Date: Wed, 11 Jul 2001 17:44:31 +0800

LETTERS

Print version of this story
Tuesday July 10


Pelajar antikerajaan atau kerajaan antipelajar?
Bekas Pelajar

6:43pm, Tue: Kita menonton dengan penuh takjub aksi-aksi pantas dan tangkas,
ISA, the Movie dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Tidak cukup dengan
ahli-ahli politik, pelajar juga dicekup di bawah akta yang sama.

Mengapa? Kerana mereka 'mengancam keselamatan negara', 'pelajar-pelajar
sepatutnya menumpukan masa dan perhatian pada pelajaran', 'universiti tempat
menimba ilmu, bukannya tempat berdemonstrasi' - begitulah antara pesanan
(arahan, sebenarnya) daripada Perdana Menteri.

Apakah yang sebenarnya diinginkan oleh kerajaan daripada pelajar-pelajar?
Jika hendak dikatakan kerajaan berharap agar generasi pelajar menjadi dungu
dan kaku, dahulu kerajaan pernah berura-ura menjadikan aktiviti ko-kurikulum
sebagai subjek yang membawa jam kredit dan a! kan diambil kira dalam
pencapaian akademik seseorang.

Mungkin langkah ini sudah dilaksanakan di sesetengah kampus. Jika dikatakan
kerajaan berharap universiti sekarang dapat melahirkan generasi mantap dan
agresif yang bakal membawa negara ke tahap yang lebih tinggi, tidak pula
kelihatan banyak usaha-usaha ke arah itu.

Lebih banyak kita lihat, kekangan dan sekatan terhadap pelajar, malah dalam
isu ISA, pelajar terus 'dihukum' pula.

Pelajar diseru agar tidak antikerajaan. Adakah seruan ini wajar? Golongan
pelajar memang mempunyai tanggungjawab untuk menimba ilmu, tetapi mereka
tidak wajib menyokong kerajaan (perlu ditegaskan bahawa berdiri atas pagar
bukanlah satu pilihan - sikap itu tidak membawa kita ke mana-mana).

Universiti bertanggungjawab menyediakan wadah untuk membina intelektual
pelajar, dan selepas itu terpulang kepada mereka untuk menentukan haluan
sendiri, sama ada menyokong kerajaan atau sebaliknya. Bak k! ata orang, mereka
sudah besar panjang untuk membezakan antara yang baik dengan buruk. Kita
bukannya berada di negara komunis (benarkah begitu?) - apabila pemikiran
rakyat mesti ditentukan dan ditetapkan; tiada ruang untuk berfikir tetapi
menerima bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan oleh pemerintah.

Adakah pelajar tidak boleh antikerajaan kerana perlu mengenang jasa kerajaan
yang menyediakan prasarana, kewangan dan peluang untuk pelajar menyambung
pengajian ke peringkat universiti? Sekiranya beginilah corak pemikiran yang
mesti dianuti, nescaya Nabi Musa tidak akan menentang Firaun kerana jasa
Firaun sungguh besar - Nabi Musa membesar didalam istananya!

Akhbar-akhbar pula semacam mempunyai agenda untuk menghentam - bukan sahaja
pelajar, malah tokoh-tokoh tertentu. Buat masa ini tentunya Naib Canselor
Universiti Malaya, Dr Anuar Zaini Md Zain menjadi calon pilihan untuk juara
dijadikan 'kambing hitam' tahun ini. Sementelah sela! ma ini akhbar arus
perdana menjadi lidah rasmi kerajaan, pastinya liputan untuk Dr Anuar adalah
agenda kerajaan sendiri.

Apakah kerajaan mahu menyingkirkan Dr Anuar? Kita sudah boleh mengagak
jawapannya daripada ulasan akhbar sendiri. Bukankah, pada firasat orang
tertentu, Dr Anuar gagal mengawal sentimen antikerajaan di kampus itu?

Seperti yang dinyatakan di atas, Dr Anuar dan UM atau sebarang institut
pengajian tinggi tidak perlu bertanggungjawab terhadap persepsi para
pelajarnya.

Universiti hanya perlu memastikan pelajar tidak buta berdepan dengan fakta
dan kebenaran, luas pandangan, kaya ilmu, idea dan pemikiran, dan selepas
itu, semoga mereka tidak bisu dan gentar untuk menyuarakan hak.

Sekiranya pelajar mencapai semua itu di kampus tetapi bisu dan lesu,
generasi seumpama itu boleh dikatakan kejayaan kerajaan sekarang tetapi
kerugian negara dan generasi akan datang.



Letters to editor:editor@mala! ysiakini.com
Last modified:Wednesday July 11, 1:49 pm


Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke