Saya tidak perlu minta maaf - Ketua Pembangkang
Thursday, October 03 @ 11:37:26 MYT


Oleh Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 3 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak perlu meminta maaf secara terbuka
kepada masyarakat Cina berhubung kenyataan di Parlimen, baru-baru ini.

Katanya, apa yang diucapkannya semasa membahaskan Belanjawan 2003 di
Parlimen pada 23 September lalu mengenai wanita boleh dijadikan pertaruhan
untuk perjudian berdasarkan kepada sejarah negara China.
"Saya merasakan tidak perlu saya minta maaf kerana ucapan saya itu menyentuh
berkenaan sejarah. Sejarah China, sejarah Parsi, sejarah India yang saya
sebut dalam ucapan saya sebelum kedatangan Islam, termasuk sejarah Arab
sendiri yang membunuh anak perempuan hidup-hidup," ujarnya yang juga Menteri
Besar Terengganu kepada wartawan selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Sementara itu di Dewan Rakyat! pada 1 Oktober, Anggota Parlimen DAP, Chong
Eng ketika membahaskan belanjawan 2003 berkata, ucapan Ustaz Hadi itu
"tujuannya atau niatnya bukan untuk menghina wanita..."
Sebelum itu, wakil BN dari Gelang Patah, Chang See Ten semasa membahaskan
Belanjawan 2003 meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada kaum Cina
kerana mengatakan bahawa wanita Cina dijadikan pertaruhan untuk perjudian.
Chang juga menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina masyarakat Cina
terutama wanita dan meminta Pemangku Presiden PAS itu menarik balik
kenyataan tersebut.
Chong Eng menyifatkan Chang See Ten hanya bercakap saja soal memperjuangkan
digniti wanita termasuk dirinya(Chong Eng), tetapi dalam ucapan beliau
(Chang) tidak ada perkataan pun yang memberi input atau pun komen ke atas
langkah-langkah atau strategi belanjwan untuk wanita.
"Nampaknya sekarang musim minta maaf dan musim report polis, dua wabak yang
sedang berlaku dalam negara kita sekarang,! " ujar Ustaz Abdul Hadi yang juga
Ahli Parlimen Marang dalam sidang akhbarnya.
Tambahnya, dalam sejarah Mesir, wanita juga dijadikan korban yang dipilih
bagi upacara korban untuk Sungai Nil manakala sejarah Parsi melalui ajaran
Zaradesy iaitu satu agama yang menjadikan kaum wanita sebagai harta dan
boleh dimiliki dengan sewenang-wenangnya.
Katanya, begitu juga dalam sejarah Hindu di India di mana bukan sahaja suami
mati dibakar tetapi berlaku upacara membakar isteri jika suami meninggal
dunia.
"Dan sejarah negeri China yang saya sebut dalam ucapan itu, bagaimana wanita
sama ada isteri atau anak perempuan boleh dijadikan pertaruhan judi apabila
kehabisan emas, perak dan lain-lain. Ini adalah kenyataan sejarah sebelum
kedatangan Islam," jelasnya.
Beliau berkata, orang yang membantah kenyataan itu kerana tidak membaca
sejarah negara China.
"Saya baca sejarah dan saya tidak menyebut tentang masyarakat yang ada hari
ini. Apa yang sa! ya sebut adalah sejarah (China) sebelum kedatangan Islam dan
bagaimana pengaruh tamadun Islam mempengaruhi peradaban manusia," ujarnya.
Menurutnya, tamadun Islam yang berkembang mempengaruhi peradaban manusia
selepas itu yang melahirkan hak asasi manusia dan membetulkan demokrasi
purba Greek.
Katanya, tamaduan Islam juga diambil oleh sistem kehakiman barat sendiri dan
dijadikan rujukan untuk mengubal undang-undang antarabangsa hak asasi
manusia yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke