*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullah para rakan2 semua,
Di dalam akhbar the Star hari ini, bila ditanya: "Dengan memilih untuk 
melawat surau, adakah tuan cuba menarik perhatian muda-mudi dengan 
menggunakan agama?", MB Selangor Dr Khir menjawab "Politik dan agama tidak 
boleh bercampur-aduk (Literally: Politics and religion can't mix). Kami 
tidak seperti pembangkang yang memilih menggunakan agama"- rujuk the Star, 
17hb Sept 2000, m/surat 21 "Keen to make a difference".

Saya kurang pasti apa yang  dia maksudkan politik dan agama tidak boleh 
bercampur-aduk? Adakah pendapat dia agama tidak boleh memandu politik? Atau 
agama dan politik tidak boleh berjalan seiringan? Atau apa? Saya berharap 
dia tidak menganggap Islam tidak boleh memandu politik kerana anggapan 
begitu menafikan kesempurnaan Islam yang berupaya memandu manusia dalam 
semua aspek kehidupan, termasuk siasah/politik sebab politik juga sebahagian 
daripada hidup. Anggapan Islam tidak berupaya memandu perjalana politik juga 
menafikan ayat al-Quran terakhir yang menegaskan (maksud) "Pada hari ini 
telah Kami sempurnakan "deen" (agama) kamu...". Semoga tidak begitu anggapan 
Dr. Khir.

Yang pasti, terdapat ratusan hadis2 Rasul sallallahu'alaihiwasallam yang 
membicarakan persoalan politik/siasah/pemerintahan.


Hadis2 petikan dari buku Shahih Muslim bab 'Pemerintahan', m/surat 14.

Hadis 1797 ('Pemimpin atau pembesar yang menipu rakyat')

Dari Al Hasan radiallahu'anhu, katanya: "Ubaidullah bin Ziyad menunjungi 
Ma'qil bin Yasar Al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma'qil 
kepada 'Ubaidullah, "Aku hendak menyampaikan kepadamu sebuah hadis yang 
kudengar sendiri dari Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam, yang kalau aku 
yakin bahawa usiaku akan panjang, hadis ini belum akan kusampaikan kepadamu. 
Aku mendengar Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda, "Tidak ada 
seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian 
dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia (masih) menipu rakyatnya, 
niscaya Allah mengharamkan surga baginya".

Sila bertemu ustaz berdekatan anda untuk mengulaskan hadis ini. Silakan...

Bolehkah hadis ini diulaskan di dalam masjid? (soalan yang agak dungu kan?. 
Tapi ada sesetengah pemimpin kita yang melarang hadis sebegini diulas di 
dalam masjid)Boleh atau tidak?.... Anda jumpa dan tanyalah Ustaz berdekatan 
ya...

Esok: Hadis 1798

Wassalam.


Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke