Najib ulangi ‘Skandal Watergate’
Saturday, September 07 @ 12:59:14 MYT


KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Najib Tun Razak
dianggap terlibat dalam satu skandal yang besar apabila mengaku dan
mendedahkan dokumen sulit yang dimiliki oleh parti lawannya.

Pemangku Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kalau
tindakan sebegini dilakukan di Amerika, Najib dan partinya akan dicemuh oleh
semua orang kerana skandal ini sebagaimana yang dialami oleh Presiden Nixon
yang terpaksa meletakkan jawatan selepas Skandal Watergate.
Najib baru-baru ini mendedahkan kononnya satu dokumen yang dimiliki oleh PAS
Kedah berhubung dengan pilihan raya.
Najib berkata, dokumen itu mendedahkan perancangan PAS untuk memindahkan
pengundi di negeri itu bagi menawan negeri itu.
Dalam skandal Watergate, parti Nixon yang memerintah didakwa mengintip
maklumat parti lawannya untuk kepentingan partinya sehingga menimbulkan
kemarahan rakyat Amerika yang membawa kepada kejatuhannya.
Ustaz Hadi ketika mengulas dokumen itu berkata, PAS bukan merancang untuk
memerintah Kedah sahaja tetapi PAS membuat perancangan untuk memerintah
Malaysia.
“Oleh itu, PAS merangka strategi untuk menawan Malaysia bukan melnawan Kedah
saja,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberikan ucaputama di
Munaqasyah Ucapan Dasar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan
(Putik) pagi tadi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Syukri ketika berucap di
majlis yang sama mempertikaikan pihak-pihak yang membangkitakan persoalan
permindahan pengundi yang dibuat seorang demi seorang ini.
“Ada pihak yang memindahkan pengundi ini secara pukal iaitu satu Dun
dipindah ke kawasan Parlimen lain. Kenapa ini tak bising. Ini kesannya lebih
besar dan boleh dikatakan lebih jahat lagi,” katanya.
Beliau dipercayai mengulas tindakan persempadanan semula kawasan pilihan
raya yang melibatkan perpindahan besar-besaran pengundi yang dibuat atas
kepentingan parti yang memerintah iaitu BN dan Umno.
Ketika mengulas dakwaan pemimpin BN kononnya PAS memindahkan pengundi, Ustaz
Hadi berkata, Ia umpama "pencuri menjerit pencuri apabila ada pihak yang
tersedar dia mencuri."
Ini kerana, kata Ustaz Hadi, berdasarkan kajian dan post morten yang dibuat
oleh PAS, didapati banyak sekali pengundi luar yang dimasukkan oleh Umno ke
dalam kawasan tertentu yang ingin dimenangi oleh Umno.
"Misalnya kawasan saya di Marang, ramai sekali pekerja kilang Isuzu di Pekan
yang didaftarkan di Marang.
"Tak kan PAS yang bawa mereka ke sini," katanya kepada wartawan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke