*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya bersetuju dan menyokong idea bernas Pak Engku
mengenai Harakah. Sememangnya kita boleh memperolehi
dari masalah yang ditimbulkan oleh mereka-mereka yang
zalim (zalim sama erti dengan tak berilmu atau tak
mem-
praktikkan ilmu - dengan lain perkataan = bodoh dan
memperbodohkan).

Sudah tiba masanya kita sebagai penyokong PAS yang
tidak berdaftar mendaftarkan diri sebagai ahli PAS.
Dengan bertambahnya ahli PAS (yang juga pembaca
Harakah) maka, insyAllah semakin kuatlah jentera parti
Allah ini. Seperti kata Ustaz yang pada tazkirah 3-4
malam lepas: "Pendukung ke jalan Allah itu sedikit,
habis bagaimana nak hidupkan sebuah negara Islam".

Mengenai Cawangan Siber Pas - ianya satu idea yang
perlu direalisasikan. Mungkin Pak Engku boleh memberi
maklum secara terperinci bagaimana ianya dapat
dilaksanakan. Atau pakar-pakar antara kita di Hizbi
dapat membantu.

Suatu soalan untuk semua:

Ramai kakitangan kerajaan yang menyokong PAS tapi
tidak berupaya/sanggup menjadi ahli berdaftar oleh
sebab peraturan kerajaan. Mereka tidak boleh mendaftar
sebagai ahli parti selain dari parti UMNO (adil ke
ni?)
Soalannya, adakah ruang untuk mereka di PAS sebagai
ahli tak berdaftar, tapi masih boleh membeli/membaca
Harakah. Ini soalan teknikal/legal, jadi pakar-pakar
antara kita kat Hizbi diharap dapat bagi komen.

SELAMAT BERPUASA

Malam ini malam ke-24: 24 doa-doa kita (yang
manasabah, termasuk minta PM letak jawatan, akan
dimakbulkan - bagi yang berterawih). 
Entah berapa billion malaikat akan turun untuk memberi
salam Allah kepada kita...insyAllah......

SELAMAT HARI RAYA dalam sedih, sebab Ramadhan akan
berlalu.......

Wasalam

--- Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Nampaknya akhbar HARAKAH sudah menjadi macam HANTU
> JERANGKUNG  yang
> menakut lagi menggerunkan  bagi  kesemua hulubalang
> UMNO. KDN yang dungu itu pula, kini
> bukan merupakan sebuah kementerian yang berwibawa.
> Sebaliknya ia menjadi batu jemala yang dipijak oleh
> UMNO untuk meneruskan niat jahat
> dan dendam kesumat terhadap perjuangan Islam.
> 
> UMNO lebih rela melihat akhbar-akhbar seperti NST
> misalnya (yang kini  hebat menyiarkan iklan
> Carlsberg
> - A Toast To The Past, A Celebration For The Future:
> Introducing Carlsberg 21 st Century Beer ) untuk
> terus
> beroperasi berbanding dengan akhbar Harakah yang
> memuatkan tazkirah dari dua orang Tuan Guru dalam
> setiap terbitannya. Mata dan hati mereka telah buta.
> Lebih buta dari Si Buta dari Gua Hantu. Mereka
> sudah tidak mampu lagi untuk membezakan antara intan
> dengan kaca.Inilah hakikatnya yang sedang dialami
> oleh
> mereka. Gara-gara memusuhi
> Islam mengikut telunjuk Maha-maha dan Lah B.
> 
> Perjuangan Islam tak mengenal erti kalah. Kita mesti
> tukarkan masalah menjadi peluang ( turn problems
> into
> opportunities). Jika Harakah dihalang dari dijual
> secara terang-terang, kita jual secara samar di
> bawah
> cahaya bulan. Kita daftarkan lebih ramai ahli PAS.
> Kita buka kaunter di setiap
> cawangan dan jual Harakah di kesemua pejabat
> cawangan
> PAS. Jangan risau. Cawangan boleh ditubuhkan di
> mana-mana saja. Pondok buruk , bawah pokok,  malah 
> di
> alam siber pun
>  boleh jadikan pejabat cawangan. Alamat? Gunakan
> saja
> kemudahan e-mail.  Dalam era IT ini, semuanya boleh
> ,
> kecuali pengesahan pendaftaran pengundi baru.
> Bersegeralah. Mari kita tubuhkan PAS cawangan siber
> banyak-banyak. . Kalau IT boleh menggalakkan kita ke
> arah 'paperless society', dan pembelajaran
> universiti
> secara virtual,
> kini kita boleh beroperasi sebagai PAS  cawangan
> secara virtual. Bolehlah kita mendaftarkan ahli
> secara
> beramai-ramai secara virtual.  Kalau KDN nak rampas
> Harakah yang kita jual di pejabat cawangan,
> tunjukkan
> saja kad keahlian dan alamat e-mail pejabat cawangan
> siber PAS.
> 
> Ayuh, apa lagi yang kita tunggu. Hari pertama
> Harakah
> diharamkan, kita akan halalkan penjualannya mengikut
> lunas undang-undang yang digubal oleh UMNO sendiri.
> Biar mata mereka terus terkebil-kebil. Malaysia
> pasti
> milik Parti Islam tahun 2004 nanti.................
> 
> SELAMAT MENCUBA (jangan lupa rebut peluang Promosi
> Lailatul Qadr)
> 
> Wassalam
> ENGKU HAMID
> 
> 
> 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://messenger.yahoo.com
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
> 


=====
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
>>=[Dr R.A.]=>>
>>=[B a t u]=>> 
>>=[B a r a]=>> 
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke