*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Ibu… oh…. ibu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki 
kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:
Siapakah manusia yang paling berhak  untuk aku layani dengan sebaik mungkin? 
Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? 
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian  ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian 
siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: 
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Bila orang cakap tentang hari ibu…kitapun tumpang sekaki.Ibu 
le..katakan,sapa yang tak sayang.Jadi ada le pro dan kontranya.Ada orang 
kata elok di sambut…sebab mengenang pengorbanan yang telah di curahkan, ada 
pula yang kata tak perlu di sambut kerana ia adalah merupakan idea orang 
kafir..kerana sebagai orang islam, setiap hari adalah hari ibu. Itu bermakna 
segala pergorbanannya perlu di kenang setiap hari.Bagi pendapat mencelah 
memang benar ,sebagaimana kasihnya seorang ibu kepada anak sepanjang 
hayat….begitulah juga sebagai seorang anak.Hari ibu ada baiknya juga di 
jadikan sebagai hari yang paling istimewa untuk si ibu.Ada mengesyurkan itu 
dan ini sebagai hadiah istimewa,tapi…. si ayah kena bagi apa dekat 
ibu?haaa.Pokoknya bagaimana kita celebrate..mestilah tak bercangah dengan 
nilai-nilai murni Islam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah 
s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu  
sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan 
Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. 
Semasa
Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus 
mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari  
menyebut Hadis tersebut .

Sebenarnya apa yang mencelah maksudkan ada baiknya kita celebrate dengan 
nilai murni,ialah dengan cara pehak tertentu boleh mengada majlis yang dapat 
di manfaat dengan sebaiknya, terutama ibu-ibu muda.Sebabnya,ibu masa kini 
amat terhad masa yang boleh diluangkan untuk bersama anak-anak.Awal-awal 
pagi keluar kerja, lewat petang baru balik.Lepas tu kerja-kerja rumah perlu 
di bereskan,mana nak siapkan untuk makan malam……kemudian buat itu dan buat 
ini,hari pun lewat malam.Esok bermula lah satu lagi episod kehidupan…macam 
kitaran hidup serangga.Jadi para ibu perlu memikirkan apa cara supaya 
anak-anak dapat di `Didik` dan bukannya di `Ternak`.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas kamu  
menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak mahu 
memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke
atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan 
membazirkan harta .

Kasih ibu le katakan, sakit demam…dia bangun juga masak demi anak-anak,kalau 
nak harap dekat si bapa, rilek aje…tidur terkangkang.Demam-demampun bangun 
juga basuh kain. Demam-demampun bangun juga kemas rumah, buat itu dan 
ini.Itu le….yang di katakan ibu.Bye………:)

[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke