*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ INI DARI JABUJIK, SAYA CUMA FORWARDKAN KE HIZBINET JE..... >From: jabujik jabujik <[EMAIL PROTECTED]> >To: Syazana Hamzah <[EMAIL PROTECTED]> >Subject: Pas apakah kesudahannya? >Date: Fri, 28 Apr 2000 02:08:23 -0700 (PDT) > >Memerhatikan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) >merupakan satu yang melucukan, menghairankan dan >menyedihkan. Parti ini yang kononnya memperjuangkan >Islam telah dengan sewenang-wenangnya membanjirkan >Malaysia dengan fitnah. Sekecil-kecil fitnah seperti >menuduh Perdana Menteri jatuh kuda, fitnah bahawa UMNO >tidak memperjuangkan Islam, fitnah bahawa ekonomi >negara kita tidak pulih sehinggalah sebesar-besar >fitnah bahawa Allah mencarut, semuanya diterima oleh >penyokong mereka tanpa ditapis, difikir, disiasat dan >disoal langsung. Fitnah itu pula disebar tanpa rasa >takut, bersalah mahupun perasaan berdosa. Dan apabila >berita itu dibuktikan sebagai fitnah semata-mata, >penyokong mereka memejam mata serapat-rapatnya dan >menyumbat telinga sedalam-dalamnya sementara pemimpin >mereka berhadapan dengan orang yang mereka fitnah, >berhadapan dengan dunia dan ''berhadapan'' dengan >Allah lima kali sehari dengan selamba. >Tindak-tanduk Pas dalam mencapai matlamat perjuangan >mereka memang lucu kerana mereka boleh mengubah >pendirian, keputusan hatta tafsiran ayat al-Quran >sekalipun asalkan ianya memberi kelebihan pada parti >mereka. Kelucuan Pas jelas teserlah apabila mereka >bersekongkol dengan DAP yang menentang negara Islam >dan hak keistimewaan Melayu. Begitu juga dengan >bersekongkol dengan Keadilan yang bersusah payah >mengemis simpati dari seorang Presiden ''raja >maksiat'' dan juga dari beberapa pemimpin Barat. >Apabila bersekongkol, mereka ini menjadi bertambah >lucu kerana mereka terpaksa berjuang menegakkan negara >Islam dengan mempertahankan pelaksanaan hukum hudud >tetapi di masa yang sama terpaksa bersetuju dengan >pendirian DAP. Akhirnya, apabila mereka memenangi >pilihan raya dan berjaya memerintah Terengganu, mereka >mengambil jalan tengah dan sederhana iaitu jalan yang >telah lama diambil oleh UMNO. Hudud ke mana, negara >Islam ke mana, lesen arak tetap di situ dan ternakan >babi pula yang muncul. >Kelucuan ini tidak terhenti di situ. Pas yang kononnya >memperjuangkan Islam telah bertindak bertentangan >dengan sikap seorang Muslim sejati. Kejadian mengejek >dan menumbuk penyokong dan pemimpin UMNO, mencarut dan >memaki hamun dan juga menceroboh e-mel serta >laman-laman web penyokong UMNO telah menjadikan mereka >seperti badut. Betapa lucunya Pas ini sehinggakan >dalam pilihan raya yang lepas, mereka dengan bangganya >memilih seorang ''Profesor Carut'' sebagai wakil >rakyat di tempat mereka. >Hairan sekali, dalam kepekakan dan kebutaan mereka, >mereka tidak bisu dan walaupun telah dapat menambah >kerusi di Dewan Rakyat, mereka memilih untuk menyebar >fitnah melalui Internet dan risalah bagi menyuarakan >''kesalahan'' kerajaan. Segala yang mereka tuduh, tak >dapat diketengahkan kerana tidak ada satu bukti pun. >Bertambah hairan lagi apabila mereka memfitnah Datuk >Seri Dr. Mahathir bersekongkol dengan Barat. Bukan >rahsia lagi yang Barat begitu membenci Datuk Seri Dr. >Mahathir dan menyebar berbagai-bagai fitnah terhadap >beliau termasuklah satu fitnah oleh majalah Newsweek >yang penulis anggap kelakar iaitu kononnya beliau >adalah anak seorang nelayan? Barat mengecam tindakan >Perdana Menteri dalam menyelamatkan ekonomi negara. >Barat memuji penyokong pembangkang yang merusuh >sebagai berani. Hampir seluruh media Barat bersatu dan >menghentam beliau dalam isu perlucutan jawatan >timbalannya pada September 1998. Justeru, penulis >menjadi hairan apabila membaca tulisan-tulisan dalam >akhbar Harakah yang begitu konsisten dengan >tulisan-tulisan dalam media Barat lain yang beria-ia >dan bersungguh-sungguh memupuk kebencian terhadap YAB >Datuk Seri Dr. Mahathir. Bukankah ia menghairankan >apabila sebuah parti yang memperjuangkan Islam >tiba-tiba bersuara satu rentak, senada dan seirama >dengan Barat? Tulisan-tulisan mereka menggambarkan >betapa sekiranya Datuk Seri Dr. Mahathir dapat >ditumbangkan, maka puaslah hati mereka, sepuas hati >musuh-musuh Islam di Barat juga. >Sebaliknya, Perdana Menteri terus-menerus menerima >sokongan dari negara Islam lain yang mengagumi dan >mengiktiraf pemikiran beliau. Bagaimana pula seorang >yang dituduh ''tidak cukup Islam'' dan kadang-kadang >''tidak Islam'' dikagumi oleh pemimpin dan rakyat di >negara Islam lain? Apakah Pas juga mengecap pemimpin >dan rakyat negara Islam tersebut sebagai ''tidak cukup >Islam'' kerana menyokong YAB Perdana Menteri? >Segala kelucuan dan kehairanan inilah yang kemudiannya >menjurus kepada kesedihan. >Kita tidak boleh menyifatkan senario ini sebagai >sekali peristiwa dalam negara yang akan berlalu tanpa >menjejaskan apa-apa. Kita tidak seharusnya >berlengah-lengah atau ragu-ragu untuk bangun >menyedarkan penyokong-penyokong Pas ini daripada tidur >hanya kerana tidak sanggup meninggalkan keselesaan >atau segan untuk turun padang bersemuka dengan >pendapat mereka sama ada di dalam penulisan atau di >dalam dialog kerana dengan mengambil sikap begitu akan >hanya membawa kesudahan yang amat sedih untuk agama, >bangsa dan negara kita satu hari nanti. Kita sendiri >perlu bangun sebelum kita dapat membangunkan orang >lain dari tidur yang nyenyak itu. >Ada yang mengatakan bahawa untuk memenangi satu >peperangan, kita perlu berfikir dan mungkin bertindak >mengikut cara musuh kita. Ada pula yang mengatakan >kita tidak seharusnya berfikir dan bertindak seperti >musuh kita tapi perlu mencari strategi lain untuk >memerangkap musuh kita. Apa pun alasannya dan apa pun >caranya, yang penting ialah kita perlu bertindak >dengan berkesan asalkan tindakan kita tidak salah di >sisi agama, tidak salah di segi undang-undang, dan >cara kita itu membuahkan hasil. Kita tidak seharusnya >bertindak dengan cara yang sama jika cara itu terbukti >tidak berkesan. Memetik kata seorang pakar pemikiran, >Edward de Bono, ''Kita tidak boleh mengharapkan yang >kita dapat menggali sebuah lubang yang lain dengan >hanya menggali lubang yang sama dengan lebih dalam''. >Pendek kata, kita perlu menentukan kesudahan >perjuangan lucu Pas ini kerana ia pasti tidak lucu >lagi apabila semuanya telah musnah. > > >__________________________________________________ >Do You Yahoo!? >Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger. >http://im.yahoo.com/ ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>