyai segala peluang untuk menarik sokongan
> rakyat, baik dalam
> dasar-dasarnya yang lebih prihatin rakyat, adil,
> jujur dan telus mahupun
> pengaruh ke atas media dan instrumen kuasa yang
> lain. Tentulah PAS lebih
> yakin untuk menghadapi pilihanraya.
> 
> Jika PAS serta merta mengubah sistem pemerintahan
> negara daripada
> demokrasi berparlimen kepada negara teokratik,
> bermakna PAS mengambil
> risiko ditentang oleh pelbagai kumpulan rakyat
> sehingga kerajaan yang
> ditubuhkannya mungkin tumbang. Adakah PAS sebodoh
> itu ketika ia
> nampaknya mempertimbangkan pelbagai aspek, contohnya
> berkaitan dengan
> Enakmen Syariah itu tadi?
> 
> PAS telah menerima konsep multi rasial bila ia
> bergabung dalam BA. Jika
> ditakdirkan PAS berkuasa, ia berkuasa melalui
> bilangan perwakilan di
> Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Dari jumlah
> kerusi yang ia
> tandingi dalam pilihanraya yang lepas, tidak mungkin
> PAS dapat membentuk
> kabinetnya sendiri tanpa perwakilan dari parti yang
> lain. 
> 
> Ini bermakan kabinet BA nanti ialah kabinet multi
> rasial. Ini bermakna
> rang undang-undang pada waktu itu juga mesti dibawa
> ke Parlimen yang
> juga multi rasial. Sebarang penyelewengan dari
> sistem ini adalah amat
> mustahil.
> 
> Apa yang akan berlaku ialah perubahan semangat.
> Semangat permesyuaratan
> akan berubah, iaitu rakyat mungkin dirundingi
> sebelum mana-mana rang
> undang-undang dibentangkan. Kebebasan bersuara ahli
> Parlimen mungkin
> lebih luas. Akauntabiliti Kerajaan terhadap Parlimen
> mungkin meningkat.
> Fungsi Parlimen juga akan lebih berkesan. 
> 
> Selain dari risiko politik, perubahan dari demokrasi
> berparlimen kepada
> negara teokratik juga tidak mungkin berlaku
> berdasarkan rekod PAS
> sendiri sebagai sebuah parti. Jika PAS berhasrat
> melaksanakan negara
> teokratik, ia harus melaksanakan dalam amalan parti
> itu terlebih dahulu.
> Apa yang teokratik dalam PAS? Bukankah PAS
> mengamalkan pemilihan
> kepimpinan parti sejak hari pertama ia ditubuhkan
> hingga kini melalui
> konsep pemilihan. Dari peringkat paling bawsah iaitu
> cawangan-cawangan
> ke peringkat yang paling atas iaitu Presiden, PAS
> mengamalkan pemilihan
> terbuka yang ditentukan oleh ahli-ahli.
> 
> Sepanjang tempoh itu, UMNO yang menjadi lawan PAS
> telah memperkenalkan
> pelbagai peraturan pemilihan yang boleh dianggap
> tidak demokratik.
> Tetapi PAS, kekal dengan pemilihan bebas tanpa
> memperkenalkan sebarang
> perubahan peraturan pemilihan. Adakah ini tidak
> demokratik?
> 
> Mengapa tidak "mullah-mullah" melarang orang lain
> bertanding menentang
> mereka jika itu yang akan mereka lakukan bila mereka
> berkuasa kelak?
> Dewan Ulama¹, satu sayap dalam PAS sendiri, memilih
> ketua dan ahli
> jawatankuasanya melalui pengundian. Jika ketua
> "mullah" juga terpaksa
> melalui proses pengundian, jiwa teokratik mereka
> tentulah telah
> "dibelasah" oleh proses demokrasi sedemikian rupa.
> Bukan sekali, bukan
> hanya sekarang, bahkan sejak hari pertama PAS
> ditubuhkan hingga kini,
> berkali-kali.
> 
> Mengapa PAS tidak memulakan konsep teokratik tadi
> dengan parti mereka
> terlebih dahulu? Mengapa dalam perhimpunan agung PAS
> usul dari Dewan
> Ulama' boleh dibahas oleh perwakilan yang lain dan
> tidak terus diterima?
> Di mana terpakainya konsep teokratik yang dikatakan
> diperjuangkan oleh
> PAS? Jika dalam partinya sendiri, teokratik telah
> ditewaskan oleh
> demokrasi, bagaimana caranya PAS boleh melaksanakan
> konsep teokratik
> mengganti demokrasi berparlimen dalam negara ini
> tanpa sebarang halangan
> dari ahli-ahlinya sendiri?
> 
> Menggaitkan PAS dengan Taliban adalah sesuatu yang
> sangat tidak adil,
> tidak rasional dan tidak jujur. Jika Taliban telah
> meruntuhkan patung
> Budha, adakah kita ingin membutakan mata kita
> melihat patung Budha masih
> wujud di Kelantan? Jika Taliban melarang wanita
> bekerja, adakah Encik
> Chan tidak sanggup menghabiskan sedikit wang untuk
> terbang ke Kelantan
> melihat sendiri wanita menjadi pegawai dan
> kakitangan kerajaan di
> pejabat kerajaan negeri termasuk di pejabat Menteri
> Besar, guru-guru
> wanita mengajar di sekolah kelolaan kerajaan Negeri,
> wanita berniaga di
> pasar-pasar di seluruh negeri atau lainnya.
> Janganlah menipu diri
> sendiri dengan menulis sesuatu yang tidak masuk
> akal.
> 
> Saya berharap Encik Chan berlaku lebih adil dan
> lebih faktual.
> 
> Di perenggan akhir tulisan beliau, beliau
> mencadangkan kerajaan
> bertindak tegas terhadap kumpulan agama tertentu
> (mungkin di sini
> kumpulan masyarakat seperti Muslim Scholars
> Association of Malaysia
> (MSAM).
> 
> Cadangan ini benar-benar kontradik dengan pendirian
> demokratik Encik
> Chan. Di satu segi, beliau mahukan kebebasan
> berpandangan, sekalipun
> boleh digolongkan sebagai "menyakiti" dan di satu
> segi yang lain beliau
> mahukan tindakan "polis". Orang yang dianggap
> "menyakiti" diminta
> diberikan kebebasan dan orang yang merasakan
> "disakiti" diminta
> "dipoliskan". Ini adalah satu hipokrasi.


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
http://health.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke