*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Wah kemain lagi  kamu comel memandai-mandai nak satukan Mawar
dengan sedara kamu duda beranak lima tu.  Terima kasih aje la
comel.

Untung juga sedara kamu tu ada org nak tolong carikan pasangan
dia. Duda lain, banyak org nak tolong. Beranak limapun masih laku.
Nasib duda ni selalunya lebih baik drp ibu tunggal.

Bercakap pasai ibu tunggal atau ibu tinggal ini, kesian jugak
Mawar. Apa taknya, dahle ditinggal suami yg tak bertanggung-
jawab, kena pelihara saki-baki anak-anak.  Sang suami org jantan
tu senang-senang goyang kaki.  Ini lah org lelaki namanya.
Tak, tak lengkap pulak dia  sebagai lelaki.

Itu belum kes pandangan serong masyarakat setempat.  Ada pulak
jiran-jiran yang bizi bodi. Pantang balik lewat sikit. Mulalah
sok-sek,sok sek.  Dia taktau ke kawan tu sebenarnya OT ke , apa ke sebab nak 
tambah pendapatan. Maklum lah anak- anak kena kasi makan. Ayah dah takde. 
Setakat soksek-soksek memang senang.

Dapat pulak jiran yang jeles semacam.  Pantang laki dia jeling
sikit kat rumah ibu tunggal ni, mula le semacam jer.
Tuduh kononnya ada org nak rampas atau kidnap laki dia.

Baru-baru ni Mawar terbaca satu kes pegawai perumahan DBKL
yang ambil kesempatan terhadap seorang ibu tunggal.
Kata nak tolong selesai kan kes rumah makcik tu dengan DBKL.
Tapi bukan nak tolong sebenarnya.   Dia ajak makcik tu bincang
kat luar sebab katanya, kat opis sibuk.  Sebab percaya sangat,
makcik tupun pi la jumpa officer tu kat luar.  Maklumlah,
kita tengah susah, jadi nak tak nak, terpaksa pergi jugak.
Lagipun, kat sapa lagi tempat dia nak mengadu?  Sebab
percaya sgt dekat jantan kabaret tu, maka diapun kena ngap.
Ini lah jantan! Tak kesian langsung  dengan ibu tunggal tu?
Bini kat rumah tu kan dah ader? Anak berderet macam koc express langkawi 
lagi, masih  nak buat naya kat org.  Patutnya,
bantulah ibu tunggal tu dengan ikhlas atau kalau nak pahala lebih, 
sedekahkan barang dua tiga sen kat anaknya yang jadi yatim tu.

Banyak lagi kes penganiyaan terhadap ibu-ibu tunggal yang kena tinggal
berlaku. Tetapi kerana malu dan takut diri mereka pulak dipersalahkan pulak,

Maafkan Mawar kerana terlalu emosional hari ni. Malas nak cakap banyak dah 
pasai rasuah sex ni.  Kalau ada masa, cari balik Harian Metro Edisi Tengah 
Khamis dan Jumaat ( 7 & 8/9/2000).  Baca lah sendiri!

MAWAR BERDURI

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke