*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan Dari Malaysiakini..risalah begini boleh
mencelikkan kita tentang ilmu kenegaraan...sila baca.


Ke arah sistem dua parti 
Abu Mujahed Abdullah Azzam

6:44pm, Wed: Jika kita berpeluang mengkaji sistem
politik bagi negara dunia pertama, maka kita akan
mendapati majoritinya mengamalkan sistem dua parti di
mana kedua-kedua parti politik mempunyai peluang
seimbang untuk memenangi pilihanraya. 

Amerika Syarikat merupakan contoh terbaik dalam
mengamalkan sistem dua parti ini. Sudah menjadi
kebiasaan bagi parti Democrat dan parti Republican
untuk bergilir-gilir menerajui tampuk pemerintahan
Amerika kerana faktor keseimbangan peluang sebagaimana
yang disebutkan tadi. 

Saya berpendapat sistem dua parti dapat membawa
kebaikan kepada rakyat kerana ianya akan mewujudkan
‘checks and balances’ di dalam pentadbiran kerajaan
kerana kebiasaannya parti yang memenangi pilihanraya
hanya akan menang dengan majoriti mudah untuk
membentuk kerajaan, maka ia akan menjadikan parti yang
kalah dapat bertindak sebagai pembangkang yang kuat
bagi mengawal kerajaan agar telus di dalam pentadbiran
serta tidak boleh meminda perlembagaan negara dengan
sesuka hati tanpa memperolehi persetujuan dari parti
pembangkang. 

Dengan kata lain, pembangkang dapat memberikan peranan
yang begitu besar dan bermakna di dalam sistem
tersebut. 

Di samping itu, dengan kewujudan pentadbiran kerajaan
yang telus membawa kepada impak yang tidak sedikit
kepada ekonomi negara pengamal sistem dua parti,
seperti peluang untuk menghasilkan pelaburan terus
dari luar negara yang besar kerana pelabur mengambil
berat status bersih rasuah sesebuah negara itu sebelum
melabur. 

Dalam konteks Malaysia, sistem dua parti boleh dilihat
sebagai jalan terbaik untuk meneruskan pembangunan
politik yang telah dilalui oleh negara ini. Sistem ini
dapat menawarkan kebebasan memilih yang paling tinggi
kepada warganegara dan seterusnya mengelakkan negara
dari dikuasai secara mutlak oleh mana-mana pihak. 

Saya mendapati antara halangan ke arah kelahiran
sistem ini ialah sifat perkauman yang masih menebal,
kefahaman agama yang sempit dan kedaerahan. Masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum perlu toleran terhadap
perbezaan di antara mereka di mana cara terbaik adalah
melalui pembudayaan, dialog-dialog dalam bentuk intra
dan inter parti, agama, budaya, dan bahasa. 

Isu hangat yang melanda masyarakat sekarang seperti
konsep Negara Islam boleh diperbincangkan dan
diperdebatkan untuk difahami secara jelas dan mendalam
akan kebaikannya oleh segenap lapisan masyarakat. 

Dalam menjayakan sistem dua parti ini, Barisan
Nasional (BN) sebagai parti pemerintah perlu membuka
ruang demokrasi dengan lebih luas seperti antara lain
merujuk kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang telus dan
bebas yang dipertanggungjawabkan terus di bawah
Parlimen, proses pilihanraya yang adil dan bebas,
sistem kehakiman yang juga bebas dan adil, pegawai
perkhidmatan awam yang tidak memihak dan media massa
yang bebas. 

Seterusnya sebagai parti pemerintah yang sudah lama
berkuasa, BN wajar menunjukkan sikap matang dan
terbuka untuk menerima budaya bahawa pengundi
mempunyai kuasa mutlak di dalam menentukan parti mana
yang akan dipilih tanpa mengenakan sebarang ugutan
kepada mereka. 

Manakala di pihak Barisan Alternatif (BA) pula perlu
membuktikan tanggapan umum sekarang bahawa pakatan
mereka hanyalah bersifat 'a marriage of convenience'
itu tidak tepat dengan melalui bukti secara praktikal.
Pertelingkahan terbuka sesama pemimpin di dalam BA
perlulah dihentikan di mana ia sewajarnya diselesaikan
di meja rundingan sebagaimana yang diamalkan oleh BN. 

Manifesto Bersama BA dirasakan mampu diperbaiki lagi
dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan
terbaru negara. Kerjasama BA juga mesti dimantapkan
sehingga ke peringkat akar umbi di mana ahli-ahli di
bawah dapat bekerjasama dalam mengadakan pelbagai
program untuk rakyat. Seterusnya, kewujudan satu
simbol sahaja yang mewakili BA khususnya di dalam
setiap pilihanraya dirasakan boleh meningkatkan
semangat perpaduan sesama parti komponen di mana BA
diutamakan dahulu berbanding partinya sendiri. Satu
lagi cabaran bagi BA ialah kemampuannya menarik
parti-parti pembangkang lain sama ada berpusat di
Semenanjung bahkan di Sabah dan Sarawak untuk
menyertainya sebelum pilihanraya umum depan. 

Harapan besar saya dengan kewujudan sistem dua parti
di Malaysia, ia dapat meningkatkan tahap kematangan
pengundi kita supaya berani membuat perubahan di dalam
pilihanraya kerana mereka dibentangkan dua pilihan
utama yang masing-masing layak memerintah mereka. 

Dengan kematangan pengundi ini Malaysia pasti akan
bertambah maju kerana parti pemerintah akan lebih
serius mentadbir dan menjaga khazanah negara supaya
rakyat sudi lagi untuk memilih mereka untuk penggal
berikutnya. 





=====
Wassalam.

IMMI

DAN INGATLAH SENTIASA : "APABILA ORG FASIK MEMBAWA BERITA 
SEMAKLAH...(ALQURAAN)"..ANGGAPLAH SEMUA BERITA DALAM INTERNET DIBAWA ORG FASIQ...MAKA 
JANGAN TERIMA BULAT-BULAT!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke