RINGKAS PARLIMEN
Wednesday, October 23 @ 13:48:11 MYT


Oleh ROY RASUL
23 Okt (Hrkh) - Drs Abu Bakar Othman (PAS - Jerlun) semalam meminta Menteri
Perumahan dan Kerajaan tempatan menyatakan berapakah petempatan setinggan
yang dikenalpasti setakat ini di seluruh negara.

Beliau bertanya bilakah masalah tersebut akan dapat diatasi untuk mencapai
matlamat setinggan sifar dan apakah perancangan kementerian untuk mencapai
matlamat itu di semua peringkat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Dato' M Kayveas
berkata, matlamat setinggan sifar dijangka dicapai menjelang akhir tahun
2005.
Dr Syed Azman Nawawi (PAS - Kuala Terengganu) meminta Menteri Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia menyatakan kedudukan terakhir projek E-Village di
kawasan MSC 'supertech zone' dan berapakah jumlah kerugian yang dialaminya
setakat ini.
Dalam pada itu, Muhamad Mustafa (KeADILan - Peringat) pula menimbulkan isu
mengenai ! jumlah kutipan pelbagai jenis hasil cukai dari Kelantan bagi tahun
1999 - 2002 dan berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan
Pusat untuk Kelantan.
Selain itu beliau juga mempersoal mengenai jumlah perbelanjaan yang
disalurkan melalui kerajaan negeri dan yang disalurkan kepada Jabatan
pembangunan Persekutuan (JPP) serta agensi-agensi kerajaan.
M Shukrimun Shamsuddin (PAS - Kuala Nerus) meminta Menteri Kewangan
menyatakan negera-negara yang bersetuju untuk menerima pakai mata wang dinar
dan bila ia akan digunakan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Hong tidak dapat memberi
jaminan terhadap kemungkinan pengklonan kad pengenalan baru (MyKad) pada
masa akan datang.
Beliau yang menjawab soalan tambahan mengenai MyKad yang dibangkitkan oleh
Ghani Che Ambak (PAS - Setiu) berkata, setakat ini tidak mungkin diklon
kerana MyKad menggunakan teknologi canggih.
"Tak tahu masa akan datang masa tetapi buat masa ini ! dengan ciri-ciri
keselamatan yang ada tidak ada lagi aduan ataupun bukti bahawa MyKad
diklonkan selain aduan daripada wakil DAP Seputih mengatakan Mykad diklonkan
kepada bukan rakyat Malaysia dan kerajaan sedang menyiasat perkara ini,"
katanya sambil memberitahu bahawa MyKad akan digunakan sepnuhnya pada pada
tahun 2005.
Alwi Jusoh (PAS-Pasir Puteh) hari ini mengingatkan Menteri Dalam Negeri
bahawa hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan di negara ini
bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri
Dalam Negeri.
Beliau juga turut mempersoalkan adakah kerajaan bersedia menukar hukuman
yang sedia ada tersebut kepada satu bentuk hukuman lain kerana ia bukan
hukum Islam tetapi hukuman Barat semata-mata.
Menjawab persoalan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Tajol
Rosli Mohd Ghazali berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menukar hukuman
tersebut, malahan huk! uman itu juga dilaksanakan oleh Pakistan dan juga
beberapa negara Timur Tengah.
Dalam pada itu juga beliau memberitahu dewan bahawa pesalah beragama Islam
yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati itu akan diberi peluang
untuk bertemu dengan ibu bapa serta ahli agama sebelum pelaksanaan hukuman
tersebut dijalankan.
Seramai 129 orang telah dikenakan tindakan buang daerah di bawah Akta
Kediaman Terhad 1933 melibatkan tiga jenis kesalahan paling serius setakat
Julai 2002.
Demikian menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Tajol Rosli Mohd
Ghazali ketika menjawab soalan Drs Haji Abu Bakar Othman (PAS-Jerlun) hari
ini.
Tajol Rosli juga berkata, tiga jenis kesalahan serius yang dikenakan
tindakan tersebut melibatkan jenayah sindiket seperti penganjur perjudian,
penganjur maksiat dan sindiket ceti haram.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANY! ONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke